Saturday 10 September 2011

Bab:26. Jangan biarkan amalan jadi sia sia.




Jangan biarkan amalan jadi sia sia sebelum sempat menikmatinya dimakan oleh kelalaian. Auuuum. Jangan dicari Allah sesungguh Allah tidak meminta kamu mencari Nya, nescaya tidak akan kamu jumpa dan Dia Allah itu hanya menyuruh kamu mengenaliNya, ditakuti nanti akan timbul simata merah menyala menyesatkan kamu. Auuuum. Jangan sesekali kamu menceritakan aib sesaorang yang kamu ketehui mahu pun aib diri kamu sendiri melainkan untuk mencari keredhoan Allah. Takut nanti mengundang bencana dan amal kamu akan sia sia saja. Auuum.
Dalam hidup ini kita akan jumpa berbagai kerenah dan ragam manusia yang banyak salahnya maka janganlah kita mengata, mengumpat, mengeji kerana perbuatan itu dilarang Allah, sebaik baiknya gunakan akal dan fikiran supaya ia menjadi baik dari lebih merosakkan. Syak dan wassangka apalagi fitnah dan mengungkit baik dihindarkan. Jika tidak amalan kita akan hanyut ditelan sia sia, Auuuum.
Berfirman Allah kepada Jibril, " Pergilah kamu melihat neraka ". Sekembalinya Jibril, berfirman Allah kepadanya, " Apa yang kamu lihat ". Berkata Jibril, " Barang sesiapa yang melihatnya necaya bertaubat dan tidak mahu duduk didalamnya ". Berfirman lagi Allah, " Apa yang kamu lihat disekelilingnya ". Jawab Jibril " Berbagai hiasan keseronokkan yang menarik manusia terjerumus ditelan neraka." Auuuum.
Ketahuilah didalam hidup kemampuan kita berbeza beza menunjukkan sifat kekayaan Allah yang menjadikan berbagai bentuk kejadian dalam berbagai bentuk cerita dan peristiwa, maka tidaklah layak kita menjatuhkan hukum keats sesaorang yang sedang dalam musafir setimpal dengan orang yang bertempat, orang yang berkemampuan dengan orang yang daif, orang yang berakal dengan naif atau kanak kanak dengan hukum orang yang dewasa. Dengar baru diadili dengan setimpalnya, yang penting bukan hukuman tetapi iman kita dan iman dia.
Bertanya sesaorang kepada Nabi, " Dimanakah tempatnya seorang yang menyara hidupnya dengan melacur sedangkan dia beriman dan tidak pernah menganaya haiwan apakan lagi manusia." Jawab Nabi, " Syurga ".
Bertanya orang itu lagi," Bagaimana dengan seorang wanita yang beriman dan beramal ibadah sepanjang malam tetapi sifatnya suka mengumpat bila ada teruang masanya dengan jiran jirannya?" Nabi menjawab dengan nada tegas, " Neraka jahannam "
Ambillah kisah ini sebagai ikhtibar hidup sekiranya kita takut dengan kemurkaan Allah. Auuuuum.
Tidak sia sia amalan muhasabah syahadah dapat mengintai intai hati dan tidak sia sia amalan muhasabah dapat menapsirkan mimpi ( hakikat impian menyatukan hati ).




Kuatkan Akidah dan Iman dalaman
Amalan Muhasabah Syahadah dengan Rukun, Hukum,adap dan tertib niat

Ni menunjukkan kaum musyrik ni bagai duri dalam daging, ada strategy keatas kita yang Islam disegala bidang termasuk pendidikkan, ekonomi melalui politik, dalam diam membakar kita bagai api dalam sekam.
Kita kenalah beriktikat buat sesuatu sebagai pejuangan mengikut lunas undang2 Allah dan sivil dengan jujur, amanah, bijaksana dan berpesan pesan dengan teliti dan kesabaran.
Kita sudah tidak kenal siapa musuh dan siapa saudara kerana didalam golongan kita ada kaum yang munafikin yang secara langsung atau tidak langsung menjana sokongan puak kafir musyrik ini. Namun kita kene sediakan diri dengan ilmu dan amalan.
Langkah utama yaitu penting mantapkan Akidah dan Iman melalui ilmu dan amalan diri sendiri dulu kemudian baru disampaikan pada orang lain. Kalau mengikut sirah dan riwayat Islam tu sendiri dengan Amalan Muhasabah Syahadah. Pantang larangnya - Jangan sesekali tengok keji orang tapi tengok kebaikkan orang walaupun sikit.
Amalan ni disampaikan oleh baginda sebelum lengkapnya Rukun Iman dan perintah solat. Pegajaran dari 5 ayat pertama surah Al alaq. Syahadah

