Sunday 11 September 2011

Bab:15: Demi Masa




Rujuk ( Al ash )
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Demi Masa!
Kamu akan ditanya tentang sumbangan kamu terhadap agama.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Jika membiarkan kepimpinan negaranya jatuh ketangan orang orang jahil atau ketangan orang orang bahil atau ketangan orang orang yang tidak jujur, amanah, bijaksana mempertahankan kebenaran dengan teliti dan sabar.

Demi Masa!
Kamu akan ditanya lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Jika masa untuk diri, masa untuk Allah dan masa untuk beriadah itu tidak aturkan dengan baik. Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Demi Masa!
Jika kamu hanya berdiam diri, beribadat dan menunggu mati
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Bersabda rasullullah, umatku terbahagi kepada 72 golongan dan tiada satu pun yang terlepas dari azab siksa neraka kecuali 1 yakni yang memperbaikki amal dan ibadatnya kerana Allah ( bermuhasabah )

Demi Masa!
Kamu akan ditanya lima perkara didalam kubur.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Siapa tuhan kamu, apa anutanmu, siapa imam kamu, siapa nabi kamu dan siapa saudara kamu.

Demi Masa!
Kamu akan ditanya tentang tiga perkara diyaumil masyhar
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Bagaimana kamu memanafaatkan Al Quran, mana dia anak kamu yang soleh ( orang yang mendapat tunjuk ajar kamu ) dan kemana kamu belanjakan harta kamu.

Tiada amal yang lebih baik kecuali berdoa dan bersunguh
( berusaha ), bersedekah dan memaafkan kerana Allah. Banyak buah mulut yang mengatakan bahawa untuk mencapai tingkat insani kita perlu mempajari ilmu itu dan ini sedangkan didalam Al Quran dan hadith telah terang dan nyata pada hakikatnya sesaorang yang ingin mencapai hakikat insan disisi Allah perlu pandai menghargai budi
( bersyukur ) dan menjaga bahasanya ( amanah ) kerana Allah.

Rujuk ( Al ash )
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tafsirnya,
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
1. Apabila manusia itu berasa cukup dengan sifat sifatnya, atau lagaknya, atau pangkatnya, atau hartanya hatta ilmu dan amalannya.
2. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya berzikir mengucap dua kalimah syahadah didalam hidupnya.
3. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya mendirikan sembahyang tepat pada waktunya.
4. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya berpuasa disepanjang hayatnya.
5. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya membayar zakat dan fitrahnya.
6. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya menyandang title hajinya.
Lalu Allah menyatakan didalam sambungan ayatnya,
“ Kecuali orang-orang yang beriman,”
Tafsirnya,
Yakni yang beriman percaya kepada Allah dan tanda tanda sifat sifat orang yang beriman percaya kepada Allah itu wajib percaya kepada

1. Ujudnya para malaikat malaikat serta ujudnya alam alam kehidupan yang ghaib seperti iblis, syaitan dan jin selain dari yang nyata.
Dalilnya,
Al baqorah ayat 3.
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Keterangannya,
Percaya bahawa adanya yang ghaib kerana Allah mengujudnya adalah wajib dan percaya kepada yang ghaib lebih berkuasa daripada Allah adalah syirik.
Barang sesiapa yang menyangkal adanya kehidupan yang ghaib, jelaslah dia tidak beriman terhadap Allah kerana menghadkan kebolehan atau kemampuan Allah dengan sifat sifat Afa’lNya ( perbuatanNya )..

2. Percaya kepada Al Quran yakni kalam Allah atau kata kata Allah atau nasihat yakni petunjuk Allah atau amaran yakni larangan Allah.
Dalilnya,
Al baqorah ayat 2.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Sesungguhnya mereka yang mencabuli tuntutan Al Quran atau merombak hukum Al Quran adalah golongan orang orang yang rugi.
Al baqorah ayat 27.
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya
( bersyahadah ), dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan ( amanah dan sirotulrohim ), dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

