Thursday 6 October 2011

Bab 10: Reality Hidup Ini

i




REALITY HiDUP














Merenung kenyataan
Dari seusia gambar ini mencari
Dah seusia begini
Melalui liku kehidupan
Menimba berbagai pengalaman
Baru aku memahami
Ini lah reality kehidupan

Bila datang reality hidup ini
Mungkinkah tiada harga sebuah senyumam
Bila datang selaut masaalah
Apa yang pasti hanya kau mengerti

Kita tidak akan memandang jujur dan iklas
Kerana jujur dan iklas itu samar
Yang terslah hanyalah penampilan
Biar bagaimanapun orang menilaikan
Yang penting kita tahu apa yang kita perlakukan

Dalam diri bergelumang
Ombak kesal dan harapan
Siapa jua pasti hanyut
Bila hilang pegangan

Namun diri tak lepas dari jutaan kesilapan
Memang terasa kesal tapi masih ada harapan
Selagi ada pengangan kepercayaan
Ilmu dan amalan

Kau mencari kebenaran
Sedang tiap ada pendustaan
Ternya kau tersesat dijalan mu

Aku tak temui reality
Selagi hidup penuh dengan penipuan

Beginilah kita diera ini
Tercari cari apa yang penuh
Didalam kesalahan

Dan aku tak temui kebenaran
Sedang hidup asyik mencari kesalahan orang lain

Sekali gugur sebuah pegangan
Diesokkan dalam pembawaan
Pasti ngerinya kehidupan

Sekali tersilap langkah
Dihari esok membawa padah
Banyak masa yang perlu dibelanjakan
Untuk reality kembali pilih

Apa untungnya berlakun disini
Sedang engkau sendirikan
Yang menontonnya

Apa yang dilakukan hanya nafsu, nafsu nafsu
Setelah puas direnungkan
Didalam bermuhasabah diri
Mencari kesilpan dn kelemahan diri sendiri

Bila dififir fikir
Berapa lama
Lebih usia ini
Hanya yang mengerti
Pasti mengerti
Reality

Teman
Sampai bila kita harus begini
Mampukah hidup bergigit jari
Menyimpan dendam dan amarah
Berbicara rindu untuk siapa
Berkata sunyi untuk apa
Umpan bersahaja
Untuk apa gunanya

Hari berganti tahun
Ramadhan muncul lagi
Kemenangan apa yang realitynya kita cari
Untuk menyambut kemenangan
Di Aidil Fitri

Bermaafan hari ini
Esok silap diulangi lagi
Bertaubat disaat ini
Sebentar nanti buat lagi
Ini bukan lagi reallity
Berhari raya???

Percaya kepada Tuhan yang menciptakan
Menangis kerana timbul rasa cinta padaNya
Lalu memujiNya
Melihat wajah suci Ibu
Lihat wajah kasih Ayah
Tapi itu hanya baru satu kemungkinan
" Inikah kebahagian "

Kerana kemungkinan itu
Hanya satu kebarangkalian
Bukan satu jawapan

Yang pasti mungkin
Kita laksanakan
Tiada beza dengan kebatilan

Penganut agama lain
Juga bahagia menyambut rayanya
Mereka juga percaya pada tuhannya
Memberi nikmat pada semua manusia
Mereka juga memuji tuhan mereka
Mereka juga mensucikan ibunya
Kasih pada kedua orang tuanya

Manakah bezanya
Antara tuhan kita dan mereka
Ibadat mereka dengan ibadah kita
Yang kita katakan
“ Aku takkan menyembah
Apa yang mereka sembah
Dan mereka tidak akan menyembah
Apa yang aku sembah
Mereka dengan agama mereka
Dan aku dengan agamaku ”
Sedangkan kita masih duduk
Didalam ilmu pengetahuan
Yang penuh dengan
" Kemungkinan."

Tak hairanlah
Akidah kita boleh dijual beli
Kerana mementingkan diri
Ibadah kita ditukar ganti
Hukum dan fatwa
Dilaksana sesuka hati

Hilang jujur
Kan hadir palsu belaka
Hilang amanah
Terinaya serumpun keluarga
Hilang adap tiadalah hemah
Hilang tertib
Tunggang terbalik semuanya.