Amalan Muhasabah Syahadah
Dalil, Bersabda Rasullullah, “ Hendaklah kamu bersyahadah sebelum kamu tidur kerana ditakuti kamu mati didalam tidur dan hendaklah kamu bersyahadah sebaik kamu bangun membetulkan niat dan akidah kamu sebelum kamu bangkit mengerjakan urusanmu kerana didalam syahadah itu ada petunjuk dan pertolongan Allah jika kamu benar benar ingin mengetahui.”
Keterangan,
Adapun maksud bersyahadah sebelum tidur itu adalah amalan muhasabah dan beryahadah sebaik bangun dari tidur itu adalah amalan muhasabah syahadah.
Cara amalan muhasabah telah ditunjukkan kepada kamu dan amalan muhasabah syahadah adalah seperti berikut.
Diamalkan, Sebaik baik dilakukan ( amal ) pada setiap kali kita bangun dari tidur, sebelum solat, tengah marah, tengah tidak ketentuan arah, tengah dalam kesukaran atau selepas terlalai.
Cara amalan muhasabah syahadah,
1. Sebaik sedar dari tidur Duduk bermurakabah ( macam yoga ) sebaik baiknya bersimpuh macam antara dua sujud, dengarkan dengan telinga bunyi hela hembusan nafas yang ditarik itu hu… dan bunyi hela hembusan nafas yang dihembus itu Allah......
Penjelasan,
Terhimpunnya udara dari hidung keparu paru bersatu dengan darah menuju kejantung. Kita tak tiru yoga tapi yoga tiru kita.

2.Meletakkan telapak tangan kanan dirusuk kiri ( lambung kiri ) dibawah susu.
Penjelasan,
Tempat yang dinamakan latiful kholbi yakni hati.
Bersabda Rasullullah, “ Didalam tubuh manusia ada seketul daging, baik keadaan daging itu maka baiklah amalannya dan jika busuk daging itu maka buruklah amalannya dan ia adalah hati.”

3. Rasa ( degupan ) dibawah telapak tangan kanan dengan mata yang masih terpejam.
Penjelasan,
Degupan ( hayat ) itu adalah ehsan Allah dengan sifat sifat Maha AgongNya. Allah berikan kehidupan, Allah berikan keselesaan, Allah berikan rezeki, Allah bekalkan nafsu untuk menikmati hayat dan cuma yang Allah meminta kepada kita hanya sedikit itu pun sementara semasa hidup ini yakni jangan melampaui batas.

4.Dengarkan dengan telinga bunyi degupan itu ialah sebutan tiada yang lain melainkan Allah, Allah, Allah ............. seiring dengan degupan jantung.
Penjelasan, Tiada yang layak memberi hayat melainkan Allah.

5.Telah dirasa degupan hati itu dengan telapak tangan, telah diperhatikan ( diintai ) dengan mata hati dan
a. telah didengar dengan teliga maka
b.berkatalah panca indera ( natkah ) itu dengan kalimah “ ashadu ” yakni naik saksi aku,
c. dijawab oleh akal ( kulli jasad ) dengan kalimah nafi isbat “ alla ila ha illa ” yakni tiada tuhan melainkan,
d. disambut oleh hati dengan kalimah “ Allah, Allah, Allah….. ” tanpa berhenti.
e. Lalu mengucap dua kalimah syahadah sepenuhnya. “ Ashadu alla ila ha ill Allah wa ashadu anna, Muhammad dar rasullullah ”
Penjelasan, Dari mulut masuknya makanan lalu terhimpun didalam perut melalui usus diserap apajua nikmat yang kita makan ditapis menjadi cecair keginjal, ditapis dari ginjal disalurkan pada limpa dan hempedu ditapis kemudian menjadi darah didalam hati. Dari hati masuk keparu paru bersatu dengan bersatu dengan udara lalu kejantung. Barang sesiapa memakan dari hasil yang dilarang Allah maka hitamlah hatinya, busuklah darahnya dan pincanglah amalannya. Barang sesiapa memakan dari hasil yang dihalalkan Allah maka putihlah hatinya, bersihlah darahnya dan cantiklah amalannya.