3. Percaya kepada RasulNya,
Dalilnya,
Al baqorah ayat 4 dan 5.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Keterangannya,
Dewasa ini, anak anak kita ramai yang berpeleseran dengan budaya muda mudi yang merugikan, dan nisbahnya bertambah banyak dari tahun ketahun. Ini adalah kerana mereka tidak diberi perhatian yang cukup.
Yang muda maklum sajalah, segalanya hendak dicubanya dan satu masa dulu kita juga pernah muda, ingat ! sepatutnya pengalaman mendewasakan kita.
Kedua orang tua pula sibuk dengan urusanya mencukupkan apa yang kurang didalam hatinya dan bagi mereka dengan memberi wang saku dan mendaftar anak anak mereka menuntut ilmu sudah memadai. Bagi mereka, itu sajalah yang dinamakan tanggong jawab.
Pihak guru dengan kuasa sebagai guru keatas murid muridnya. Kebelakangan ini mereka lebih cenderong mendera murid dengan tegak lama diperhimpunan seolah menghukum, ingat ! Allah tidak menyuruh kita pandang ketimur atau kebarat, Allah hanya menyuruh kita pandang kekiblat yakni hati dan sunnah. Kadang kadang kuasa seorang guru itu lebih besar dari kuasa menteri dan jabatan pelajaran sendiri. Guru guru lebih minat mengantung atau memberhentikan murid dari sekolah dari memberikan murid didikan yang sewajibnya yakni berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Bagi mereka, kuasa mereka keatas murid sebagai pendidik tiada batasannya namun untuk memberi hidmat yang terbaik sebagai seorang pendidik ada pula sempadannya.
Pangkat yang digelar ibu dan bapa adalah satu pangkat yang kekal pada setiap orang yang memilikki anak, dan yang lain dari itu adalah pangkat pangkat sementara. Pangkat dan jawatan itu ada amanahnya dari Allah. Sekiranya kita berasa tidak layak untuk memegang sesuatu amanah, maka jangan disangupkan. Jika kita menyandang jawatan kerana hanya untuk cari makan, sesungguhnya kamu adalah orang orang yang tidak jujur, amanah, bijaksana dan tabligh.
Jika kamu memilih sunnah yang lain dari Rasullullah bermakna kamu telah memilih tuhan yang lain dari Allah.

4. Percaya kepada hari kiamat.
Dalilnya,
Teriemahan,
Surah Al humazah
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
Yang naik menjulang ke hati;
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

5. Percaya kepada hari akhirat.
Yakni yang percaya dengan janji Allah bahawa amalan yang baik dibalas dengan kebaikkan dan kejahatan dengan dibalas dengan azab siksa.
Dalilnya,
Al baqorah ayat 66.
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Dan Allah s.w.t memperjelaskan lagi dengan sambungan ayatnya,
“ dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Tafsirnya,
Sesungguhnya selain dari hanya beriman dan beribadah, setiap amanah yang kamu laksanakan mengikut pangkat yang kamu sandang adalah amal soleh.
Setiap jabatan ( rumah tangga atau tempat pekerjaan atau kejiranan atau kementerian atau kerajaan ) itu ada kecacatannya, urusan kamu sebagai hamba Allah wajib berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan tidak tanduk kamu itu janganlah melampaui batas, berpesan-pesanlah dengan sabar yakni hati hati dan teliti seperti perpatah mengatakan,
“ Umpama menarik rambut dari dalam tepung, jangan sehingga rambut itu terputus dan jangan sehingga tepung itu berselerakkan.”
Maksudnya, jangan tidak tanduk kita itu hingga memutuskan sirotulrohim dan jangan sampai sirotulrohim itu berserakkan.

Sesungguh amalan ini nyata benarnya yakni mengajak beramal soleh
( kebajikan ) memperbaikki diri dan jauh sekali dari amalan kurafat dan syirik, namun jika ada orang orang yang akan menegahnya untuk diamalkan, tanyakan maksud ayat ini kepadanya,

Terjemahan Al alaq ayat 11 hingga 12.
“Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? –
Atau (buruknya) ia menyuruh orang bertaqwa (supaya jangan melakukan syirik)?”









Fokus Rahsia didalam rahsia.

Apa yang saya maksudkan dengan amalan muhasabah dan kenapa? Kerana amalan muhasabah itu mencuci hati untuk ditanam benih Iman yang suci.

