Tatkala kita didalam bermuhasabah diri
Kita mencermin diri sendiri
Seandainya kita dapat melihat
Hanya bayang kita
Yang menjadi gambaran cermin itu
Ketahuilah bahawa sesungguhnya
Kita adalah seorang yang zalim
Menzalimi diri sendiri
Kita seorang yang zalim
Mementing diri sendiri
Menjadikan segala cinta milik kita
Menjadikan segala kuasa ditangan kita
Menjadikan segala perintah dibawah telunjuk kita
Menjadikan Syurga dibawah telapak kaki kita
Menghimpunkan pengorbanan dan harta untuk diri kita
Menghimpunkan darjat dan pangkat atas nama kita
Tetapi seandainya saudaraku
Kita dapat melihat didalam diri kita
Ada persaudaraan
Ada persamaan yang kita junjung
Ada ikatan rasa kasih dan sayang kerana amanah
Bukan dari ikatan kehendak piihan hati
Tapi ikatan kerana kehendak nurani
Maka tercurahlah kasih yang sejati
Terciptalah cinta nan sinar gimilang gemilang
Didalam dakapan naungan cinta Allah yang hakiki.
Cunta yang berbagai warna dan warni.
Terpecahlah cermin mimpi kehidupan
Terserlahlah hakikat diri
Hakikat cinta yang benar benar sejati
Mohon Amalkanlah Amalan Bermuhasabah Diri.
nice
ReplyDelete