Thursday 6 October 2011

Bab 8: Akibat kecintaan dan kesan.




 
Kesan cinta dihati manusia
Bisa membina dan bisa menjahannamkan segala.

“ Kita tak lagi sehaluan
Bukan sebagai yang diimpikan
Rupanya disaat saat yang genting ini
Terjawab jua persoalan ”

Telah kita lalui minat dihati masing masing
Melalui muhasabah diri
Engkau lebih berminat bertarung digelanggang samutdera raya
Menepis angin dan taufan
Bertarung dengan Gelombang geladak ombak lautan
Bersama bahtera ilmu mu
Supaya nempak lebih gagah
Lebih menyerlah
Lautan itu penuh dengan noda dan dosa
Tempat bertarung bertupah darah
Peluh dan keringat
Tempat menhancurkan bahtera lawan
Tenpat menengelamkan cita cita yang sesat
Tempat tersemadinya
Cinta yang tak kesampaiyan
Dipelabuhannya
Lalu masinlah airnya

Sedangkan aku
Lebih minat memudikki
Kuala muara sungai
Meninggalkan kemasinan
Membenci kehidupan yang payau
Melalui liku liku sepi
Berakit rakit kehulu
Dan berenang renang ketepian
Berbekal air yang tawar disepanjang sungai
Tanpa perlu dipertontonkan
Tanpa perlu dipersorakkan
Tanpa usaha perlu dipertonjolkan
Kejayaan terletak ditempat yang tinggi
Bukan terapung diatas permukaan
Seperti buih buih dilautan

“ Dan kita terpaksa memilih
Jalan jalan yang telah ditentukan
Dan kita sama sama
Dewasa menghadapinya ”

“ Kesan cinta
Membakar menghempas mencabar
Keteguhan hati
Dalam nostalgia cinta ”

Engkau lebih berminat menghadapi kesan cinta
Yang membakar diri mu
Yang menghempas hati mu
Yang mencabar akhidah mu
Sebalik itu yang kamu katakan dugaan
Sedangkan itu adalah nasib yang kamu pilih
Sebenarnya kamu hanya mencabar ketentuan
Mengalihkan ketetapan
Memesongkan takdir ilahi

“ Membakar menghempas mencabar
Dalam harus ditelan walaupun pahit ”

Sedangkan aku lebih berminat
Menghadapi kesan cinta
Yang membakar sisa noda dan nista
Serta menelan segala kesilapan
Untuk mendaki tingkat kecintaan
Tangga kejujuran
Menyahut kehendak amanahNya
Memenangi erti keiklasan hati

“ Tidakkah kita berkata
Cinta tak mesti bersatu
Apa benarkah itu atau
Kata kata yang tak bermakna ”

Sedangkan Allah mengajur untuk kita bersatu
Mengikat sirotulrohim
Memperteguhkan jemaah
Memperkukuhkan kasih dan sayang
Bak kata perpatah
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh

“ Dan mereka jua berkata
Tiada yang lebih pedih
Tiada yang lebih menyiksa
Dari cinta yang tak sampai ”

Rasul jua bersabda berhati hatilah berdoa
Ditakuti tidak kesampaian
Hanya kerana kilaf kefahaman
Doa dicinta tercicir ditengah jalan
Kenapalah tidak kita ambil pengajaran
Bulatnya air kerana pembentung
Bulatnya kata kerana muafakat

“ Kesan cinta
Membakar menghempas mencabar
Keteguhan hati
Dalam nostalgia cinta
Membakar menghempas mencabar
Dalam harus ditelan walaupun pahit ”

Tiadakkah Engkau dapat membezakan
Kita memandang matahari yang sama
Sedangkan engkau didalam terik kesilauan
Dan aku terlindung dibalik keteduhan dedaunan

Sepi malam ku berteman
Allah dan rasulnya
Sedangkan sepi malammu
Kesaorangan

Engkau memuji bulan dan bintang
Dari sudut berlainan
Menjadikan pegangan kita berbeza
Sedangkan kita ingatkan serupa
Tapi pada hakikatnya taksama

“ Dan akhinya
Cinta jua yang bertahta
Menyuluh dalan kegelapan
Dan akhinya
Cinta jua yang bertahta
Menyatukan kita dari terpisah
Dari cinta palsu ”

Kembalilah kepada cinta yang hakiki
Cinta yang wajib bertahta
Cinta kepada Ilahi
Dan kita akan dapat melihat
Perbezaan antara alasan
Cinta yang palsu
Dengan cinta yang hakiki

“ Kesan cinta
Membakar menghempas mencabar
Keteguhan hati
Dalam nostalgia cinta
Membakar menghempas mencabar
Dalam harus ditelan walaupun pahit ”

Telik telikkan lah didalam diri
Pilihlah cinta dengan pasti
Supaya tidak menyesal
Diakhir nanti....