Dengan muhasabah kita dapat,
Menyempurnakan hak Rukun Iman yang pertama.
Percaya kepada Allah, lalu mereka mereka yang hanya cuba mendidik dirinya percaya adanya Allah itu yang beramal untuk bekalan mati disamping berjihat dengan memperbaikki dirinya untuk mendekatkan dirinya dengan amalan amalan yang makruf dan menjauhkan diri dari amalan yang mungkar disisi Allah kerana Allah ta'ala.
Hanya mereka yang berpegang kepada kepercayaan sebegini yakni Ujudnya Allah sahaja yang beramal dan bakal akan dapat menjawab soalan Malaikat Nungkar dan Nangkir apabila ditanya didalam kuburnya kelak " Siapakah Tuhan kamu?" dengan amalannya sebagai dalil dan buktinya bahawa mereka percaya ujudnya Allah.
Lalu muhasabah mengajak kamu berhadap dengan Allah berikrar dengan jujur bahawa meniatkan untuk belajar menistilahkan diri semata mata kerana Allah. Beruntunglah mereka yang mendidik dirinya dan anak anaknya serta anak didiknya lalu terlepaslah dia dari persolan yang bakal akan diajukan pada setiap manusia, “ Kemanakah kamu belanjakan usia muda kamu ?”
Ingatlah saudaraku “ Semasa muda sebelum tua.”

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang kedua.
Percaya kepada Al Quran, Telah dituntut didalam Al Quran supaya kita percaya kepadanya seratus peratus kerana dia adalah kitab yang diturun oleh Allah dengan kebenaran tanpa ada sebarang keraguan.
Bisakah orang yang dikatakan percaya kepada Al Quran itu tidak basah dilidahnya dengan membacanya walau hanya sepotong ayat didalam sehari pada tiap tiap hari didalam hidupnya.
Lalu muhasabah mengajak kamu membaca beberapa potong ayat ayat lazim yang ringkas supaya mudah kamu menghafal dan memahami isi kandungannya.
Bisakah sesaorang itu dianggap percaya kepada Al Quran jika dia tidak mengerti apa yang dibacanya, apatah lagi jika menolak hukum hukum dan tujuk ajarnya. 
Lalu muhasabah mengajak kamu beramanah terhadap Allah barulah mampu kamu memegang amanah terhadap urusan ibadat, hidup dan mati kamu.
Hanya mereka yang berpegang kepada kepercayaan sebegini yang dikatakan percaya kepada Al Quran dan yang beramal dengannya dan bakal akan dapat menjawab soalan Malaikat Nungkar dan Nangkir apabila ditanya didalam kuburnya kelak " Siapakah Imam kamu?"
Beruntunglah mereka yang amanah lalu lepaslah dia dari persoalan, “ Darimana datangnya punca rezeki kamu?” Memang sudah tentunya dari rezeki yang halal disisi Allah.
Ingatlah saudaraku “ Semasa sihat sebelum sakit.”

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang ketiga.
Percaya kepada malaikat. Telah diberitahukan oleh Allah melalui rasul dan nabi nabiNya bahawa setiap manusia dibekalkan dengan sepuluh jenis para malaikat yang wajib diketahui dengan urusannya keatas kita. 
Tidaklah mereka itu dikatakan percaya kepada adanya para Malaikat itu sekiranya mereka tidak menjaga atau mencerminkan tingkah dan lakunya mengikut peradapan dan sopan santun serta tertib tindak tanduknya sebagai seorang hamba kepada TuhanNya walau dalam apa jua urusannya.
bertindak hemah dan bijaksana didalam urusan ibadat juga didalam urusan hidup dan mati.
Bersabda Rasullullah, “ Berfikir seketika untuk agama ( Iman dan Amal cara kita bertindak atau merancang mahupun mengaturkannya dengan cara yang terbaik ) adalah lebih baik dari beribadat seribu tahun ”
Lalu muhasabah mengajak kamu bersama sama berganding usaha dalam berjemaah bagaimana untuk membela nasib agama yang yatim didalam diri ini kekal didalam diri dan diri seisi keluarga hingga kezuriat yang akan datang bertahan sampai keakhirnya.
Beruntunglah manusia yang mengusahakannya serta mempertahankan kedaulatan iman dan agamanya kerana lepaslah dia dari soalan Malaikat Nungkar dan Nangkir tentang, “ Apakah agama anutanmu “
Layakkah sesorang itu mengatakan Islam itu agama anutannya sedangkan agama itu dibiar melarat?
Berbahagialah mereka yang menyumbang kepada agamanya sebagai bukti dan jawapan kepada, “ Kemanakah kamu belanjakan usia dan rezeki yang Allah berikan kepada kamu?”
Ingatlah saudaraku “ Semasa kaya sebelum miskin.”

