Sunday 11 September 2011

Bab 18 Taubat - Tafsir Rukun Iman dan Islam





Doa taubat raihan
Tafsir
Rukun Iman dan Islam
Assalammu A'laikum

Telah diturunkan kepadamu
Rukun yang terawal
Sebutlah dengan nama Tuhanmu

Percaya kepada Allah
Dan janganlah kamu menyebut
Nama namaNya yang Maha Agong
Yaitu Asma'Nya
Jika ada kuatir didalam hatimu
Tentang keagonganNya mencipta kamu
Dari segumpal darah
Alam dan seisisnya

Peliharalah kepercayaanmu
Pada Zat yang Maha Agong
Dengan memelihara
Sifat sifat wajib bagiNya
Didalam hati kalbumu
Yang tidak ada tolok bandingnya
Yang haram dicemar

Peliharalah akalmu
Dari merendah rendahkan
Sifat perbuatanNya yakni af'alNya
Atas apa yang telah ditetapkan
Dan apa yang telah menjadi ketentuanNya
Fitrah buat setiap ciptaanNya

Awasilah lidah lidah kamu
Mata kamu, pendengaran kamu
Supaya jangan sesekali
Kamu terbalikkan fitrah itu
Dengan meyongsangkan hukum dan takdirnya
Menyalahkan Sifat Af'alNya

Percayalah atas kekayaanNya
Memilikki Para malaikat
Yang sentiasa sujut taat bertasbih kepadaNya
Dan memerhatikan kesucian kerajaanNya
Yang ada didalam hati dan diri kamu

Peliharalah olehmu sepenuhnya
Akan tiap bibit bibit
KalamNya " Al Quran "
CahayaNya petunjuk dari " Nur "
Yang maha agong " Karim "

Percayalah kamu kepada
KekasihNya yakni Nabi dan Rasulnya
Pada sabda hadithnya
Adap dan tertib pembawaannya
Sebagaimana usul sirahnya
Begitulah syarat dan syariatNya

Ingatlah wahai saudara saudaraku
Teman dan rakanku
Tak lupa juga pada anak dan isteriku
Juga buat diriku
Taip yang bermula pasti ada kesudahannya
Akhirat namanya

Setiap amal yang baik
Kebaikkanlah balasannya
Dan keengkaran buruklah padahnya

Peliharalah Keagongan Rukun Iman ini
Barulah layak kamu mengistiharkan
Diri kamu antara yang beriman
Dengan mengucap Dua Kalimah Syahadah

Satu Kalimah buat pegangan
Akidah batinmu
itulah jujur
Satu Kalimah lagi buat
Amanah fitrah
Inilah kerja kamu semasa hidup dimuka bumi ini

Tidaklah bertanggong jawab
searang hamba tanpa jujur kepada Tuhannya
Tidaklah jujur seorang hamba membuat kerja sambil lewa
Yaitu tanpa hemah teliti dan bijaksana
Tidaklah bijaksana jika mengenepikan
Adap sesama manusia
Apatah lagi pada saudara dan keluarga
Guru dan ibubapa
Mahupun kepada anak dan murid

Melainkan bagi orang orang yang berdusta dan pendusta
Pada kalimat ikrarnya
Tidaklah mereka mencium
Walaupun bauan Syurga
Apatah lagi untuk berada didalamnya

Barulah sempurna untuk kamu
Gelaran seorang yang dikatakan bertaubat
Mendirikan Sembahyang tanpa lalai dan duhaka
Berpuasa dari menyalahkan kuasa
Berzakat dengan ilmu pengetahuan
Dan pendapatan idea dan harta
Untuk yang lainnya terus hidup dalam bahgia
Maka berhajilah diMekah Munauwarah
Dalam satu jemaah
Satu tekat
Satu larian
Satu pusingan
Satu hati dengan satu Tuhan

Dikesempatan ini
Saya ingin menyampaikan pesan
Jagan diserahkan Cinta yang tulus
Kepada manusia mahupun pada pangkat
Alam dan seisinya
Kerana Cinta yang tulus adalah buat Allah
Dan cinta pada yang lainnya
Cukuplah sekadar cinta
Yang diamanahkanNya buat kita

Inilah rahsia kejayaan
Dan ini juga rahsia memebuatkan
Kita tersasar sesat terhijab
Dalam kepekatan hati yang dihitamkan.

