Saturday 10 September 2011

Bab: 22 Mustika




Kau yang berselindung.......
Engkau mutika hati.........
Mistri alam terbongkar .....
Yang ku cari rupa rupanya ada disini
Bawalah aku bersama mu..................

Pengajaran dan petunjuk dari peristiwa Isra' dan mi'raj.
Menceritakan tiga mahluk Allah yang memainkan peranan yakni Nabi ( manusia ), Jibril ( Malaikat ) dan Buraq ( Sejenis Tunggangan ) dengan tugas yang telah dihakkan keatas tiap diri mereka masing masing.
Tugas Jibril menunjukkan jalan kepada Nabi, membawa Nabi berhijrah dari Mekah keBaitulmukaddis dalam istilah kata lainnya dipanggil hijrah. Dan menaikkan Nabi dari satu tingkat langit ke kesatu tingkat langit hingga sampai keSirotul Muntahar. Selain dari itu Jibril juga memain peranan mengarahkan Buraq supaya mengikut arahannya supaya buraq itu memberi keselesaan kepada Nabi semasa didalam perjalanan itu sambil mengikut arah tuju dibelakang Jibril. Dan Jibril juga bertindak sebagai pemandu pelancung kepada Nabi mengenalkan dan mengesahkan apa yang dilihat disepanjang perjalanan itu.
Perjalanan itu adalah perumpamaan hidup kita dan hijrah itu mengajar supaya kita berubah kepada pegangan keimanan yang sebenar dan meningkat langit itu pula umpama meningkatkan iman dengan ilmu dan penggetahuan serta amalan supaya kita lebih hampir kepada Allah. Dan kita tidak akan mampu berbuat yang sedemikian sekiranya kita tidak dapat menundukkan nafsu diri kita yang digambarkan seperti buraq itu. Buraq itu pula bukan mudah hendak ditundukkan tanpa bantuan Jibril serta penungang juga akan kehilangan arah tuju yakni sesat tanpa Jibril. Begitulah jua istilah tugas Jibril itu kepada Roh yang ada didalam diri kita. Pada Nabi, Jibril adalah penghubung beliau dengan Allah dan pada kita Roh kita adalah penghubung kita dengan Allah yakni petunjuk jalan yang lurus serta jalan kebenaran seperti yang kita minta didalam ayat Fatihah.
Roh adalah yang dimaksudkan Allah yang mengajar manusia melalui perantaraan kalam seperti didalam surah Al alaq.Melalui Roh lah manusia mendapat ilmu ilmu rahsia yakni ladunni dari Allah bagi mereka mereka yang beriman, baramal dan beribadah semata mata kerana Allah ( Berhati Emas ).
Umpama handset, badannya adalah tubuh kita, baterinya diri kita, tenaganya adalah nafsu kita dan simcardnya adalah Roh kita. Walau pun handset itu lengkap, jika simcardnya tidak didaftar maka tiadalah talian perhidmatannya seperti kaum musrik yang hidup tetapi tiada hubungannya dengan Allah.
Seandainya pula simcard itu telah didaftar tetapi tidak membayar depositnya serta mengikut syaratnya kerana talian itu milik empunyanya, dia juga tidak dapat perhidmatan taliannya. Samalah ia seperti seorang yang telah mengaku beriman walau pun beramal ibadat tanpa hati emasnya kerana itulah syarat dari Allah. Jadi tiadalah petunjuk untuk dia mengenal dirinya, mengenal Allah dan Agamanya.
Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, untuk memilikki hati emas pertama hendaklah rajin menilik hati ( niat ) sendiri, kedua; bermuhasabah syahadah setiap sebelum dan selepas tidur, ketiga; beramal dengan amalan muhasabah sekali setiap hari dan keempat; Berzikir dengan zikir fatimah sekurang kurangnya seminggu sekali. Belajar menghijrahkan diri kepada mentaati Allah mengikut Rukun, Hukum, Adap dan tertib Allah dengan sifat sifat jujur, amanah, bijaksana dan menyampaikan dengan sabar yakni teliti.
Allah melarang perbuatan fitnah, keji, caci umpat dan mengata. Jinakkanlah diri dengan ibadat.




No comments:

Post a Comment