Sunday 11 September 2011

Bab:16. Tiada Syurga bagi yang tak insaf.




Sabda Rasullullah, “ Tiga amalan yang tidak tertutup ( masih memberi faedah ) walaupun sesudah mati yaitu anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat dan harta yang dimanafaatkan untuk jalan kebaikkan.”
Bermaksud bahawa jika sesaorang mati maninggalkan salah satu atau dua atau ketiga tiga amalan diatas maka Allah menjanjikan pahala kepadanya yaitu selagi anaknya yang solih itu masih hidup, pada tiap tiap amal dan ibadat yang dilakukannya ada ganjaran diperolehi oleh kedua ibu dan bapanya.

Anak yang soleh
Istilah “ anak yang soleh ” didalam hadith ini ( adalah luas dan Allah itu bersifat maha adil ) bukan sahaja tertumpu pada anak kandung malah kepada anak tiri, anak angkat, anak saudara dan juga anak murid serta anak anak yang pernah diajar tentang iman dan amal dan ilmu itu diamalkan maka beruntunglah bagi mereka yang mengajar atau menyumbang ilmu itu. Jika ilmu yang diajar itu berpanjangan keanak cucu mereka maka berpanjanganlah faedah pahala itu hingga ilmu itu luput dari diamalkan.

Ilmu yang bermanafaat
Sesaorang tidak dikatakan soleh tanpa ilmu, maka dengan itulah Allah s.w.t dan nabi nabinya memberatkan supaya hamba hambanya mempelajari dan memahami tiap tiap ilmu supaya dapat diamalkan tanpa ragu ragu dan supaya dapat diajarkan kepada generasi pelapis agar dapat ilmu itu memberi manafaat semasa hidup dan matinya.
Jika ilmu yang diajar itu berpanjangan keanak cucu mereka maka berpanjanganlah faedah pahala itu hingga ilmu itu luput dari diamalkan.

Harta yang dimanafaatkan
Adapun harta harta simati adalah urusan waris warisnya dan tidak harta harta peninggalan itu bermanafaat tanpa ilmu dan tidak tidak juga ilmu itu bermanafaat tanpa amal soleh yaitu jujur, amanah, bijaksana dan berpesan pesan dengan sabar. Dan tidaklah harta itu memberi manafaat ( pahala ) kepada simati jika pembahagian harta itu tidak mengikuti hukum Islam. Lebih menyedihkan jika harta peninggalan itu menjadikan perbalahan, maka seksalah batin simati itu. Jika harta yang ditinggalkan itu berpanjangan keanak cucu mereka maka berpanjanganlah faedah pahala itu hingga ilmu itu luput dari diamalkan.

Bagi mendekatkan lagi erti dan kefahaman “ Memelihara iman ”, Allah s.w.t berfirman,
Ali imran ayat 102.
1. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Bermakna,
Allah mahu kepada hamba hambanya yang beriman kepadaNya supaya akur dengan hukum Allah ( ketetapan ) dengan sebenar benar menuruti perintah, yakni pilihlah menuruti perintah supaya mati didalam Islam.
Ali imran ayat 103.
2. i. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
Allah (ugama Islam),
maknanya,
Setiap yang mengaku beriman dengan Allah hendaklah
berpegang teguh dengan syariat ugama islam.
ii. dan janganlah kamu bercerai-berai;
maknanya,
Dan dengan itu Allah berkehendak hamba hambaNya bersatu ( berjemaah ) kerana agamanya islam dan kerana Allah, dan bukan kerana atau sebab yang lain.
iii. dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.
maknanya,
Ingatlah bahawa inilah amalan yang dapat membawa kejalan kejayaan yang sebenar seperti mana yang dapat dinikmati para awalin setelah datangnya islam sebagai bukti.
iv. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
maknanya,
Hendaklah bersyukur dan menjaga hukum Allah sekiranya kita benar benar beriman dan takut pada azab Allah.

Ali imran ayat 104.
3. i. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
Makna kebajikan adalah sumbangan yang manafaat antaranya umpama berlajar,
Ilmu kedoktoran untuk merawat kesakitan,
Ilmu perguruan untuk mengajar,
Ilmu sains untuk meningkatkan teknologi,
Ilmu pengurusan untuk meningkatkan pengurusan,
Ilmu undang undang untuk meningkatkan keadilan,
Ilmu perniagaan untuk meningkatkan ekonomi,
Ilmu pensyarikatan untuk memberi peluang pekerjaan,
Ilmu pengilangan barangan untuk kegunaan,
Ilmu peruncitan untuk masyarakat,
Ilmu pertanian dan perikanan untuk hasil peruncitan,
Ilmu iman dan amal untuk keamanan.
ii. dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Makna menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang peniaga, petani atau nelayan, memadailah harganya pada kadar berpatutan.
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang pengarah hendaklah kita berlaku adil dan memberi upah gaji pada kadar yang berpatutan.
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang guru hendaklah kita mempunyai tekat seorang guru.
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang yang berkerja dengan undang undang maka hendaklah kita memertabatkan undang undang.
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang pemerintah atau pemimpin hendaklah kita adil pada diri dan rakyat.
Makna melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Tidak kira apa kedudukannya tetapi hendaklah dengan jujur, amanah, bijaksana dan berpesan dengan kebenaran Islam ditangani segala yang salah (buruk dan keji) dalam islam.
Sabda rasullullah, “ Sesungguhnya sesaorang yang beriman itu apabila dia melihat kemungkaran, jika dia berkuasa dengan pangkatnya maka dia menegah dengan kuasanya, jika dia berkuasa dengan tangannya maka dia akan melarang dengan tangannya dan sekiranya dia tidak mampu berbuat demikian maka dia membenci kemungkaran itu dengan hatinya. Namun itu adalah selemah lemah iman.
iii. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Maka begitulah petunjuk Allah. Dan selain dari itu hendaklah umat islam itu berwaspada.

Dan selain dari itu hendaklah umat islam itu berwaspada. Hendaklah kita bermusuh dengan musuh Allah secara terang terangan tetapi dengan bijaksana. Dan tindak tanduk mereka wajiblah dipantau.
Al Baqoroh ayat 221.
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
Ali Imran 28.
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Ali Imran ayat 100.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Ali Imran ayat 118 hingga 120.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
Ali Imran ayat 149 dan 150.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.
(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.

Kesimpulannya,
Kita tidak mungkin dapat meningalkan seorang anak yang soleh, ilmu dan harta untuk dimanafaatkan berpanjangan jika kita tidak bersatu seperti mana yang dikehandakki Allah. Bersatu dalam semua bidang kerana sirotulrahim ( menjaga saudara saudara islam ) dengan hukum Allah kerana Allah. Jika tidak dilaksanakan maka tinggallah amalan sekadar amalan dan ibadah sekadar ibadat umpama orang yang menepuk sebelah tangan dengan Tuhannya dan tidaklah layak dia berada dipersada hati ( Syurga ) Allah.
Dan tinggallah iman itu sebagai iman perasan dalam perasaan saja serta syurga itu sebagai angan angan belaka.



No comments:

Post a Comment