Wall Photos



Inilah Istilah beraya

Membawa sifat didalam solat
diluar solat
Membawa sifat berpuasa, jihat
diluar puasa

Untuk apa?
Untuk mati didalam Islam
Untuk meninggalkan tiga perkara
Anak yang soleh
Ilmu yang bermanafaat
Harta yang memberi manafaat
Bagi anak anak yang soleh
Supaya dapat terus memperjuangkan
Akidah didalam kehidupan

Apakah itu berhari raya?
Menyambut kemenangan bila semua itu tersedia

Bilakah berhari raya yang sebenar?
Apabila datangnya ajal
Maka berayalah jenazah
Yang meningalkan tiga amalan tadi
Kerana walaupun telah mati
Buku amalannya tetap tidak tertutup
Sebagai bekalan.

Menyambut kemenangan dengan
Saling bermaaf memaafkan
Menelan dendam dan hasat
Walaupun pahit
Demi kerana takutkan
Kemurkaan Allah

Pada bonda tercinta dan
Ayahanda yang rela berkorban
Untuk mu dinda Isteri tercinta
Yang setia harungi derita
Membina hidup bersama

Pada adinda adinda dan kekanda kekanda
Tak lupa pada anak anak dan sanak saudara
serta cucunda semua

Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang untuk selamanya

Didalam kita beraya dengan yang hidup
Janganlah dilupakan pada yang telah pergi
Hulurkanlah doa tulus suci
Agar Roh mereka dicucuri
Oleh rahmatNya

Tali ikatan Sirotulrohim bukan hanya pada hidup
Malah terikat dengan yang dah pergi
Dan yang bakal lahir

Bermuhasabah adalah kegembiraan rohani
Kemenangan jasmani
Inilah Rahsia berhari raya
Bila akhirnya jihat kita didunia
Kita membawa persembahan hidup
Dan inilah erti kebahgiaan.

Saya menganbil kesempatan ini
Memohon ampun dan maaf
Zahir dan batin
Atas segala salah dan silap
Maafkan saya sekeluarga.





Demi masa,
Bayi yang lahir samada lelaki atau perempuan itu
sebersih kain putih.

Demi masa,
Dicuci hatinya seumur dua tahun
Maka terpulangkah pada kedua ibu dan bapanya
Menjadikan dia seorang majusi atau nasrani

Demi masa,
Hinggalah keakhil balighnya
Bimbinglah mereka memperbetulkan niat
Dihatinya.

Tunjukkilah dia dengan berpesanlah
Adat bertertib
Adat beradap
Adai berhukum dan
Adat hidup berkerukunan
Supaya faham dia menilai dan
Memilih antara yang hak dengan yang batil

Demi masa,
Manusia itu didalam kerugian
Jika mereka tidak mengambil bahagian
Mencurahkan Ilmu kepada remaja tanpa kesabaran
Tanpa menguna akal dan fikiran

Demi masa,
Sebelun genap umurnya meningkat dewasa
Cucikan hati mereka dengan amalan kebaktian
Agar bersih hatinya dari rasa ragu
Melakukan amalan kesolehan didalam beriman
Supaya tidak tergolong didalam golongan yang menanggong kerugian

Demi masa,
Tinggalkan pada mereka sebelum kamu kembali
Ilmu kefahaman untuk jati diri
Harta benda untuk meyambung amanah
Wasiatkan kepada mereka, kalau nak mati biarlah didalam Islam.
Supaya menjadi anak nak yang soleh dan soleha.

Demi masa.
Berkata biarlah jujur
Berusaha biarlah amanah
Bertindak biarlah bijak berhemah
Bagai menarik rambut dari dalam tepung
Berpesan dengan sabar bukan dengan amarah
Al quran didahulukan, hadith disandarkan, sirah jadikan tauladan

Demi masa
Manuasia itu didalam kerugian
Melainkan mereka yang beriman, beramal soleh
menyampaikan kebenaran dengan ketelitian kesabaran

Demi masa,
Dari Allah kamu datang
KepadaNya jua kamu dikembalikan

Demi masa,
Kembalilah kapada Nya
Sebagaimana kamu didatangkan.
By: Salleh Mat Salleh



No comments:

Post a Comment