6. Baca “ Wahuwa akum innama kuntum " Terjemahan, Barang kemana ada kamu disitu ada ( makrifat ) Allah. Maksud, Barang kemana ada kamu disitu ada tanda keujudan Allah Dan “ Allah Maha Mengetahui apa yang kamu sembunyikan.” Penjelasan, Bermula dari jantung dialirkan darah melalui pembuluh ( urat ) pada tulang empat kerat yakni lengan dan tangan, kaki dan keting. Bercabang menjadi urat, berjelirat menjadi daging, berketul menjadi otot, berlapis menjadi kulit, kematu menjadi kuku, beruang menjadi rongga, terjulur menjadi roma.
Bermula dari jantung dialirkan darah melalui pembuluh ( urat ) pada sepanjang tulang belakang, kebenak ditengkok, keotak dikepala, turun menjadi mata, menjadi deria bau, menjadi telingga, menjadi lidah, menjadi tekak, menjadi salur, menjadi perut, menjadi rahim, menjadi alat nafsu.
Barang sesiapa yang mendahulukan akalnya, takwalah dia akan Tuhannya dan barang sesiapa yang mendahulukan kepentingan nafsunya, maka rosaklah hubungannya dengan Tuhannya.

Sesungguhnya peredaran darah yang berulang alik itu umpama sae dari Safar ke Maruah dan pusingan darah didalam hati itu umpama Tawaf diMekah munauwarah. Jika tanah Mekah itu digelar masjidil haram selain dari beribadat terhadap Allah maka ketahuilah hati itu haram dari mensyirikkan Allah. Apabila amalan ini diamalkan lama kelamaan maka mengalirlah setiap titik darah didalam tubuh badan itu dengan menyebut kalimah Allah, Allah, Allah berterusan bebanding sebelum ini.

7.Dan buka mata dengan lafas “ Fa ai nama tu allu, fasamma waj hullah.” Terjemahan, Kemana berhadap wajah kamu, disitu ada ( makrifat ) Allah. Maksud, Kemana berhadap wajah kamu yakni yang kamu pandang, disitu ada tanda kebesaran Allah dan “ Allah Maha Mengetahui apa yang kamu usahakan.”
Kesimpulannya, Manafaatkan apa yang ada dimuka bumi ini dengan jujur, amanah, bijaksana didalam menunaikan yang hak ( tangong jawab ) dengan teliti dan sabar.
Bagi yang berakal jadikan sebagai batu loncatan keakhirat ( iklas terhadap Allah ) dan sebaliknya janganlah bersikap seperti orang yang tak berakal seperti kata perpatah, “ tak ada beban batu digalas ”. Sesungguhnya tamak itu membebankan kamu, ego itu juga membebankan kamu, jahil juga membebankan kamu, sama jua dengan mementingkan harta dan juga pangkat dunia. Penjelasan, Sesungguhnya Allah benci dengan kerja sia sia dan janganlah mencari benci Allah jika kamu percayakan adanya hari kematian.

8.Terus terngiang ngiangkan kedengaran zikir Allah, Allah, Allah seiring degupan jantung itu digegendang batin pendengaran telinga lalu berdoa,
“ Ya Illahi. Anta malsudi waredhoka matlubihi a’zimni muhabbataka wamakrifattaka walhamdulllah hirobbil a’lamin”

9.Kemudian letak telapak jari ibu kiri diantara kedua dada sedangkan tapak tangan jangan dialihkan.

10. Berzikirlah dengan “ Allah ha, Allah ha, Allah ya Allah, Allah ya Allah, Allah ya Allah ”

11. Bila keadaan dah menjadi selesa berzikirlah dengan mengucapkan
“ Ashadu alla ila ha ill Allah wa ashadu anna,
Muhammad dar rasullullah ”
12. Sambil berzikir itu angkatlah tangan naikkan tumpuan pada akal yakni dibahagian kepala maka sebutkan
“ lahaula wala quwata illa billah hia’liyil a’zim “
" Inna solati wanusuki wamah yaya wamamati lillahirobbil a;lamin la
syarikalahu wabiza likal umirtu wa ana minal muslimin"
13. Akhir sekali ucapkan sekali lagi syahadah lepas tu salam seperti
selesai solat.





Sesungguhnya Allah memandng hanya pada hati kerana hati yang menyimpan niat, tanpa niat tiada ibadat. Fahamilah erti huraian niat supaya jbadat tidak jadi sia sia.

I. Niat ( tersurat )
Semata mata kerana Allah,
Akidah pegangannya.
“ La ila ha illallah “ yakni
tiada alasan melainkan kerana Allah.

II. Lafas niat
Tuntutan dalam syariatnya wajib
walaupun keatas amalan yang sunnat
kerana telah bersabda nabi, “ Tiada ibadat tanpa niat “
Akidah bagi mereka yang pegangannya.
“ Wa ash hadu anna Muhammadaur rosul lullah “
Bahawa Muhammad itu pesuruh Allah’
Contoh dari Allah,
Kalau tersedik didalam pendirian seorang manusia kononnya ada yang lebih baik dari contoh yang Allah turunkan yaitu Rasullullah, maka gugurlah akidahnya seolah olah dia berangapan ada yang lebih sempurna dari Sifat sifat Allah lalu sia sialah ibadatnya hatta kehidupannya.