Demi masa
Kita didalam kerugian
Selagi tidak sempurna Akidah Iman
Selagi tidak beramal soleh soleha
Selagi tidak menyampaikan yang benar
Selagi tidak menyampaikan dengan sabar

Hijrahkan diri kamu dan orang orang yang kamu kasihi
Dari Amal yang Mungkar kepada Amal yang Makruf
Maka terungkailah
Tetka teki
Sabda Baginda
“ Umatku terbahagi kepada 72 golongan
Tiada satupun yang akan lepas dari siksa azab neraka
Kecuali satu ”.
Al Baqoroh ayat 213.
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
Keterangannya.
Sejak dari Nabi Allah Adam sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad begitulah sikap kita manusia yang sering mengubah petunjuk kebenaran kejalan kesesatan dengan mengujutkan perselisihan semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Sejak kemangkatan Syaidina Abu Bakar r.a, anasir anasir manusia yang bersifat dengki ini telah menunjukkan warna iman mereka yang sebenar yaitu beriman kepada Iblis dan duniawi dengan merencana membunuh Syaidina Omar r.a, kemudian mencetuskan peperangan sesama umat Islam dengan membuat onak fitnah antara Syaidina Ali r.a dengan balu Rasullullah yakni ibu mertuanya sendiri yaitu Siti Aishah r.h kemudian membunuh syaidina Othman r.a akhirnya untuk merebut tampuk kerajaan Islam pada ketika itu.
Apabila sebahagian dari tunggak kerajaan telah ujud orang orang yang tamak harta, tamak pangkat, tamak nama maka sistem perundangan Islam menjadi lemah akhibatnya mereka juga melahirkan banyak pendokong pendokong dari kalangan rakyat dan ilmuan dari kalangan orang orang yang seperti mereka yang tamak harta, tamak pangkat dan tamak nama.
Secara tak langsung asas amalan kebatinan yakni pemggenalan Hukum iman ditinggalkan diketepikan dan Rukun Islam pula diangkat tanpa Iman maka tercemarlah Agama Islam itu sedikit demi sedikit. Lalu timbulah perbalahan puak puak syariat dengan puak tarikat maka timbullah berbagai ideology Islam moden yang bertopeng Islam dan sunnah. Islam yang lemah telah menjadi retak menunggu belah. Sehingga kehari ini tidak hairanlah bangsa bangsa Arab itu sendiri bepecah dengan fahaman masing masing.
Bayangkan setelah kejadian ini barulah sampai Islam diIndia yang telah dicampur adukan dengan budayanya dan kemudian sampai diIndonesia danMalaysia dan dicampur adukan dengan budaya adap melayunya? Kalau diMalaysia telah diistiharkan terdapat lebih 70 amalan sesat, cuba bayangkan berapa banyak pula amalan sesat yang berada diIndia dan berapa banyak pula amalan sesat yang ada ditanah tumpahnya Islam itu sendiri diArab.
Maka dengan itu saya menganjurkan kenallah agama yang kita anuti ini dengan mengenali Tuhan penciptanya dan untuk mengenali sebenar benar Tuhan itu kenalilah diri ( hati budi diri ) dengan menghidupkan petunjuk yang telah sedia ada didalam setiap diri yaitu Roh seperti yang dianjurkan oleh Rasul kita Muhammad. Sekiranya itu pun berat bagi kita untuk mengamalkannya maka rugilah kita.
Dunia ini bukan gelangang menunjuk kehebatan atau untuk mencari nama sebaliknya adalah untuk berjihat dan sebenar benar jihat itu melawan kelemahan diri sendiri berdasar hakikat lima perkara.
1. Siapa yang bertahta didalam hati kamu, maka dialah tuhan kamu.
Adakah wajar kamu katakan Allah itu tuhan kamu sedangkan apa yang kamu lakukan “ Ada udang disebalik batu.”
Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang diri dan hatinya milik Allah semata mata.
2. Rukun siapa yang menjadi pegangan kamu, hukum siapa yang kamu patuh, adap siapa yang kamu amal dan tertip siapa yang kamu ikut itulah anutan mu.
Adakah wajar kamu katakan Islam itu anutan mu sedangkan agama itu kamu pakai sekadar topeng lakunan mu.
Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang sentiasa berwaspada dengan tindak tanduknya kerana Allah maha mengetahui lagi maha melihat apa yang diusahakannya.
3. Perundangan siapa yang kamu junjung itulah imam kamu.
Adakah wajar kamu katakan Al Quran itu imam kamu sedangkan kamu menjunjung undang undang yang lahir dari kehendak hati kamu.
Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang sentiasa akur dengan Ai Quran tanpa berdolak dalih.
4. Siapa idola kamu itulah rasul bagi kamu.
Adakah wajar kamu katakan bahawa Muhammad itu rasulmu sedangkan kamu tidak memilikki ciri ciri Muhammad.
Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang sentiasa menyintai apa yang dicintai Rasulnya.
5. Siapa yang kamu sayang adalah saudara kamu dan siapa yang kamu benci itulah musuh kamu.
Adakah wajar kamu katakan bahawa muslimin dan muslimat itu saudara kamu sedangkan dihati kamu ada rasa benci, hasat dan dengki serta dendam terhadap mereka.
Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang sentiasa kasih dan memaafkan saudaranya walau sebesar gunung salahnya kecuali jika telah melewati batasan agama Allah dan mengambil pengalaman sebagai pengajaran bukannya dendam.
