Saturday, 10 September 2011

Bab 25 Lakukan semuanya Kerna Allah

Ya Allah



Ya Allah
Semuanya
Kerana Mu
Kerna Dia Kerana Dia
Kerna Dia Kerana Dia
Kerna Dia Kerana Dia
Kerna Dia Kerana Dia
Semuanya adalah kerana Dia

Kerana Dia
Lahirnya aku
Kerana Dia
Tumpah sayangku kepada kedua orang tuanku
Kerana Dia
Tumpah kasihku kepada keluarga dan kerabatku
Kerana Dia
Aku menumpangkan segala CintaNya kepada semua

Yang rupawan yang tiada bandingan
Pada keagonganNya

Masyhur namaNya dibibir yang bistari
Pada mereka yang menzikirkan namaNya
Dan menjaga pertuturannya
Hemah budi pekertinya

Inginku kenali dan inginku mengerti
Apa yang perlu utukku bersatu
Mengertilah
Kita takkan bersatu dengan Rob yakni ZatNya
Dan kita telah disatukan dengan
Roh yakni RobbitahNya
Atas sifat CintaNya

Setelah sekian lama
Terbiar jiwa raga
Hilang tercari cari
Sang puteri

Hati bagai hutan namun
Didalam hutan ada tamannya
Dalam taman ada Sang Puterinya
Bagi lelaki
Sang Putera bagi wanita
Kerana dialah pasangan yang batin dari nyata
Bukan dia lelaki dan bukan juga dia perempuan
Dialah Roh yang membimbing kepada kebenaran yang hak

Semakin kenal Dia
Bertambah kuatlah akidah

Semakin mendalam rasa
Tidaklah berkata dusta
Yang tersembunyi didalam perasaan
Bukan lagi hayalan dan perasan

Semakin yakin Dia
Cinta pada semua yang ditompang hanya buat sementara
Hanya cinta kepadaNya kekal buat selamanya
Dan tidaklah dikatakan menyintaiNya
Jika tidak menyintai ciptaanNya

Luruhlah segalanya
Sayangku kepada kedua orang tuanku
Kasihku kepada keluarga dan kerabatku
Cintaku pada dunia dan seisinya

Kerna Dia
Ku gembira
Hanya amanah pada rasa sayang, kasih dan cintaku
Terhadap duania dan seisinya

Kerana Dia
Ku bahagia
Jujurlah aku
Amanahlah aku
Fathonahlah aku
Tablighlah sifatku
Hiduplah aku didalam tertibNya
Bernyawalah aku didalam adapNya
Bergeraklah aku didalam hukumNya

Kerna Dia
Bermakna
Kehidupanku
Kemana arah tuju jihatku

Kerana Dia
Ku mabuk rindu
Kerana Dia segala galanya bagi aku

Kerana Dia
Tercabar fitrahku
Biar tercabar sifat dan fitrahku
Dimata manusia
Yang suka memandang serong
Dihati manusia
Yang suka bersyak wasangka
Dimulut manusia
Yang suka menabur fitnah

Asalkan tidak dimata
Dia
Yakni Allah

Bertanyalah pada diri
Apakah perbezaan
Antara dugaan dan bencana

Jangan dugaan dikatakan bencana
Sengguhnya Allah tidak
Meguji dengan dugaanNya
Tanpa kesediaan hambaNya

Allah tidak akan menguji
Sesuatu luar dari batas
Kemamapuan hambanya

Telah disampaikan kepada
Nabi Nuh a.s
Tentang banjir besar
Lalu diperintahkan dia
Membuat persediaan
Sebuah bahtera yang besar

Sebaliknya bencana dikata dugaan
Kita yang sengaja mencari kesesatan
Membuat onak penginayaan dan dosa
Laalu diturunkan balasan setimpat dengan
Amal perbuatan kita
Lalu dikatakan dugaan???

Inilah dalaih dan alasan manusia
Yang tidak mahu menyalahkan amal perbuatannya
Sebaliknya dengan diam diam
Menempelak takdir
Yang ditentukan
Dan ditetapkan
Oleh Allah

Tidakkah berlawanan tanggapan kamu itu
Dengan Sifat sifat Wajib bagi Allah
Seolah bagi kamu Allah itu bersifat Mustahil

Itukah yang kamu katakan
KENAL ALLAH

Kalau kenal
Kenapa jadi sampai macam ini????????

Kerana itulah
Kamu diajar ilmu dan amalan
Untuk mengenal rasa
Yakni Makrifat kebenaran

Ketahuilah
Kita dijadikan sempurna dengan akal
Yang dapat merasakan kebenaran Tuhan

Lidah kita juga mempunyai cita rasa terbaik
Kerana itulah dapur kita lebih canggih dari dapur haiwan
Jangan bertindak seperti buaya dan biawak
Yang menelan apa saja yang diulurkan
Gunakanlah akal untuk mengenal rasa
Kebenaran atau kebatilan.

Perpatah Melayu " Cinta dan restu tak boleh dipaksa
Kalau nak menurut biar berakal
Kalau nak mengikut biarlah pintar "



No comments:

Post a Comment