Thursday 6 October 2011

Bab 13: Srikandi Cinta Ku



Waashaduanna Muhammad Darasullullah
Allah humma solli ala Muhammad
Wa ala ali Muhammad

" Dingin malam terai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan "

Sejenak terkenang pengorbanan kaum hawa disebalik kejayaan baginda Rasul, isteri isteri serta keluarga nabi dan isteri isteri serta keluarga para sahabat, yang sama menyokong perjuangan baginda walaupun diantara mereka ierpaksa bermandi darah berkorban mahu pun terkorban atau bermandi keringat kesusahan mahupun bermandi airmata menahan jihat amarah diri dan mendoakan kejayaan Nabi untuk Islam demi Tuhan yakni Allah, bukan kerana suami, anak anak atau pangkat mahu nama sebagai gelaran mahupun harta sebagai tanda kemewahan.

" Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikkanmu penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan "

Dengan hanya berbekalkan kesetiaan kepada Allah, menjadi tunggak sifat jujur, amanah, bijaksana dengan berpesan pesan pada diri dengan kesabaran lalu membentang sifat pasrah dan redho sebagai hambaNya yang tawadduk didalam penyerahan bertawakkal setelah menjalani usaha kerja dan doa, dalam erti kata lainnya ialah iklas kepada Allah.

" Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis tanda simpati
Pertemuan tiada awal akhir "

Tidak akan ujud lagi insan yang seperti mana yang telah mendapat didikan dari Nabi, seolah alam jua turut mengerti menitiskan tangis bagai embun mengiringi pemergian mereka yang telah berhadap dengan ilahi.

" Perutusan berdarahku terima
Gugur kuntum ditengah halaman
Medan ini ku rasakan sepi
Terpaku pilu "

Begitulah kisahnya pengorbanan mereka, gugur kerana ketakutan Cinta yang tak berbalas dari Tuhannya dan dewasa ini medan perjuangan ini telah aku rasakan sepi kerana tiada siapa yang meengendahkannya lagi lalu aku terpaku pilu.

" Kan ku usung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti "

Biarlah aku pula mengusung perjuangan ini sebagai menyambung kisah percintaan insan dengan Tuhan. Bersemadilah kalian aruah aruah kesayangan dengan tenang, kan akau usung semangat seunpama kalian dalam perjuangan yang sama selagi hayat dikandung badan.

" Ku semaikan pepohon kemboja
Dan berbunganya adalah hatiku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatmu tetap bersamaku "

Alan aku semaikan harupan doa sebagai tanda tititapan kasihku dari kalbu hatiku sebagai mengenang jasa kalian, semoga dengan itu jua aku mendapat kudrat pertolongan dari Tuhan.

" Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi serikandi cintaku "

Yang pasti engkaulah Srikandi Cintaku tehadap Tuhanku.


Fokus Rahsia didalam rahsia.

Begitu pentingnya bab mencuci hati ini telah diriwatkan juga bahawa Nabi Muhammad telah dibelah dadanya lalu dikeluarkan hati dan dibersihkan oleh Malaikat Jibril a.s sebanyak dua kali.
Peristiwa ini mempunyai motif yang simbolik pengajarannya bagi mereka yang mahu mendekatkan diri didalam Jslam dan cerita ini akan tinggal hanya sebagai cerita bila kita tidak merenung apa perlunya Allah menjadikan peristiwa jika hanya sekadar dijadikan cerita sahaja.
Pertama kali semasa umur baginda dalam lingkungan dua tahun, lalu bersifatlah Nabi itu orang yang dikatakan jujur dan amanah.
Seakan memberi pengajaran supaya kita wajib mendedahkan kepada kanak kanak tentang bersikap jujur dan amanah, tentang tanggong jawab kita sebagai ibu atau bapa, sebagai pendidik, sebagai contoh dan tauladan kepad mereka disamping mula bercerita tentang enam perkara rukun Iman diertai amalan muhasabah diri sebagai landasan pengangan dengan cara beransur ansur mengikut umur dan keupayaan mereka supaya teranam benih Iman itu dihati mereka sehingga sampai peringkat umur balighnya.
Sekurang kurangnya apa bila tiba usia remajanya ( 12 -14 tahun ) tidaklah dia melakukan kerja kerja yang sia sia kerana telah tertanam Iman dari asuhan sejak zaman kanak kanaknya, diberi ketakutan tentang azab siksa neraka melalui cerita contoh dan tauladan serta fadilat fadilat yang ada didalam Islam.
Janganlah kita membebani mereka dengan paksaan dan terpaksa kerana Allah juga tidak membebani kita dengan bebanan yang diluar kemampuan kita.
Biarlah mereka melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana takut akan Allah dari takutkan kita sebagai pendidiknya, supaya mereka memahami erti sifat kejujuran dan bukan hidup didalam kepura puraan terutama pada akidahnya terhadap ibadahnya kepada Allah disamping setiap pengajaran itu bukan diberatkan kepada penghafalan tertapi lebih kepada penguasaan kefahaman.
Nasihat serta amaran diutamakan dan denda yang berpatutan adalah lebih baik dari menghukum dengan rotan kecuali kesalahan telah melampau dari batasan dan berilah mereka ilmu untuk hidup selain ilmu untuk mati supaya mereka lenih terbuka dengan tujuan kita dikirim hidup dimuka ini.
Berilah mereka peringatan untuk mereka bersiap menghadapi hakikat kehidupan yang sebenar nanti, berhijrah menjadi muslimin dan muslimah yang tulin.
Rasullullah telah dicuci hatinya buat kali yang keduanya pada usia beliau 25, barulah dilayakkan beliau diIsyra’dari Mekah ke Baitul Mukaddis kemudian diMigrajkan hingga melebihi Siratul muntahar untuk menerima rukun Islam yang kedua yakni solat diikuti yang lain lainnya sesudah itu,
Dan mereka mereka yang lalai menjaga Hak Dua kalimah syahadahnya adalah mereka yang meringankan rukun Imannya, dan barang sesiapa yang meringankan rukun imannya sudah tentu lalai didalam mengerjakan tuntutan rukun Islamnya apatah lagi tuntutan didalam solatnya.
Terjemahan,
Surah Al maun
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).


