Thursday 6 October 2011

Bab 12: Kita dan Anak Anak ( Soleh )




Anak yang soleh

Tidak akan lahir anak anak yang soleh tanpa sokongan ikhtiar berupa pendidikan batiniah dan lahiriah yang terancang dengan teliti dan sabar dari peringkat kanak kanaknya mengikut tahap kemampuan mereka disertakan doa, baik dari ibubapa mahupun guru dan juga pendidik serta pentadbir.
Maka hilanglah amanah seorang ibu atau bapa atau guru atau pendidik serta pentadbir yang mengaku beriman jika membelakangkan amanah, ketelitian dan sabar dalam menunaikan tangongjawab yang hak lagi benar.
Tidak akan kemana amal bakti anak anak yang soleh tanpa sokongan pengetahuan, tunjuk ajar ilmu agama dan ilmiah yang bermanafat untuk dimanafaatkan.
Tidak akan kemana seorang anak yang soleh tanpa ditinggalkan dia bekalan harta dan kemerdekaan untuk dimanafaatkan. Maka dengan itu kembalilah kepada hukum wasiat dan farait Allah, dan hukum itu nyata dan jelas. Barang sesiapa yang mengambil hukum lain dari hukum Allah maka tidaklah dia beriman dengan Allah dan Al Quran yakni kalam Allah dan gugurlah imannya.
Seorang anak itu adalah amanah Allah, seorang anak mukmin itu adalah amanah Allah dan seorang anak murid itu juga adalah amanah Allah. Mereka bukan milik kita untuk kita berlaku sewenang wenangnya, Ingat! Mereka dan kamu adalah milik Allah.
Pangkat yang diberikan kepada seorang ibu atau bapa atau guru atau pendidik atau pentadbir hatta kepada seorang murid juga amanah Allah. Pangkat itu bukan milik kita untuk kita berlaku sewenang wenangnya, ingat! Pangkat kamu juga adalah milik Allah.
Allah telah memberikan kita rezeki dari pangkat yang kita sandang dan Allah akan memberikan kita balasan baik jika kita amanah dengan tangongjawab kita terhadap tugas kita kerana Allah dan mengecualikan orang orang yang tidak amanah dengan tangong jawabnya serta orang orang yang menyalah gunakan pangkat dan kuasanya.
Barang siapa pula yang mengubah dan mencampur adukkan hukum ketetapan Allah, maka tidaklah layak dirinya mengelar dirinya beriman dengan Allah. Maka dialah orang yang berasa lebih bijaksana, lebih adil dari Allah. Begitu juga dengan pentadbir pentadbir yang memegang amanah zakat dan fitrah ( baitulmal ), tabung amanah rakyat mahu pun amanah raya atau seumpamanya, terutamanya hak muslimin dan muslimat.
Sesungguhnya mereka itu, orang yang tidak amanah atau orang yang melewatkan urusan pembahagian atau orang yang menyalurkan harta itu tidak pada yang diwajibkan didalam hukum Allah kerana kepentingan dirinya adalah dari kalangan orang orang yang menyembah dan bertuhankan dirinya sendiri.
Dalilnya,
Surah An nisaa’ ayat 9 hingga 11.
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Taqwa

