Salleh Mat Salleh
Soalan: Saudari Pasangan Jiwa
Apa itu RAHSIA..yang dalamnya apalak RAHSIANYA.??Kalau Rahsia apa yang di rahsiakan,dan mestikah rahsia perlu di rahsiakan.Siapa yang merahsiakan,siapa pula perahsia itu.
Salleh Mat Salleh
Apa itu rahsia…
Rahsia itu adalah yang tersembunyi
Kalau rahsia apalak rahsianya?
Bersabda rasul, “ Umatku terbahagi kepada 72 golongan, tiada satupun yang terlepas dari azab siksa neraka kecuali satu.”
Rahsia golongan yang mana satu golongan yang terlepas dari azab siksa neraka itu? Bermaksud yang diterima amalannya disisi Allah.
Mestikah rahsia itu perlu dirahsiakan?
Sesungguhnya Allah itu maha kaya lagi maha pemurah, namun sesuatu yang bernilai disisi Allah tidaklah Allah itu mahu ianya disia siakan oleh hambaNya yang tidak mengambil endah, seolah yang berharga disisiNya itu jadi terlalu amat murah, lalu dirahsiakan yakni dihijabkan.
Siapa yang merahsiakan?
Yang berkuasa keatas sesuatu tiada yang lain melainkan Allah, mengikut ketetapan dan ketentuan yang telah digariskan, Al Quran dan Hadith dijadikan rujukkan.
Siapa pula yang perahsianya?
Perahsianya adalah diri kita sendiri sahaja yang tahu rahsia dihati sendiri samada kita memilih untuk beriman atau tidak.
Iman adalah sesuatu yang berharga disisi Allah dari Alam dan seisinya.
Iman bukan sesuatu yang boleh diwarisi.
Tak akan mampu memilikki Iman tanpa taufik dan hidayahNya
Takkan diberikan taufik dan hidayah itu pada yang tidak berkehendakkannya kecuali pada mereka hambaNya yang benar iklas
Lalu diadakan ruangan ini hanya untuk membimbing membuka jalan hijab hijab rahsiaNya, selebihnya mereka yang iklas sajalah yang mengushakannya dan kami yang lainnya selain hanya mampu menyampaikan dengan berpesan pesan, kami hanya mampu mendoakan.
Fokus Rahsia didalam rahsia.
Hidup ni kene fokus,
Pertama.
Fiman Allah," Aku tidak memandang bangsa dan keturunan hambaku, melainkan hati hati mereka." yakni samaada beriman atau tidak. Barsabda Rasul, " Umatku terbahagi kepada 72 golongan, tidak ada tang akan lepas azab siksa neraka kecuali satu."
Jadi siapakah yang satu itu?
Surah Al ash
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Kedua.
Sabda Rasul," Iman bukan sesuatu yang boleh diwarisi " maknanya kalau ibubapa kita Islam sekalipun ia tidak boleh menjamin anak anak dan keturunannya juga Islam macam agama lain.
Kita kene belajar kenal apa itu Islam yakni agama Allah barulah boleh kita mengaku diri itu Islam. Islam bukan agama anutan ikut ikutan.
Maksud sabda Rasul, Awalluddin yakni agama Allah itu mengenal Allah, yakni sifat sifat Allah dan kalau tak kenal masakan boleh kita mentaati Allah atau melaksanakan suruhanNya dengan Adap dan tertib sepertimana rasul, para nabi, anbia anbia, tabi tabien Allah.
Berpeganglah pada akidah bahawa sifat sifat wajib bagi Allah itu jangan sesekali dimusahilkan dan sama sekali jangan disamakan atau disekutukan atau disyarikatkan dengan yang lain.
Dalilnya.
Al iklas
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Ketiga.
Berhati hati menimba Ilmu agama dan jangan sampai taksub.
Ramai yang mengatakan bahawa agama yang mereka bawa adalah agama yang tulin. Sebenarnya Islam ini telah dicampur adukkan oleh orang orang yang tidak bertanggong jawab sejak zaman Khalifah Umar ibn Khattob, difitnahkan sikapnya keatas khalid ibn Walid dan akhirnya kerana inginkan berkuasa lalu Umar diracun kemudian ditikam dari belakang.
Sebenarnya Islam ini juga telah diselewengkan oleh orang orang yang tidak bertanggong jawab sejak zaman Khalifah Usman ibn Affan lalu dia mengumpulkan naskah naskah Al Quran lalu disatukan menjadi kitab yang bertulis, maka hangat hati hati orang yang munafik takutkan manusia kebalikejalan kebenaran lalu membunuhnya tatakala beliau membaca kitab Al Quran.
Sebenarnya Islam ini juga telah diselewengkan oleh orang orang yang tidak bertanggong jawab sejak zaman Khalifah Ali, mereka yang kufur mengada adakan fitnah lalu berperanglah pengikut pengikut Ali dengan pengikut peangikut Mertuanya Siti Aisyah. Tak cukup dengan itu dipenggal kepala anaknya dan diarakkan disekeliling kota semata mata mahu menyuruh Ali melepasakan kuasanya dan terakhirnya Ali juga turut rebah dibunuh.
Pengajarannya,
Sahabat sahabat Nabi ini tidak terbunuh dimedan peperangan, mereka tumpas digelanggang yang mereka perintah. Sebenarnya musuh terdekat kita adalah kaum kaum munafik yang mengaku satu agama, mengucap satu syahadah dan bersembahyang satu masjid. Maka dengan itulah saya mengadakan ruangan Rahsia didalam rahsia ini dan menerangkan yang hak untuk membezakan yang batil.
Al falaq
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
Salleh Mat Salleh