Saturday 10 September 2011

Bab: 23 Jamal Abdillah & M.Nasir^^Ghazal Untuk Rabiah [L!ve]..




Ya Rabbiah ( Ya Tuhanku )
Petikkan dari peristiwa setelah Rasul pulang dari Isra' dan Miqraj.

Kilauan bintang berkelip kelip dilangit tinggi
Dan cahaya menari nari dilangit biru
Tidaklah dapat menenangkan perasaanku
Yang merindut kehadiran Mu kasih.
Begitulah keadaannya Baginda ( rindu ) yang sering menanti wahyu dari Allah melalui perantaraan Jibril.
Tidak apa yang dapat menutup dambaran kasihnya terhadap Allah.
" Rela lepaskan segala segala yang dia rasul itu ada jika itu yang kau hajatkan " inilah inti kalimah syahadah " laila haillallah " membuang segala kebesaran mahluk dari hati dan hidup kerana Allah.
" Rela terima apa pun syaratnya dan dugaan untuk ku buktikan cintaku " dan inilah inti kalimah syahadah kedua, " Muhammadur rasullullah " yakni intipati sunnah rasul, jika ditinggalkan salah satu darinya maka tidaklah ia dipanggil dua kalimah syahadah.
Orang melatah kita jangan turun melatah kerana orang tahu apa yang dilatahkannya, orang melompat kita jangan melompat kerana orang tahu apa yang dilompatnya, orang meratib kita jangan turut meratib kerana orang tahu apa yang diratibnya dan orang merindu kita jangan pula merindu kerana orang tahu siapa yang dirinduinya.
Perpatah berkata, " Sukat baju ukur dibadan sendiri " layakkah kita mengaku bahawa Tuhan itu ada didalam jubah atau berada didalam diri kita? atau layakkah kita mendakwa bahawa Muhammad itu diri kita " ana Muhammad Rasullullah ". Cermin cerminkanlah diri, wahai manusia yang tidak memilikki wajah. Janganlah terlalu sombong sehinggakan kamu menjadi perasan dengan perasaan kamu seperti Fir aun.
Dan janganlah kamu menjadi pencela pada orang yang sedang mabuk dilamun cinta terutama dengan kekasihnya yakni Allah. Beza orang yang karam dengan rasanya, mereka membatasi tingkahnya didalam rukun, hukum, adap dan tertib sedangkan yang berpura pura itu bagaikan kerasukkan. Asalkan dapat ku mengubati hatiku yang ditumpaskan cinta yakni asalkan dapat nanti bersama Allah. Asalkan dapat ku menundukkan lautan gelora jiwa yang menagih kasih Allah.
Dialah Allah yang tulus dan mulus dan kudus dambaran yang wajib diusahakan jika ingin keredhoan Nya.
Semoga malam ( rindu ) ku tidak lagi jadi medan air mata menusuk seluruh tubuh ku.
Rangkap senikata menerangkan kehendak ayat didalam doa iftitah yang dirukunkan didalam solat fardu.
Terjemahannya,
Maha besar Allah yang mentadbir dan segala puji pujian keatas Allah yang menjadikan segala sesuatu serta seisinya.
Aku hadapkan wajahku dengan wajah engkau satu satunya pemerintah alam seluruhnya.
Ketahuilah kaum muslim bahawa aku bukanlah kaum musyrik.
ibadahku dan segala urusanku, termasuk hidup dan mati ku.
aku serahkan kepada Engkau Tuhan alam semesta.
Tiada sekutu bagi Engkau dan berpegang didalam diriku
Dan sesungguhnya aku adalah seorang muslimin.
Ya Rob
Ya Robbiah
Telah hilang keindahan kilauan
Cahaya bintang dilangit biru
Tiada lagi gemersik irama buluh perindu
Nyanyian merdu pari pari
Tak dapat menteramkan sanubariku
Yang mendambarkan kepastiaan kasih Mu

" Asshadu alla illa ha illallah "
Jika itulah hakMu
Yang hendak aku kembalikan
Rela lepaskan
Segala gala yang aku ada
Jika itu yang engkau hajatkan

Biarku runtunkan mimpi kecintaanku
Pada Mumtaz menjadi abu
Aku robohkan tugu Taj Mahal menjadi debu
Juga tiap keagongan
Yang nyata dan
Yang tersembunyi
Dihatiku
Demi hanya kerana Kamu
Tiada lain melainkan Kamu
Tuhanku yang Satu
Yang tidak ada seumpama Mu

Ya Roh
Ya Robbitahku
Bawalah aku menghadap
Kekasihmu dan Kekasihku
Asalkan dapat
Ku mengubati taubat hatiku yang cedera ditupaskan
Helah akal seorang kekasih
Cinta berahi dan bukan cinta yang hakiki

" Waashadu anna Muhammad darasullullah "
Jika itu pengertiannya
Rela terima
Apa pun syaratnya
Dan dugaan untuk ku buktikan Cintaku
Tidak lagi aku menjadi Majnun
Mennyintai Laila dengan sepenuh hatiku
Berkorban apa saja
Yang bukan pada tempatnya

Ya Roh
Ya Robbitahku
Tarbiahkan lah nafsuku
Asalkan dapat aku menundukkan
Amukkan gelora nafsu yang memesongkanku
Jiwaku yang menagih kasih

Usahalah mengenall
Sifat Allah yang Tulus
Didalam kehalusan Mulusnya
Pandanglah dari tempat yang tinggi
Bagai Rajawali
Supaya terlihat keluasan keagongganNya
Meliputi segenap sudut

Jika tak tercapai mensucikan hatimu
Dengan niat kerana Dia
Rajuklah Rohmu
Makakan hilanglah jalan petunjuk
Yang menghubungkan rindumu
Untuk pulang kepangkuan Kekasihmu
Dengan ketaatan kejujuran dan amanah

Tidaklah diangkat dambaan hasrat itu
Jika hilang peradapan dan tertib
Tatasusila seorang yang berkasih sayang
Apatah lagi dambaan
Seorang hamba yang merindu dan menyinta
Akan TuhanNya
Walaupun sebesar gunung
Sebesar biji sawi pun tidak ada nilainya
Kerana tiada ketulinannya
Ucapan Terima Kasihku kepada Kedua dua insan yang mendendangkan dan menulis lirik ini.




No comments:

Post a Comment