Thursday 6 October 2011

Bab 14: Lagu Jiwa Lagu Cinta



Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku

Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta
Sehebat begini
Hebat begini

Cinta duniake
Cinta akhirat
Atau kedua duanya.....

Nazfa Nidias:
hnyer manusia yg berfikiran waras n tajam penglihatan aje boleh menilai sgalanya...

Shamsul Bahri:
Hati dan kehidupan itu satu, sedangkan harta peninggalan diajar untuk kita berkonsi dan membahagi bahagi mengikut kadar dan nisbah yang ditetapkan didalam hukum farait, jadi takkan hati dan kehidupan kita nak kita bolot sorang sorang atau nak kita serahkan ditangan orang lain .... Allah mencipta segala yang ada untuk kita nikmati dalam perkongsian maka bahagi bahagikanlah semua itu mengikut nisabnya dan janganlah kamu menjadi orang orang yang melampaui batas. Sesungguhnya Allah benci kepada orang orang yang melampaui batas.

Salleh Mat Salleh:
“ Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak berasa
Ku disisni ”

Gerangan apa tujuan kita dikehidupan ini
Dalam termasya yang Allah jadikan kehidupan
Untuk berkongsi kebahgian mengikut kemampuan
Tertubuhnya perkongsian itu dinamakan jemaah
Tertubuhnya perkongsian didalam agama
Itu adalah Sirotulrohim
Tidak ada yang duduk didalam hakikat Sirotulrohim
Kecuali orang Islam yang beriman
Muslimin dan muslimah

Shamsul Bahri:
“ Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh! siapa yang dapat membaca hatiku saat ini ”

Abang Salleh Mat Salleh, takde yang dapat membaca betapa hebatnya cinta yang diilhamkan ilahi

Salleh Mat Salleh:
“ Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada didepan masih juga
Tak mengerti..........”

Allah tak melarang kamu melayan rasa
Tapi wajib ada batasnya
Allah tak suruh kamu bersunyi menyembunyi diri
Menarilah melayan hidup ini mengikut rentak lagu
Kalau tersalah langkah atau tak pandai menari
Jangan disalahkan pentas dunia ini tak rata
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil
Segalanya telah ditunjuk didepan mata
Yang tak mengerti kerana hanya pada tak mahu memikirkan

Shamsul Bahri:
Orait abang Salleh Mat Salleh:
Sawang sawang dirumah ( dihati dan dikepala) hendaklah dibersihkan.
Kepada ibubapak ibubapak saya nasihatkan mana yang hendak menghantar anak anak kesekolah
“ Jaga keselamatan semasa berada dijalan raya bukan jaga keselamatan jalanraya ”

Salleh Mat Salleh:
Sebab jalan raya atau kehidupan dan fitrah itu memang dah sebegitulah adanya, asalkan pandai memanafaatkannya.

Shamsul Bahri:
Pengajarannya,

Dalam hidup ini jangan bersungut sungut
Macam baung dibawah bangkar
Sana sakit, sini sakait

Jangan merampus rampus
Macam kambing mendengus
Itu salah, ini pun salah

Jangan suka membebel
Macam murai dicabut ekornya
Itu tak kena, ini tak kena

Kerana dalam sungut, rampus dan membebel itu
Tiada jawapan untuk diusahakan
Melainkan menyimpitkan perasaan an akal fikiran

Nak marah, biar terus marah
Sekurang kurangnya kita tahu
Kepada siapa kita lepaskan marah itu

Ditakuti silap silap amalan
Bersungut, merampus dan membebel
Kita itu lebih menyalahkan
Pada takdir dan ketentuan Ilahi
Atau meyumpah diri sendiri
Meratap tuah dan untung diri
Yang dijadikan Allah sebegini

Akhibatnya kita juga yang akan rugi.
Maka ada baiknya kita mencari punca silapnya
Supaya dapat kita perbaiki Amalan dan Akidah kita.
Sebagai seorang yang mengaku dirinya beriman.
Muhasabah
Fikir fikirkan......
Fokus Rahsia didalam rahsia.