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang keempat.
Percaya kepada Nabi. Rasul dan Nabi adalah manusia yang terpilih oleh Allah untuk dijadikan contoh sebaik baik kejadian manusia yang dididik atau ditarbiah Allah pada sifatnya, amalannya serta imannya untuk kita jadikan contoh dan ikutan sebagai landasan jalan kebenaran dan membawa kita kepada kejayaan disisi Allah.
Amanah yang dibawa olehnya adalah sebagai seorang penyampai kebenaran Agama tuhan yakni tabligh dan tidaklah mamapu sesaorang itu menjalankan usaha berpesan pesan yakni tabligh tanpa sifat kesabaran. Dari sifat kesabaran itulah tingginya hemah kebijaksanaannya kerana beliau sabar didalam penelitian. Dan tidaklah baginda nabi itu dari golongan orang orang yang percaya pada toghut.
Kita akan ditanya oleh Malaikat Nungkar dan Nangkir, “ Siapakah nabi kamu?” Tidaklah layak sesaorang itu mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu sebagai nabi yang diikutnya sekiranya dia tidak mengikut apa yang dilakukan oleh baginda.
Selain dari sifat jujur, amanah, bijaksana dan sabarnya dengan teliti itu, kita juga dikehendakki mengamalkan apa ang diamalkannya.
Pertama, beliau gemar berdoa untuk dirinya tetapi didalam waktu yang sama beliau mendoakan untuk umatnya.
Kedua, beliau suka memohon taubat kehadrat Allah dan diwaktu yang sama beliau tidak pernah lupa memaafkan umat umatnya serta memohon kemaafan dari Allah untuk umat umatnya.
Ketiga, beliau suka beribadat sebagai tanda syukurnya lalu menghimpunkan bekalan untuk hari selepas wafatnya, beliau tidak pernah lupa bersedekahkan doanya terhadap umat umatnya, walaupun beliau dijamin syurga semata mata untuk memberi pemahaman pada umatnya, kalau dia sebagai orang yang terjamin syurganya masih melakukan ibadah, siapa kita untuk meringankan ibadah terhadap Allah?
Lalu muhasabah mengajak kamu mengamalkan apa yang diamalkan oleh baginda. Kuatnya pegangan baginda terhadap umatnya sehingga diakhir akhir hayatnya dia memikirkan tentang umat umatnya sehingga dilapaskannya umatku, umatku, umatku.
Lantaran dengan itu dia memohon menanggong kesakitan sakratul maut umat umatnya supaya umatnya tidak merasa siksa ketika berhadap dengan azab sakratul maut. 
Akhirnya, beliau mengucapkan bahawa dia mengampun dosa dosa umatnya dan memohon agar Allah mengampunkan umatnya juga.
Amalan zikir, Senbahyang, puasa, zakat dan fitrah serta haji, bertadarus Al Quran adalah amalan untuk diri sendiri dan kita melakukannya sebagai bekalan kita seorang untuk mati. Berlainan dengan amalan muhasabah, ia adalah amalan buat umat muslimain dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Inilah amalan yang meransangkan setiap Roh didalam setiap diri yang akan membimbing setiap akal kejalan kebenaran menuju jalan kejayaan disisi Allah.
Inilah nafkah batin yang mengikatkan tali persaudaraan sesama Islam. Barang sesiapa yang mengamalkan muhasabah ini selain dari dapat menunaikan hak saudara seagamanya, beliau juga terlepas dari pertanyaan yang terakhir dari malaikat Nungkar dan Nangkir, “ Siapakah saudara saudara kamu?”
Allah membenci pada yang bahil dan baginda akan memalingkan mukanya bila dia berhadapan dengan orang yang tamak kerana mereka mempunyai sifat mementingkan diri sendiri.
Ingatlah semasa " Lapang sebelum sempit."

