Sunday 11 September 2011

Bab:20.Rahsia Diri.




Rahsia diri

Kita mungkin sama tetapi tidak serupa, kita mungkin berangapan bahawa kita telah beriman dengan kebenaran umpama memilikki permata jauhari sedangkan siapalah kita untuk menilaikan jauhari dodalam tangan sedangkan tidak pernah pun kita intai dan telek serta belek ( ambil berat ) sendiri permata yang kita miliki itu dan kita pula bukan seorang ahli yang mengenal jauhari seperti manikam ( tukang @ pakar permata ). Hentikan berhayalan dan ambillah pengetahuan dalam bab bab rahsia didalam rahsia ini sebagai pedoman.
Sesumgguhnya jaaganlah kita terpengaruh dengan alam yang indah ini hingga membuat kita alpa dan membiarkan diri dan hati dimamah kepalsuannya.
Ramai yang mengatakan kita mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan antara yang benar dengan yang palsu tetapi sejauh manakah akal dan fikiran dapat mengawal hawa dan napsu yang akhirnya menyeret kita kepada kemusnahan.
Ketahuilah kita ini umpama agas yang halus dan tidak berdaya upaya melainkan dengan pertolongan Nya. Kita bisa tertipu dengan mata kita, kita bisa tertipu dengan telinga kita apatah lagi dengan janji janji palsu. Tiada siapa yang layak mengotakan janji janji melainkan Allah s.w.t dan tiada siapa yang lebih mengetahui melainkan Allah jua.
Carilah panduan didalam ikroq
Terjemahannya,
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
@* memadai setakat ayat yang diturunkan diGua Hiraq ini sahaja dahulu dan akan disambung pada bab bab yang akan datang, Ins'Allah.

Ketahuilah bahawa didalam diri ( tubuh ) setiap manusia itu ada akal yakni diri kita sebenar diri yang memilih samada mahu taat atau engkar terhadap Allah. Pilihan kita selalu tersasar kerana setiap diri itu ada musuh yang menjadi tali barut kepada iblis dan syaitan yang dipanggil nafsu.
Didalam tubuh juga ada hati yang menjadi rebutan nafsu dan sekutunya bersaing dengan siakal yakni diri kita sebenar diri. Jika kita lemah maka merekalah yang bertahta dihati kita dan bakal menunggang kita mengikut haluannya lalu sesatlah kita.
Namun Allah itu tidak kejam atau zalim maka dibekalkan setiap diri itu pula dengan ruh yang mana ruh itu membawa sifat sifat pinjaman Allah untuk kita pakai pada tubuh seperti hayat untuk kita hidup, adanya mata untuk kita melihat, lidah untuk kita berkata kata maka justeru itu apabila sesaiorang yang dicabutkan ruhnya itu dia akan mati, tidak melihat dan tidak berkata kata lagi. Selain dari itu ruh ini juga membawa sifat sifat petunjuk kejalan kemenagan mengatasi nafsu dan sekutunya tetapi dengan syarat diri itu wajib beriman dengan Allah dan memberikan dia makanan ruhani yakni muhasabah dan zikir yang diniatkan semata mata kerana Allah lalu bangkitlah dia menerangi hati mengusir iblis dan syaitan dan menjinakkan nafsu. Inilah pengertian yang dikatakan Allah bahawa sesungguhnya ruh itu sebahagian dari Nya dan ruh itu adalah rahsia didalam rahsia Nya.
Amalan Muhasabah yang dimaksudkan bukan sebarang muhasabah seperti mana yang diwar warkan dan zikir bukan sekadar zikir yang dilafaskan, wajib mengikut ketentuan Rukun Allah, Hukum Allah, Adap Allah dan Tertib Allah seperti mana yang dipraktiskan oleh kekasihNya Baginda Nabi Muhammad s.a.w sekiranya menyimpang maka sesat jualah diri itu akhirnya.
Iman umpama benih didalam telur. Telur kuning itu umpama muhasabah syahadah yang membekalkan protin dan plasmanya umpama sarung yang membataskan supaya ia tidak bercampur kuning telur itu dengan putih telur yang diumpamakan sebagai zikrullah. Jika bercampur maka rusaklah benih berserta benih itu. Ketiga tiga ini adalah makanan pada benih Iman yang mengandungi sifat fitrahnya atau zatnya yang berlainan yang azalinya telah ditentukan Tuhan.
Segala ini dibendung oleh kulitnya yang keras tetapi rapuh. Kulit telur pula umpama amalan dan ibadah seperti solaat, puasa, zakat dan fitrah serta haji. Ianya wajib ada jika tidak ada kulitnya benih tidak akan menjadi. Jika tidak diawasi kulit rapuh ini akan pecah dan begitu juga amalan dan ibadah jika tidak mengikut Rukun, Hukum, Adap dan Tertib yang ditetapkan Allah, segalanya akan lebur.
Dalilnya,
Bersabda nabi, " Barang sesiapa yang membicarakan tentang dunia didalam masjid akan ditolak segala amalan yang dilakukannya selama 80 tahun ". fikirkan apa yang tinggal jika kita mati sebelum usia 80 tahun.
Bersabda nabi, " Barang sesiapa yang berkata kata walaupun dengan sepatah perkataan " diam " ketika Imam sedang berkutbah Jumaat maka sia sialah jumaatnya pada hari itu.
Kesimpulannya,
Apalah nilai iman dan amalan serta ibadat sesaorang disisi Allah jika tidak mengikut rukun, hukum, adap dan tertib Allah? Jika Allah menolak amal dan ibadahnya, jelas Allah juga menolak imannya kerana terbukti kepalsuannya.
Kenapa telur perumpamaannya,
Al Baqoroh ayat 164.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Keterangannya,
Sesungguhnya pada setiap yang dijadikan Allah itu ada petunjuk bagi orang orang yang mengunakan akal.
Kalau Nabi berpesan, " Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan " jadi kenapa tidak kita titi kehidupan yang ada ini dengan teliti sebelum kita meniti titian Sirotulmustakiem diAkhirat kelak.
Aku sekadar memperingatkan kerana kalian adalah kawan ku dan muslimin serta musliman itu saudaraku dan aku hanya ingin mengambil kesempatan yang ada selagi hayat dikandung badan.




No comments:

Post a Comment