Thursday 6 October 2011

Bab: 3 Pengenalan



Pengenalan.
Sesungguhnya Allah memandang hanya pada hati kerana hati yang menyimpan niat, tanpa niat tiada ibadat.
Fahamilah erti huraian niat supaya ibadat tidak jadi sia sia, kerana tidak ada amalan tanpa iklas dan Allah memandang amalan dari hati yang iklas.

I. Niat ( tersurat )
Semata mata kerana Allah,
Akidah pegangannya.
“ La ila ha illallah “ yakni
tiada alasan melainkan kerana Allah.

II. Lafas niat
Tuntutan dalam syariatnya wajib
walaupun keatas amalan yang sunnat
kerana telah bersabda nabi, “ Tiada ibadat tanpa niat “
Akidah bagi mereka yang pegangannya.
“ Wa ash hadu anna Muhammadaur rosul lullah “
Bahawa Muhammad itu pesuruh Allah’
Contoh dari Allah,
Kalau tersedik didalam pendirian seorang manusia kononnya ada yang lebih baik dari contoh yang Allah turunkan yaitu Rasullullah, maka gugurlah akidahnya seolah olah dia berangapan ada yang lebih sempurna dari Sifat sifat Allah lalu sia sialah ibadatnya hatta kehidupannya.

III. Tasdik niat ( tersirat )
Maksud niat adalah kerana Allah, maka itu telah menjadi suratan dan syarat berniat kerana Allah.
Tetapi setiap niat kerana Allah itu wajib ada yakni ada tasdiknya seperti soalan tasdik dibawah;
“ Untuk apa kamu berpuasa atau beribadat kerana Allah ?”

Mesti ada jawapannya didalam tasdik yang tersurat pada diri sendiri, contohnya;
1. kerana nakkan petunjuk Allah ke
2. kerana nakkan kefahaman agama Allah ke,
3. kerana nakkan cinta Allah ke
4. kerana nakkan kekayaan ke
5. kerana nakkan pasangan ke
6. atau sebagainya asalkan

Dikembalikan tasdik niat yang tersurat itu hanya tersirat hanya kepada Allah kembali, contohnya;
1. nakkan petunjuk Allah kerana Allah
2. nakkan kekayaaan kerana mudah beribadat kepada Allah
3. nakkan sihat kerana mudah beribadat kepada Allah.

Insya’Allah, bila sudah betul niat kamu baru Allah permudahkan urusan kamu kerana kamu jujur terhadap Allah. Janganlah kamu menjadi seperti orang orang yahudi ( kaun yang tiada kejujuran ) yang tidak pernah bersyukur dengan pemberian Allah.

IV. Melaksanakan niat
Dewasa ini ramai yang beramal tanpa mengikut;
Rukun, rukun Iman atau rukun Islam atau kedua duanya sekali.
Apalah ertinya amalan tanpa rukun?

Kerana manusia telah dilalaikan dengan beramal tanpa rukunnya maka tidak hairanlah manusia melangar hukum hukum kedamaian didalam amalan hidup mereka dengan lebih cenderong menilik amalan orang lain, salah oring lain, bak kata pepatah “ Kuman sebarang laut boleh nampak ( salah orang ), gajah depan mata ( salah sendiri ) ……. Ada macam tak de.