Sifat sesaorang yang takut akan datangnya hari kesempitan didunia maka dia menyimpan sebahagian pendapatannya. Sifat sesaorang yang beringat, dia melaburkan simpanannya dan sifat sesaorang yang bijaksana dia mengandakan pelaburannya.
Sifat sesaorang mukmin yang benar benar takut akan kematian maka telah mulalah dia memperbanyakkkan amalan pahala sebagai bekalannya. Sifat sesaorang mukmin yang benar benar takut akan akan azab neraka maka dia akan melaburkan amalan pahalanya supaya dapat gandaannya dan sifat sesaorang mukmin yang benar benar harap redho Tuhannya maka dia melakukan apa yang dicintai oleh Tuhannya yakni Allah.
Sifat sesaorang mukmin yang benar benar iklas, dia mengharap balasan dari Allah atas apa yang dilakukannya dan sifat sesaorang mukmin yang kufur adalah mereka yang tidak bersyukur ( menolak ) dengan pemberian Allah.
Sifat manusia yang tidak takutkan azab Allah, tiada masa untuk dia memikir mikirkannya, tiada sebab kenapa perlu dia beringat ingat, tak perlu tahu tentang agamanya dan bagi dirinya tak ada gunanya amalan berpesan pesan dengan teliti dan sabar.
Beribadatlah kamu seolah kamu mati pada keesokkan harinya dan berusahalah kamu seolah kamu hidup seribu tahun yakni meninggalkan zuriat yang soleh, ilmu dan harta untuk mereka manafaatkan.
Berfirman Allah,“ Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali merekalah yang mengubahkannya sendiri ”
Jadi sekiranya kita inginkan kebaikkan, maka usaha dan ikhtiarkanlah kejalan keabaikkan dengan sikap jujur, amanah, bijaksana dan gunakan sebaik baik peluang dan senjata yang Allah berikan, bangkitlah berpesan pesan ( berpolitik, berkerja, berilmu, berjawatan, berusaha ) kerana Allah dan bangunlah berjihat ( melantik, memilih, mengundi, meletakkan diri atas kebenaran, menegakkan kebenaran ) kerana Allah.
Sesungguhnya amal kebajikan yang paling besar adalah beramal soleh, menyampaikan, menyelamatkan, mempertahan, mendidik diri dan saudara seagama dengan yang hak, dengan berpesan pesan dengan hemah, teliti dan sabar yakni bijaksana adalah dituntut didalam Islam.
Sesungguhnya yang hak itu adalah dituntut oleh agama, tiap seorang mulim dan muslimah wajib meninggalkan anak atau anak anak didik yang soleh dan soleha, ilmu dan harta untuk dimanafaatkan sebagai penyambung amal dan ibadah kita sesudah kita mati kelak.
Bersabda Rasul, “ Hendaklah kamu beribadat seolah kamu akan mati keesokkan hari dan hendaklah kami berusaha seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi.”
Maksudnya,
Beribadat dan berbuat amal kebajikan supaya jangan ditangoh tangohkan, seolah ajal akan menjemput kita pada keesokkan harinya, dan berusaha mengumpul bekalan hidup untuk mati dan sesudah mati, kerana mati itu lama dan panjang masanya, seolah kita hidup ( sesudah mati ) seprrti hidup seribu tahun lagi.
Maka jadilah seorang insan disisi Allah.







Ujian dan Dugaan: Tanda Allah Sayang..
Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Ganjaran menanti bagi yang diuji

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.

Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Bala’ dalam konteks semasa

Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.

Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.

Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.

Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.

Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.

Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman

Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.

Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين
Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Kaedah Bersabar

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى
Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

Kesimpulan

Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.

Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.

Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]
By: Junaidah June Indah


 
Sesuatu yang tidak kita rancang dan kita telah berusaha untuk mengelakkan sesuatu bencana atau mala petaka, itu baru namanya ujian Tuhan. Akan tetapi seandainya malapetaka itu terjadi disebabkan oleh nafsu serakah kita atau amalan kita maka tidaklah layak malapetaka itu dipanggil ujian malah ia adalah malapetaka untuk memberi kita pengajaran.
Oleh kerana itu jika kita tidak mahu musibah itu terjadi disebabkan perbuatan kita maka hendaklah kita mengamalkan muhasabah dan jika kita tidak mahu malapetaka itu datang disebabkan kerangusan dan kelalaian bangsa kita, berpesan pesanlah dengan sabar dan teliti supaya mereka juga mengamalkan muhasabah supaya apa yang mereka lakukan didalam tindak tanduk mereka itu munasabah yakni boleh diterima akal.
Lihatlah Bagdad, Somalia, Palastein, Mesir dan negara negara Islam lain, jadikan tauladan bahawa kerangkusan tamakkan harta, pangkat menyebab ketidak puasan hati lalu pengikut pengikut yang taksub dengan syahid yang tak berlandaskan Rukun dan Iman.
Akibatnya anak anak melarat menjadi yatim, ibu ibu menjadi balu, tempat tinggal menjadi padang jarak padang tekukur, bercucuk tanam pun tak boleh apatah lagi berternak, nak makan pun tak dapat. Habis inikah yang dikatakan syahid didalam agama sedangkan Allah menyuruh kita mengunakan manafaat akal dan otak dengan sifat hemah dan bijaksana. Berkembangkah agama disaat kesusahan? Akhibatnya Iman akan tergadai dibeli dengan bantuan. Seperti peristiwa kaum kaum yang murtad yang sangup menukar agama kerana kemiskinan.
Orang yang jujur, amanah dengan Tuhan yang disembahnya bukan takut mati tetapi takut mati itu mati sesat yang tidak ada gunanya lalu memadailah dia berjihat dengan kehendak hawa napsunya dan sesungguhnya mereka yang gemar dengan peperangan yang kononnya dilebelkan fisabillillah itu adalah mereka yang tidak berjihat menahan hawa napsunya sebelum mendahulukan akal dan otaknya. Maka jadilah mereka alat untuk maksud dan tujuan serakah hawa napsu pemimpinnya. Jadikan peristiwa peperangan Syaidiana Ali dan Siti Aisyah sebagai tauladan. Siapakah yang untung? Kaum kaum musyrik yang memperalatkan kaum kaum munafik.
Ali Imran ayat 118. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


No comments:

Post a Comment