Al baqoroh ayat 66.
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
Maka beruntunglah mereka mereka yang;
1. Menuntut ilmu kemudian memanafaatkannya didalam apa jua bidang untuk agama, keluarga dan saudara saudaranya.
2. Menjadi pemimpin yang memimpin bagi pihak agamanya didalam apa jua bidang untuk keluarga dan saudara saudaranya.
3. Menjadi pengusaha yang didalam apa jua bidang membuka peluang pekerjaan dengan agamanya untuk keluarga dan saudara saudaranya.
4. Menjadi penyokong ( pengundi ) didalam apa jua bidang kepada kebenaran dan menjauhkan kemungkaran.
5. Bersatu mempertahankan didalam apa jua bidang hak agamanya, keluarganya, saudaranya dan negaranya.
6. Berjihat memperbaikki amalannya kerana Allah mengikut sunnah RasulNya dan berkata Rasullullah bermaksud, Sesungguhnya mereka mereka yang meninggalkan amalan berjihat bukanlah dari golongan umat ku dan ternyatalah mereka mereka itu adalah golongan orang orang yang kufur.
Al baqoroh ayat 142 dan 143.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).
Al baqoroh ayat 200.
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Jihat
1. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu tidak jujur tatkala kamu berkata kata. “ Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap “
2. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu diberikan amanah atau kerja atau kerjaya tetapi tidak melaksanakan amanah kamu itu.
3. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu bertindak tanpa mengunakan kebijaksanaan sedangkan kamu sering mendahulukan tamak dan perasaan.
4. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedangkan kamu membiarkan kehancuran atau bersubahan menghancurkan ( agama dan saudara kamu ) atau kamu melarang tanpa dengan berpesan pesan kepada saudara saudara seagamamu dengan hemah, teliti dan sabar.
5. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika sekadar memboikot barangan kaum kafir sedangkan kamu tidak bangkit sebagai pengusaha barangan keperluan untuk saudara seagama kamu.
6. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu melepaskan peluang mengundi untuk kepimpinan kerajaan kamu atau
7. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu mengundi untuk kaum musyrik atau kaum yang bahil yang bakal membawa kerosakkan didalam Agama, Bangsa dan Negara kamu.
8. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu tidak mendidik pelapis yang bakal mengantikan tempat kamu dengan baik.
9. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu hidup kaya raya dan tidak memperdulikan nasib saudara seagamamu hidup didalam teranyaya.
10. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu tidur didalam kekenyangan ada saudara seagamamu tidur didalam kelaparan.
11. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu mengukir senyum dan nama didepan kaca TV dan melaba manafaat dunia tetapi ada diantara saudara seagamamu yang menyokongmu tak milik apa apa.
12. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu menempatkan musuh musuh Allah yakni orang orang kafir musyrik dan orang orang jahil atau bahil ditempat tempat penting didalam kerajaan atau syarikatmu tanpa kamu pantau atau sengaja kamu biarkan, sedangkan mereka merancang membinasakan kerajaan dan perniagaan kamu.
13. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu secara langsung atau tidak langsung menganyaya saudara seagamamu.
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengunakan akal dan fikiran dan mereka yang tidak mengunakan akal dan fikiran bukanlah dari golongan yang sebenar benar beriman.
Al baqoroh ayat 44.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Al baqoroh ayat 164.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Al baqoroh ayat 219.
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Al baqoroh ayat 256.
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang sedar bahawa mereka itu lemah dan hanya Allah tempat sebaik baik meminta pertolongan dan petunjuk.
Ayat Al qoriah
Hari yang menggemparkan,
Apa dia hari yang menggemparkan itu?
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? –
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia"Haawiyah" itu?
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang takut pada hari kemudian.
Ayat At takasur
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Hidupkan amalan syahadah sebagai mutu Iman, muhasabah sebagai ketulinan Iman dan zikir munajat sebagai ketahanan Iman. Maka sesudah itu bersatulah kamu sebagai sebuah jemaah didalam bidang masing masing mengajak kejalan kebaikkan dan meninggalkan amalan kemungkaran.
An nisa’ ayat 1.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Ali Imran ayat 20.
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah slam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya



No comments:

Post a Comment