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang kelima.
Percaya kepada hari akhirat yakni datangnya hari akhirnya segala hayat. Inilah hari penamat bagi setiap jihat semasa hidup. 
Sesudah inilah mereka yang beriman berhari raya setelah sekian lama bejihat menahan dan melawan kehendak fitrah badan, nafsu, iblis dan syaitan serta fitrah kelemahan diri yakni kelemahan akal dan fikiran.
Tidaklah layak bagi mereka mengatakan diri mereka itu percaya kepada akhirat seandainya dia sayangkan pada dunia dan seisinya semasa hidupnya dan berbuat apa saja yang melanggar rukun dan hukum Allah.
Memperbaiiki diri itu adalah jihat, sesungguhnya beramal untuk mengumpul bekalan pahala juga dipanggil jihat. 
Bersabda Rasul, " Sesungguhnya peperangan yang lebih besar dari fisabillillah dengan ku dimedan peperangan adalah berpuasa "
Berpuasa didalam ertikata lain ialah berjihat melawan hawa nafsu dan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Sesungguhnya ramai yang inginkan mati syahid kerana Allah, kerana diampun segala dosanya dan dimasukkan mereka yang syahid itu kedalam syuga tanpa hisab.
Sesungguhnya syahid yang paling besar disisi Allah dan rasulNya itu bukan lah gugur dimedan peperangan fisabillillah. 
Syahid yang lebih besar itu adalah mereka yang gugur didalam mengistilahkan dirinya untuk belajar memperbaikki Iman dan amalnya.
Bersabda Rasul, “ Tuntutlah ilmu dari dalam buwaian hingga keliang lahat.” 
Apakah ilmu yang tiada kesudahannya itu, sesungguhnya adalah ilmu tentang memperbaiiki Iman dan amal, dan
Bersabda Rasul lagi, “ Tuntutlah ilmu itu hingga keNegeri China.”
Ilmu apakah yang terletak sejauh itu, sesungguhnya itulah ilmu pemahaman yang dikatakan, “ Jauh berjalan luas pemandangan.” 
Hanya mereka yang belajar memperbaikki amalan diri yang bisa menjawab , " Kemanakah kamu belanjakan usia kamu "
Dan ingatlah " Hidup sebelum Mati "
Maka beruntunglah mereka yang bermuhasabah memperbaikki Iman dan Amalnya disepanjang hayatnya demi kerana Allah.
Lalu sesallah orang orang yang lalai.

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang keenam.
Percaya kepada hari pembalasan. Amalan baik dibalas dengan kebaikkan syurga dan amalan kezaliman dibalas dengan azab siksa Neraka.
Inilah penggulung segala kepercayaan terhadap perkara perkara yang sebelumnya tadi. Seandainya hilang kepercayaan atas kado’ dan kadar amal perbuatan maka manusia itu sesatlah selama lamanya didalam kezaliman menzalimi ahli keluarganya, umat manusia juga pada dirinya sendiri.

Iman adalah identiti yang terawal dipandang Allah
Seorang mukmin itu adalah umpama seorang polis
Identitinya adalah kad polisnya yang tak sama dengan kad pengenalan orang awam.
Lencana mukmin itu adalah kalimah syahadahnya
Seragam mukmin itu adalah menunaikan rukun Islamnya
Tugas mukmin itu mengaja keamanan

Seorang yang lengkap berseragam polis
Dengan lencananya
Menjalankan tugasnya 
Seandainya dia tidak milik kad pengenalan polisnya
Maka dia bukanlah seorang polis

Sia sialah usaha dan kerjanya
Menjaga kebersihan seragamnya
Dan keamanan negaranya
Berhidmat tanpa upahnya
Kerana kepalsuannya.

Berfirman Allah, " Aku tidak memandang bangsa dan keturunan hamba hamba ku melainkan hatinya." Kerana dihati terletaknya Iman. Allah tidak mempelawa orang yang Islam masuk kesyugaNya, malah dia hanya mempelawa masuk kesyurgaNya hanya dikalangan mereka mereka beriman.