Tugas anjing-anjing Neraka..

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz,
"Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan
:Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
... • Bacalah Al-Qur'an tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
"Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?

"Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Peringatan sebagai seorang kawan,

"Sabda Rasulullah S.A.W., " Selemah lemah Iman itu bila dia melihat perbuatan cela lalu timbul rasa benci didalam hatinya."

"Sabda Rasulullah S.A.W., " Jauhilah subahat sesungguhnya amalan subahat itu lebih besar dosanya dari yang melakukan dosa itu."
See More
Dengan Sifat Ya Rohman Allah
Kita telah mengecap kemerdekaan
Dari penjajah sejak tahun 1957
Berapa kerusi yang dah kita lepaskan

Adakah kita hendak kekalkan kemerdekaan ini
Sekadar mengharap hanya Rohim Allah
Hanya berdoa tanpa berbuat apa apa
Meletakkan nasib pada yang tamak lagi bahil

Hukum hudud nak diperkenalkan
Biar yang berugama Islam semua tak bertangan
Azan jangan dikuat kuatkan
Menganggu tidur rakan sepejuangan

Didalam Politik memang tidak ada Agama
Bagi yang lalai dan leka
Bagi yang tamak dengan yang bahil
Tetapi didalam Agama ada politik
Bagi yang mengaji dan yang mengkaji Al Quran

Politik Islam
Surah Ali Imran, ayat...

28. Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
118.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Sebab Allah larang?
119.
Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
120.
Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

Sebelum itu Allah menerangkan kepada yang melanggar amarannya.
Surah Ali Imran, ayat
21.
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
22.
Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.

Kalau manusia telah berubah jadi bahil maka mereka akan menjahillkan diri mereka.
23.
Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).
24.
Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.

Allah akan membalas atas tiap sesuatu yang kita usahakan. Tepok dada tanya selera.
25.
Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.

Berimankah kita kepada Allah?
"Sabda Rasulullah S.A.W., " Selemah lemah Iman itu bila dia melihat perbuatan cela lalu timbul rasa benci didalam hatinya."

"Sabda Rasulullah S.A.W., " Jauhilah subahat sesungguhnya amalan subahat itu lebih besar dosanya dari yang melakukan dosa itu."

Bertanya Sahabat kepada Baginda, " Siapakah orang yang subahat itu "
Jawab Baginda, " Selain dari golongan orang orang yang menyokong, mereka adalah golongan orang orang yang tidak bertindak apa apa " maksudnya orang orang yang berpeluk tubuh tanpa memikir dan berusaha memperbaikkinya dalam erti kata lain ialah mereka mereka yang tidak bermuhasabah diri untuk memperbaikki Iman dan Amalnya.

Sifat berkehendakkan Iman wajib faham seribu daya, sifat orang yang tak mahukan Iman memberi seribu dalih.
Surah Ali Imran, ayat...
7. Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

No comments:

Post a Comment