Saturday 10 September 2011

Bab 21: Asas Iman.




Asas Iman

Jika kita tak mahu melihat didalam diri yang tersirat, kita akan dizalimi mainan dan muslihat.
Jika kita akan terusan berserah pahala akan menjadi dosa, pabila keciwa menimpa keciwa ( bertimpa ) kita jatuh tak percaya ( gugurnya iman ).
Dalam diri tersimpan jawapan, dalam diri satu kebenaran yang diangan angankan oleh orang yang beriman.
Hubungi Allah melalui amalan ( batinaiah ) dalam diri kamu dan Dia Allah itu sentiasa menanti kamu.
Berfirman Allah. " Barang siapa yang datang kepada ku berjalan nescaya Aku akan datang kepadanya berlari "
Maka dalam itu tersimpan harapan, ada satu kekuatan, tersimpan dambaran sufi sufi.
Dalilnya,
Sebelum turunnya perintah sembahyang, puasa dan sebagainya inilah amalan yang disampaikan oleh Nabi pada umat Islam yang awal dan kesannya tersirat pada iktikat Iman para sahabat dan dalam peristiwa Uhud.


Syahadah
Amalan Muhasabah Syahadah
Dalil,
Bersabda Rasullullah, “ Hendaklah kamu bersyahadah sebelum kamu tidur kerana ditakuti kamu mati didalam tidur dan hendaklah kamu bersyahadah sebaik kamu bangun membetulkan niat dan akidah kamu sebelum kamu bangkit mengerjakan urusanmu kerana didalam syahadah itu ada petunjuk dan pertolongan Allah jika kamu benar benar ingin mengetahui.”

Keterangan,
Adapun maksud bersyahadah sebelum tidur itu adalah amalan muhasabah dan beryahadah sebaik bangun dari tidur itu adalah amalan muhasabah syahadah.
Cara amalan muhasabah telah ditunjukkan kepada kamu dan amalan muhasabah syahadah adalah seperti berikut.

Diamalkan,
Sebaik baik dilakukan ( amal ) pada setiap kali kita bangun dari tidur, sebelum solat, tengah marah, tengah tidak ketentuan arah, tengah dalam kesukaran atau selepas terlalai.

Cara amalan muhasabah syahadah
Sebaik sedar dari tidur

1. Duduk bermurakabah, dengarkan dengan telinga bunyi hela hembusan nafas yang ditarik itu hu… dan bunyi hela hembusan nafas yang dihembus itu Allah......
Penjelasan,
Terhimpunnya udara dari hidung keparu paru bersatu
dengan darah menuju kejantung.

2. Meletakkan telapak tangan kanan dirusuk kiri ( lambung kiri ) dibawah susu.
Penjelasan,
Tempat yang dinamakan latiful kholbi yakni hati.
Bersabda Rasullullah, “ Didalam tubuh manusia ada
seketul daging, baik keadaan daging itu maka baiklah
amalannya dan jika busuk daging itu maka buruklah
amalannya dan ia adalah hati.”

3. Rasa ( degupan ) dibawah telapak tangan kanan dengan mata yang masih terpejam.
Penjelasan,
Degupan ( hayat ) itu adalah ehsan Allah dengan sifat
sifat Maha AgongNya.
Allah berikan kehidupan, Allah berikan keselesaan,
Allah berikan rezeki, Allah bekalkan nafsu untuk
menikmati hayat dan cuma yang Allah meminta kepada
kita hanya sedikit itu pun sementara semasa hidup ini
yakni jangan melampaui batas.

4. Dengarkan dengan telinga bunyi degupan itu ialah
sebutan tiada yang lain melainkan Allah, Allah, Allah
seiring dengan degupan jantung.

Penjelasan,
Tiada yang layak memberi hayat melainkan Allah.
Telah dirasa degupan hati itu dengan telapak tangan,
telah diperhatikan ( diintai ) dengan mata hati dan
telah didengar dengan teliga maka berkatalah panca
indera ( natkah ) itu dengan kalimah “ ashadu ” yakni
naik saksi aku, dijawab oleh akal ( kulli jasad ) dengan
kalimah nafi isbat “ alla ila ha illa ” yakni tiada tuhan
melainkan, disambut oleh hati dengan kalimah “ Allah,
Allah, Allah….. ” tanpa berhenti.

