Saturday 10 September 2011

Bab 30: Dalam diri ada segala galanya.




Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa

Maksudnya,
Adatlah kita manusia, bila datang sesak baru timbul resah badai nak tercabut nyawa.

Bila roti kering ketingalan
Tulang yang kau fikirkan
Habis dilarikan mergas tua

Maksudnya,
Apabila mati segala segalanya yang kita usahakan pangkat, darjat dan harta benda yang kita sangkakan begitu bernilai jika dibandingkan hanya sisa sisa disyuga barulah diri terasa bertapa sia sia semua itu jika tak dimanafaatkan dan akan tinggal buat anak dan isteri atau suami akan menjadi rebutan pada manusia yang masih hidup untuk teruskan hidup.

Dahlah kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah

Maksudnya,
Diri terkapan dengan rasa seribu kecewa dan dihimpin rasa, jangan mengharap sesuatu yang mustahil ( Sajian susu ikan merah ), rata rata telah kita lihat, menunggu doa dari yang masih hidup untuk dibekalkan kepada yang sudah mati bagai menunggu buah yang tak jatuh.
Kecuali bagi mereka mereka yang semasa hayatnya memanafatkan ilmu untuk ditinggalkan kepada anak anak atau anak anak muridnya supaya mereka dapat memanafaatkan harta yang ditinggalkan untuk diamalkan sebagai penyambung amanahnya. Maka berkekalanlah amalan baiknya yakni laba pahalanya walau pun dia sudah tiada.
Saranan saya, mulakanlah mengamalkan ketiga tiga amalan hikmat ini dan sampaikanlah dengan berpesan pesan kepada anak dan isteri atau suami, rakan rakan dan sahabat taulan supaya yang lain juga dapat memanafaatkan.

1. Amalan Kalimah Syahadah.
2. Amalan Muhasabah dan
3. Berzikir munajat.
Rebutlah peluang semasa hayat masih ada.

Suara pengalaman yang mendamaikan
Panji gelora yang sempat singgah

Maksudnya,
Timbalah ilmu dari pengalaman orang yang terlebih dahulu dari kita dan ikutilah segala nasihatnya berpandu Al Quran dan hadith serta sirah Nabi.

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah engkau sedar atau dilamun hayalan

Maksudnya,
Mingkin kita masih rasa bimbamg dan ini penjelasannya

Dalam hutan ada taman
Dan dalam taman ada puterinya

Maksudnya,
Dalam kekalutan ada tempat yang nyaman
Kenyamanan itu ada pemiliknya
Tidak lain dan tidak bukan
Allah yang Maha Esa
Mohonlah pertolongan dan pertunjuk dan bergabtung haraplah kepadanya semata mata setelah berusaha.

Dalam baju ada cinta
Dan dalam cinta ada segala galanya

Maksudnya,
Dalam pakaian Amanah ada cinta
Cinta ape?
Cinta sesama manusia
Dalam Sirotulrohim juga ada cinta
Cinta ape?
Cinta saudara seagamanya
Dalam cinta Sirotulrohim
Ada cinta
Cinta ape?
Cinta akan Tuhan
Yang mencipta ikatan Sirotulrohim
Barang sesiapa yang mencitai Allah
Maka Allah mencintainya

Dalam awan ada hujan
Dan dalam hujan ada lautan

Maksudnya,
Didalam benih ada pokok
dan didalam pokok ada buahnya
Ape dia buahnya?
Limpah ruah sifat Rohman dan Rohimnya
Segala macam ade.

Dalam aku ada dia
Dan dalam dia ada kita ada semuanya.

Maksudnya,
Dalam aku ada Roh
Dalam Roh ada selautan limpah kasihnya
Ada Roh yang membawa
Selautan limpah kasihnya
Baru ada segala segalanya
Dan jika tiada Roh
Matilah kesemuanya
Menjadi tiada
Melainkan yang kekal
Hanyalah Dia
Allah.


Didalam diri kita ada segala galanya
Pokok pangkalnya terpulang kepada kita
Hendak amalkan seribu daya
Tak berhendak adakan seribu alasan untuk berdalih
Tepuklah dada tanya selera
Nakkan kejayaan atau mahukan kesesatan?

No comments:

Post a Comment