Kalau Rasul begitu sirahnya disampaikan bagaimana pentingnya hati itu dicuci dan beliau juga bersabda, " Awal agama tu mengenal Allah ". Bertanya sahabat, " bagaimana hendak mengenal Allah?"
Lalu dijawab oleh baginda, " Kenal diri kamu maka kenallah kamu akan Tuhan kamu dan apabila kamu kenal Tuhan kamu maka kenallah kamu akan agama Tuhanmu "
Sesungguhnya agama Allah itu adalah Islam.

Maksud,
" Awal agama tu mengenal Allah "
Itu adalah Rukun Iman 6 perkara.
Percaya kepada Allah serta percaya pada Malaikat, Al quran, Nabi, Hari Kiamat dan Akhirat yang mana amal yang baik disisi Allah dibalas dengan kebaikkan dari Allah, amalan yang buruk disisi Allah dibalas dengan siksa azab neraka.
Apabila kita sudah istiharkan bahawa kita telah percaya kepada Allah maka kita wajib percaya pada sifat sifat wajibNya pada ZatNya yang benar ujud, Asma'Nya yakni nama nama gelaran dan panggilan keatasnya, Af'alNya yakni perbuatan atau cara Dia melaksanakan ketentuan dan ketetapan fitrah keatas tiap kejadianNya serta Kadho dan khada'Nya tanpa soal jawab sebagai dolak dalih untuk kita menolaknya dengan memberi sebarang alasan.
Kita kena faham bahawa itu adalah Hak Allah dan bukan Hak kita. Hak kita adalah yang wajib bagi SifatNya adalah Mesti dan jangan sesekali dimustahilkan atau disamakan yakni disyarikatkan perbandingan keagongan SifatNya dengan yang lain, maka jatuh haramlah hukumNya.
Untuk menjelaskan lagi ketulusan serta ketetusan akidah kita terhadap Allah itu betul betul benar atau tidak maka kepercayaan kita kepada Malaikat, Al quran, Nabi, Hari Kiamat dan Akhirat dijadikan garis panduan untuk kita menyukat ketulinan akidah kita itu terhadap Allah.
Mudah, sekiranya kita menolak salah satu perkara yang diwajibkan didalam Rukun Iman ini walaupun pada salah seorang MalaikatNYa atau sepotong ayat dari KalamNYa yakni hukumnya atau salah seorang dari Nabi nabiNya mahupun sunnahnya yakni sifat sifatnya atau pun pada hari kiamat atau hari pembalasanNya maka kufurlah imannya.
Dalam ertikata lain, Rukun Iman bukanlah sesuatu yang boleh diringan ringankan disisi Allah kerana itu adalah Hak mutlak Allah s.w.t, dan Hak kita adalah dengan berpegang kepada " Yang baik itu adalah dari Allah dan yang buruk itu datangnya adalah dari sikap dan amalan buruk kita sendiri "
Al baqoroh ayat 98.
“ Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.”