Seorang mukmin yang cintakan keamanan, semasa hidup dan sesudah matinya akan meninggalkan tiga perkara, pertama anak anak yang beriman dan beramal soleh, kedua harta supaya zuriatnya merdeka dari diperhambakan dan ilmu supaya tidak terperdaya semasa hidup saudara seagamanya.

Sama sama kita fikirkan kenapa mesti kita amalkan. Insya'Allah.




Fokus Rahsia didalam rahsia.

Sedarilah,
Sesungguhnya Iblis dan para para pengikutnya yakni para Syaitan dan jin serta para sekutunya kaum kaum musyrikin, munafikkin dan kaum yang kufur tidak takut dengan orang yang beragama Islam, sesungguhnya yang mereka takutkan adalah mereka mereka yang beriman.

Mereka telah melalui sejarah hitam dari awal dengan umat Islam, dan mereka dapati umat Islam yang awal mempunyai satu kekuatan dan tekat yang amat luar biasa.

Menyedari hal ini, mereka yang digelar Allah kaum ahli ahli kitab telah mengkaji bagaimana hendak melemahkan umat Islam lalu mereka mengambil ulamak ulamak yang terkemuka supaya menjadi penasihan penasihat raja raja mereka walaupun mereka dari golongan orang orang kafir.
Akhibat dari itu ramailah ibubapa menghantar anak anak mereka ke sekolah sekolah agama dengan tujuan dapat menyandang pangkat didalam Istana lalu banyaklah tumbuh sekolah sekolah agama bagai cendawan.
Lantaran itu timbullah bimbit bimbit keretakkan antara satu intitusi pendidikkan agama dengan yang lainnya akhibatnya retak tadi menjadi belah pepecahan antara satu kefahaman dengan satu kefahaman yang lainnya kerana lalai didalam ketaksupan dan pemahaman secara toghud yakni hanya ikut ikutan.
Justeru itu Islam berbalah sesama sendiri, masing masing mengasah bab hukum diadalam Islam untuk menajamkan dalil lalu mereka mula lalai melihat kesilapan diri sendiri yakni bermuhasabah lantas hanya menuding kesalahan kepada yang lain.

Lalu dipraktikkan oleh kaum kaum kafir akan peristiwa ini dengan menyurusuri tiap negara dan negeri Islam diserata perusuk dunia dengan alasan membuat perdagangan akhirnya negara dan negeri negeri itu termasuk diAsia Tenggara ini ditawan.
Lalu mereka memperkenalkan sekolah sekolah yang memberatkan bab bab ilmu hukum dan mereka menentang habis habisan sekolah yang memberatkan ilmu batin yakni akidah.

Sebelum mereka meninggalkan negara yang mereka jajah itu dengan kemerdekaan, mereka telah memastikan bahawa ilmu ilmu kebatinan akidah ini sudah dilenyapkan. Untuk menjamin keadaan ini terus berkekalan anak anak tempatan dipelawa belajar kenegara asal mereka supaya kelak menjadi ketua pemimpin yang menyerupai mereka. Dalam waktu yang sama menanamkan pandangan pada ilmu kebatinan akidah itu adalah satu kekolotan dan ketinggalan zaman.

Tidak hairanlah amalan kita hari ini dari sehari kesehari telah jauh menyimpang dari asas ketulinan Islam yang hakiki. Tiada jalan yang terbaik untuk kita mulakan melainkan berbalik kepangkal jalan yakni kepangkal permulaan amalan seperti mana yang Nabi tunjukkan.



Salleh Mat Salleh 
Sabiyah (kebuasan)
Sifat yang dibawa oleh Nafsu
Bahimiyah (kebinatangan)
Sifat yang dibawa oleh Fitrah badan atau tubuh
Syaithaniyah (kesyaitanan)
Sifat yang dibawa oleh bisikkan iblis dan disemarakkan oleh syaitan
Rabbaniyah (ketuhanan)
Sifat yang dibawa oleh Roh
Amalan muhasabah diri memberansangkan Roh, lalu dia akan bertindak menyuluh petunjuk didalam diri cara dan bagaimana akal yakni kita dapat berjihat dengan anasir anasir jahat itu dengan jalah jihat yakni teliti didalam kesabaran dn bukan dengan jalan kegelojohan yang bakal merugikan.

No comments:

Post a Comment