5. Lalu mengucap dua kalimah syahadah sepenuhnya.
“ Ashadu alla ila ha ill Allah wa ashadu anna,
Muhammad dar rasullullah ”
Penjelasan,
Dari mulut masuknya makanan lalu terhimpun didalam
perut melalui usus diserap apajua nikmat yang kita makan ditapis menjadi cecair keginjal, ditapis dari ginjal
disalurkan pada limpa dan hempedu ditapis kemudian
menjadi darah didalam hati.
Dari hati masuk keparu paru bersatu dengan bersatu
dengan udara lalu kejantung.
Barang sesiapa memakan dari hasil yang dilarang
Allah maka hitamlah hatinya, busuklah darahnya dan pincanglah amalannya.
Barang sesiapa memakan dari hasil yang dihalalkan
Allah maka putihlah hatinya, bersihlah darahnya dan cantiklah amalannya.

6. Baca
“ Wahuwa akum innama kuntum ”
Terjemahan,
Barang kemana ada kamu disitu ada ( makrifat ) Allah.
Maksud,
Barang kemana ada kamu disitu ada tanda keujudan
Allah. Dan
“ Allah Maha Mengetahui apa yang kamu sembunyikan.”
Penjelasan,
Bermula dari jantung dialirkan darah melalui pembuluh
( urat ) pada tulang empat kerat yakni lengan dan tangan, kaki dan keting.
Bercabang menjadi urat, berjelirat menjadi daging,
berketul menjadi otot, berlapis menjadi kulit, kematu
menjadi kuku, beruang menjadi rongga, terjulur menjadi roma.
Bermula dari jantung dialirkan darah melalui pembuluh
( urat ) pada sepanjang tulang belakang, kebenak
ditengkok, keotak dikepala, turun menjadi mata, menjadi deria bau, menjadi telingga, menjadi lidah, menjadi
tekak, menjadi salur, menjadi perut, menjadi rahim,
menjadi alat nafsu.
Barang sesiapa yang mendahulukan akalnya, takwalah
dia akan Tuhannya dan barang sesiapa yang
mendahulukan kepentingan nafsunya, maka rosaklah hubungannya dengan Tuhannya.
Sesungguhnya peredaran darah yang berulang alik itu umpama sae dari Safar ke Maruah dan pusingan darah didalam hati itu umpama Tawaf diMekah munauwarah.
Jika tanah Mekah itu digelar masjidil haram selain dari beribadat terhadap Allah maka ketahuilah hati itu
haram dari mensyirikkan Allah.
Apabila amalan ini diamalkan lama kelamaan maka mengalirlah setiap titik darah didalam tubuh badan itu dengan menyebut kalimah Allah, Allah, Allah berterusan bebanding sebelum ini.

7. Dan buka mata dengan lafas
“ Fa ai nama tu allu, fasamma waj hullah.”
Terjemahan,
Kemana berhadap wajah kamu, disitu ada ( makrifat )
Allah.
Maksud,
Kemana berhadap wajah kamu yakni yang kamu
pandang, disitu ada tanda kebesaran Allah dan
“ Allah Maha Mengetahui apa yang kamu usahakan.”

Kesimpulannya,
Manafaatkan apa yang ada dimuka bumi ini dengan
jujur, amanah, bijaksana didalam menunaikan yang
hak ( tangong jawab ) dengan teliti dan sabar. Bagi
yang berakal jadikan sebagai batu loncatan keakhirat
( iklas terhadap Allah ) dan sebaliknya janganlah
bersikap seperti orang yang tak berakal seperti kata
perpatah, “ tak ada beban batu digalas ”.
Sesungguhnya tamak itu membebankan kamu, ego itu
juga membebankan kamu, jahil juga membebankan
kamu, sama jua dengan mementingkan harta dan juga
pangkat dunia.

Penjelasan,
Sesungguhnya Allah benci dengan kerja sia sia dan janganlah mencari benci Allah jika kamu percayakan adanya hari kematian.

8. Terus terngiang ngiangkan kedengaran zikir Allah, Allah, Allah seiring degupan jantung itu digegendang batin pendengaran telinga lalu berdoa,

“ Ya Allah, ampunilah aku, aku telah menzalimi
diriku sebelum ini dengan bergantung harap terhadap makhluk dan akhirnya aku yang rugi disisi Mu, sesungguhnya Engkaulah tempat sebenar benar aku bergantung harap dan yang aku sembah dan tempat
yang selayaknya aku meminta pertolongan dan perlindungan.
Sesungguhnya Alam dan seisinya hanya layak untuk
ku pakai dan aku gunakan dan bukan pula untuk ku buang,
hanya untuk mencari keredhoan Engkau
dan tidak lebih dari itu ya Allah ”




No comments:

Post a Comment