Maksud,
" Kenal diri kamu maka kenallah kamu akan Tuhan kamu "
Sesungguhnya tubuh badan yang zahir pada kamu itu adalah hanya sarung pada diri kamu yang sebenar diri kamu yang memilih untuk taat atau kufur terhadap Allah yang dipanggil akal didalam Al Quran atau bergelar nyawa didalam bahasa ilmu Usul dan Tassauf.
Tubuh terdiri dari organ organ, tulang, darah, daging dan kulit termasuk rambut dan roma kamu hasil dari cantuman benih dan telur dari kedua ibu dan ayah kamu menjadi segumpal darah. Sementara keturunan ayah dan ibu kamu itu pula adalah dari Nabi Adam a.s yang dibuat dari tanah lumpur yang berlopak hanyir lagi hangat yang terkandung didalamnya unsur unsur dari tanah, api, air dan angin serta besi yang mana besi itu adakah Rahsia Ehsan Allah untuk semua mahlukNya.
Ketahuilah bahawa bukan kamu sahaja yang menghuni tubuh kamu itu, sesungguhnya selain dari diri kamu yakni akal yang bertempat diotak kamu supaya kamu berfikir, Allah meletakkan nafsu diselera kamu, iblis diluar hati kamu manjadi hijab cahaya hati dari Roh untuk menyuluh akal kamu dengan membisikkan keraguan keatas kamu, supaya kamu leka dan lalai, syaitan dijatung kamu membakarkan semangat melalui degupan yang berkobar kobar supaya kamu bertindak rangkus. Sesungguhnya mereka itu semuanya adalah musuh didalam diri kamu kecuali Roh.
Jika pada tubuh zahir kamu ada rahsia Ehsan dari Allah yakni tulang supaya kamu mampu berdiri, berjalan dan berlari maka ketahuilah Roh itu adalah rahsia ehsan Allah pada batin kamu dengan cahaya petunjukknya supaya akal kamu mampu berdiri dan bertindak diatas landasan kebenaran menuju kejalan kejayaan disisi Allah seperti mana maksud ayat yang diturunkan digua hira’ yakni ayat yang julung julung kali disampalkan oleh Jibril dari Allah kepada Rasullullah.
Al alaq
Terjemahannya,
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia ( samaada tanpa atau ) melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Roh,
Dialah sahabat kamu yang akan bersama kamu didalam susah dan senang, didalam sihat dan sakit hingga sampai satu masa yang ditetapkan datangnya ajal kamu atau satu masa yang ditentukan datangnya maut kamu jika kamu tidak berhati hati dengan tindak tanduk kamu memakai tuuh badan kamu.
Al baqoroh ayat 99.
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

Sebaik baik jalan mengenaldiri itu adalah amalan muhasabah pada diri seperti mana yang telah disampaikan oleh Rasullullah pada awal pengajarannya disebelum dan sesudah hingga keakhir hayatnya tentang Islam dan rukunnya. Maka dengan kesedaran hak yang dituntut didalam rukun Iman itu supaya disampaikan pada diri barulah layak diri itu diletakkan didalam golongan yang dipanggil beriman kepada Allah. Sesungguhnya orang orang yang bermuhabah diri itu adalah mereka yang menyerah dirinya kepada Allah untuk diberi tunjuk ajar memperbaiiki dirinya, ibadahnya, amalannya terhadap Allah s.w.t
Al baqoroh ayat 131
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

Siapakah yang lebih baik mencorakkan Iman dan Islam didalam diri kita?
Al baqoroh ayat 138
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

Lalu dipanggil Allah kepada Orang orang yang telah menyediakan dirinya dengan Iman supaya masuk kedalam AgamaNya Islam dan menunaikan kelima lima perkara didalam rukun Islam itu dengan hati yang rela, redho serta pasrah tanpa ada rasa terpaksa.
Al baqoroh ayat 208
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Ingat dan sedarilah, tiada paksaan didalam Islam. Islam tidak mengajar umatnya meyampaikan seuatu dengan paksa, sesungguhnya bagi Allah “ adanya kita” tidak akan menambah atau mengenapkan keagonganNya dan “ tiada pun kita” tidak akan menjejaskan atau megurangkan SifatNya atau keganjilan pada Af’alNya.
Al baqoroh ayat 256
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Tahukah apa itu Taghut?
Taghut itu adah mereka yang berpegang kepada pengajaran sesaorang atas sebab sebab sifat ketaksupan dan bukan atas alasan pemahaman.

“ Kenal Allah maka kenallah agamaNya, Islam ”
Didiklah diri memegang Rukun Iman dengan Hukum Rukun Islam dengan Adap Al Quran serta tertib Sunnah dan Hadith serta sirah Rasulnya, dan janganlah bertindak dengan sewenang wenang dengan Agama Allah sesungguhnya Islam itu milik Allah dan bukan milik kita.
Al baqoroh ayat 209 dan 210.
Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.

2 comments:

  1. Assalmulaykum warahmatullahi wbarakatuh. ABG mat Salleh,

    Boleh jelaskan apa maksud Jalan kau jalan nyata, jakan aku jalan rasa?

    ReplyDelete
  2. Assalmulaykum warahmatullahi wbarakatuh. ABG mat Salleh,

    Boleh jelaskan apa maksud Jalan kau jalan nyata, jakan aku jalan rasa?

    ReplyDelete