III. Tasdik niat ( tersirat )
Maksud niat adalah kerana Allah, maka itu telah menjadi suratan dan syarat berniat kerana Allah.
Tetapi setiap niat kerana Allah itu wajib ada yakni ada tasdiknya seperti soalan tasdik dibawah;
“ Untuk apa kamu berpuasa atau beribadat kerana Allah ?”

Mesti ada jawapannya didalam tasdik yang tersurat pada diri sendiri, contohnya;
1. kerana nakkan petunjuk Allah ke
2. kerana nakkan kefahaman agama Allah ke,
3. kerana nakkan cinta Allah ke
4. kerana nakkan kekayaan ke
5. kerana nakkan pasangan ke
6. atau sebagainya asalkan

Dikembalikan tasdik niat yang tersurat itu hanya tersirat hanya kepada Allah kembali, contohnya;
1. nakkan petunjuk Allah kerana Allah
2. nakkan kekayaaan kerana mudah beribadat kepada Allah
3. nakkan sihat kerana mudah beribadat kepada Allah.

Insya’Allah, bila sudah betul niat kamu baru Allah permudahkan urusan kamu kerana kamu jujur terhadap Allah. Janganlah kamu menjadi seperti orang orang yahudi ( kaun yang tiada kejujuran ) yang tidak pernah bersyukur dengan pemberian Allah.

IV. Melaksanakan niat
Dewasa ini ramai yang beramal tanpa mengikut;
Rukun, rukun Iman atau rukun Islam atau kedua duanya sekali.
Apalah ertinya amalan tanpa rukun?

Kerana manusia telah dilalaikan dengan beramal tanpa rukunnya maka tidak hairanlah manusia melangar hukum hukum kedamaian didalam amalan hidup mereka dengan lebih cenderong menilik amalan orang lain, salah oring lain, bak kata pepatah “ Kuman sebarang laut boleh nampak ( salah orang ), gajah depan mata ( salah sendiri ) ……. Ada macam tak de.

Betulkanlah niat beribadat supaya lebih telus dan iklas terhadap Allah kerana Allah. kerana Allah itu menggetahui kepalsuan antara menilai kaca dari permata.




Berhati hati
Sesuatu yang kita cita citakan
Umpama kelip kelip yang berterbangan
Didalam kegelapan
Dengan usaha membawa cahaya
Didalam diri
Tanpa musuh

Tetapi bila cita cita
Berubah menjadi angan angan
Maka jadilah ia seperti bayang bayangan
Yang tak dapat dikejar
Seperti iblis

Lalu dilalaikan
Angan angan bagai kelkatu kesiangan
Yang terbang tanpa arah dan tujuan
Lalu disambar ungas dan burung
Maka jadilah ia sebagai
Habuan syaitan syaitan

Lalu cita cita pun hanyut
Indah untuk diperkatakan
Tapi kosong didalam pengamatan
Musnahlah segalanya
Menjadi bangkai bangkai
Yang hanya ditunggu
Untuk dicampakkan
Dan menjadi bahan untuk dibakarkan




Api
Kecil menjadi kawan
Besar menjadi lawan

Yang merbahayakan manusia
Bila jiwanya sakit
Sakit untuk mencari perhatian
Lalu membenamkan
Rasa dan perasaan
Didalam kalbu napsu
Yang kotor dan jijik
Didalam darah dan nanah
Hidup dengan perasan dan berburuk sangka

Ketakutan jadi bahan ketawa
Rindu jadi bahan ejek ejekkan
Kasih pada yang tidak bertempat
Cinta yang tak kenal pada siapa
Hanya hidup didalam misteri
Kepura puraan

Sedangkan mereka tahu
Allah tidak dapat dibohongkan.




Janganlah kamu menerima
Sebahagian dari Islam
Dan menolak sebahagian yang lainnya
Atau ragu ragu dengan kebenarannya

Sesungguhnya Iblis itu
Akur akan perintah Allah
Kecuali satu
Sujud kepada Adam

Dan nafsu itu pula
Dicampakkan kedalam jahannam
Kerana keegoannya

Jadi berapa banyak
Hukum Allah yang kamu tidak peretujui
Kerana sifat ego dan kesombongan diri
Apakah layak kamu mengelarkan Iblis itu musuhmu
Atau rakan seangkatanmu?




No comments:

Post a Comment