Betulkanlah niat beribadat supaya lebih telus dan iklas terhadap Allah kerana Allah. kerana Allah itu menggetahui kepalsuan antara menilai kaca dari permata. Muhasabah Syahadah;
Berkata Omar ibni Khatab r.a.
" Jika aku terlupa akan Allah walau pun seketika maka kafirlah aku ". Jangan salah faham, jadi sentiasalah mengamalkan kalimah syahadah ketika lapang lapang yakni mendidik diri kita supaya sentiasa ingatkan Allah.
Bersabda Rasulullah s.a.w, " Sesaorang itu mati ketika didalam menuntut ilmu ( mendidik diri ) adalah syahid.
Jadi buat apa nak susah susah nak mati syahid, setiap ketika didiklah diri kerana Allah, Insya'Allah syahitlah kita.
Amalan Muhasabah
Bersabda Rasullulah, " Sembahyang itu tiang Agama " dan " Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya ". Fikirkan, kalau kita tegakkan tiang atau rumah kat atas tapak tanah kepunyaan kita bermakna kita punya yakni " rumah kita ". Tetapi kalau kita tegakkan rumah kat atas tapak tanah bukan kita punya walau pun kerajaan kita yang punya dipanggil " Rumah Haram ". Kalau kita tegakkan sembahyang walaupun beribu tahun bukan diatas tapak atau asasnya apa pula gelarannya? Berfirman Allah, " Celakalah mereka yang lalai didalam sembahyangnya." itu baru dalam sebahyang, belum lagi Jihat, bagaimana pula orang orang yang lalai dengan Imannya? Kalau lembu pegang pada talinya, orang pada janjinya dan tidak ada orang yang layak ditambat pada tiang kecuali hatinya melainkan lembu.
Janji pegangan manusia itu pada tuntutan dua kalimah syahadahnya :
Apa dia tuntutn Syahadah ? Apabila seorang anak adam itu mati akan ditanya kepadanya 5 perkara.
" Siapa tuhan kamu ? Kalau Allah, kenapa mesti ada kebesaran lain didalam hatimu melainkan Allah?
Apa anutan mu ? Jika Islam agamamu, apayan kamu tinggalkan pada zuriatmu atau muridmu atau pengikutmu? Mana dia ilmu dan harta yang dapat dimanafaatkannya?
Siapa Imammu? Jika Al Quran, kenapa tidak kamu jadikan ia panduan semasa hidupmu.
Siapa Nabi kamu ? Jika Muhammad, kenapa kamu tidak bersifat sepertinya, jujur, amanah, bijaksana dan berpesan pesan dengan teliti ( sabar )
Siapa saudaramu ? Jika benar Muslimin dan Muslimat kenapa kamu lebih rela mencercanya dari berpesan pesan kepada kebaikkan, kenapa susah kamu hendak memohon ampun dan mengampunkan untuknya dan kenapa tidak kamu mohonkan taufik dan hidayah untuknya selain untuk diri kamu ?
Sesungguhnya petunjuk Aallah itu terang lagi nyata, dan talkin itu adalah pedoman buat memahamkan apa dia tuntutan Dua kalimah syahadah yamh kamu lafaskan.
Saya ambil kesempatan ini menasihatkan, kalau kita dah mampu mendirikan sembahyang jangan dikeji orang yang belum mampu bersembahyang apatah lagi pada orang yang belum lagi mamapu berzikir, kalau kita dah bertudung jangan dikeji orang yang belum bertudung dan kalau rasa diri kita kaya jangan dihna orang yang miskin.
Inilah intipati Amalan Muhasabah yaitu talkinkan diri kamu sebelum kamu ditalkinkan.

 
Salleh Mat Salleh 
Amalan Zikir Munajat
Telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w akan fadilat berzikir tatkala didalam peristiwa perang Uhud yang mana tentera kaum Musyrik mempunyai bilangan tentera 3kali ganda dari tentera Islam serta jauh lebih lengkap dengan dengan alat alat peperangan berbanding tentera Islam pada ketika itu dengan bersabda, " Sesungguhnya orang orang yang berzikir itu hidup disisi Allah, apakah kamu takut menghadapi kaum musyrik yakni orang orang yang mati itu ? "
Bersabda lagi Baginda, " Berdoalah memohon pertolongan Allah, sesungguhnya doa itu adalah senjata kaum Mukmin." Sesungguhnya doa yang menjadi senjata itu ada ketetapannya yang ditentukan Allah dan barang sesiapa yang berdoa tidak mengikut syarat ketetapan Allah itu maka tidaklah doanya dapat dijadilan senjata. Bersabda Rasullullah, " Barang sesiapa yang yang memulakan doanya dengan berzikir 4 kalimat ini maka akan dipenuhkan doanya oleh Allah yaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Laila haillallah dan Allah huakbar."
Dan zikir yang trrbaik adalah zikir yang diajarkan oleh Baginda kepada anaknya Fatimah r.h/ yang kemudiannya disebarkan oleh Syaidiana Ali r.a. yaitu Zikir Munajat Fatimah.
Kekuatan zikir ini terletak pada amalan infradi sesaorang seperti amalan Muhasabah Syahadah dan Amalan Muhasabah, jika tidak maka lemahlah zikir itu maka lemahlah doa kita disisi Allah. Sayugia, saya mengalakkan supaya amalan ini perlu diamalkan selain amalannya penuh dengan tuntutan tauhid dan seisi Al Quran. Barulah kita menjalankan zikir sekurang kurangnya sekali didalam seminggu dan seafdal afdal amalan dan ibadah itu adalah dengan berjemaah.
Tidak akan bersatu jemaah melainkan bersatu niat dan hati dan itulah tali persaudaraan didalam Islam yakni Sirotulrohim.
Al Imran ayat 114 dan 115
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.
Al Imran ayat 118 hingga 120
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
Al Imran ayat 142 dan 143.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).
Tiga amalan amalan tersebut dapat membezakan antara yang kaca dengan yang permata, yang tulin dengan yang palsu dan yang hak dengan yang batil.
Al Imran ayat 149 hingga 151.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.
(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.
Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.
Al Imran ayat 179 dan 180
Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.
Tugas saya menyampaikan dan terpulang kepada saudara dan saudari untuk mengamalkan dan letakkan Kesempurnaan itu hanya ditangan Allah.

gerimis senja



1 comment:

  1. Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu rahsiadidalamrahsia.blogspot yang ada pada kami.

    ReplyDelete