Kita mungkin tak lagi sehaluan jika kita gagal menterjamahkan erti kecintaan yang sebenar dengan sebenar benarnya. Aku tidak boleh memaksa dalam mengikuti kefahaman cinta yang aku pegang tetapi sekadar boleh menerangkan dan kita telah sama sama dewasa diberikan akal dan fikiran untuk menentukan pilihan masing masing.
Cinta pada kuasa bisa membakar mencetuskan peperang, cinta pada diri bisa menyalah gunakan kederat kekuatan pada yang lemah dan cinta pada makhluk tak kira pada suami atau isteri atau pada anak anak mahupun kepada emak dan bapak mahu pun guru atau ketua apatah lagi pada siteruna atau sidara akan mencampakkan kesemuanya pada cinta yang sesat. Kerana aku bukan berbicara soal cinta sementara tetapi cinta kekal, kepada Tuhan yang mencipta dan Tuhan tempat kita dikembalikan.
Berkata Allah, " Ingatlah kepada Aku ", " Cintailah Aku ", " Bermohanlah kepada Aku sesungguhnya Aku berada amat hampir dengan kamu lebih rapat dari urat leher mu. Berjarak tetapi tidak berengang, rapat tetapi tidak bercantum. Perumpamaannya seperti antara biji mata hitam dengan mata putih mu."
Sekiranya ada yang mendakwa dirinya bersatu dengan tuhannya itu adalah sesuatu yang tidak benar dan sekiranya ada yang menyatakan cinta sehidup semati dengan kesayangannya, maka itu juga tidak benar.
Berkata Allah kepada rasullullah, " Sekiranya ada yang bertanyakan tentang Roh, katakan Roh itu sebahagian dari Aku dan sekiranya mereka bertanya lagi tentang Roh kepada kamu, katakan Roh itu adalah rahsia didalam rahsia Ku."
Tidak layaklah bagi sesaorang yang ingin mengetahui rahsia Allah ( ketuhsnsnNya ) jika dia tidak berkehendak, apatah lagi rahsia yang didalam rahsianya. Sekadar berkehendak dan tidak berusaha mengenal diri dan Dia, apalah ertinya. Memang benar jika hasrat hakikat cinta yang sebegini amat perit jika tidak kesampaian.
Mencintai Allah kena mencintai apa yang dicintai Nya seperti bersifat jujur, amanah, bijaksana serta hikmah dan mencintai rukun, hukum, adap dan tetip Nya. Membenci apa yang dibenci Nya seperti amalan zalim, mengumpat keji, fitnah dan menganayai apatah lagi menyekutui Nya.
Amanah terhadap pemberian Nya, Berkeluarga, anak, isteri atau suami, ibu dan bapa serta sirotulrohim sesama umat muslimin dan guru, harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar beramanah kerana Allah dan tidak lebih dari itu. Walaupun pahit, kita telan kerana Allah jua.
Akhirnya cinta murni ini jua yang dapat menyatukan kita, kerana cintakan Allah. Maka tahtakan cinta kita kepada Allah, lalu Dia jua mencintai kita.

Kianat itu dosa
Dosa itu najis
Hanya kita yang tahu dosa kita
Ia bagai pasangan lawan bagi iklas

Umpama semut yang hitam
Berjalan diatas batu yang hitam
Dimalam yang kelam

Sedangkan dosa
Dapat dilihat dengan mata
Tapi boleh ditutup dengan bermuka muka

Dapat dihidu dengan bau
Tapi boleh dibalut walau pun dah berpekong

Dapat diraba dengan rasa
Tapi rasa bileh ditipu
Kecuali diri kita sendiri

Najis
Masih ada jika masih ada rupa
Masih ada jika masih ada bau
Masih ada jika masih ada rasa licin
Masih ada jika masih rasa ragu ragu
Masih ada jika masih was was

Mohonlah berlindung dengan hati yang was was

Kenangkanlah
Kesalilah dosa diri
Bertaubat dan berjanji
Jangan diulang lagi

Serahlah diri dengan jujur dan iklas
Apayang hendak dimalu
Krana Dia maha tahu
Tiada siapa yang mengerti
Melainkan diri dengan Tuhannya.







 
Fokus Rahsia didalam rahsia.

Pentingnya berusaha atas hati ini telah ditunjukkan didalam sirah sejarah Baginda Rasul sejak beliau masih kecil lagi. Peristiwa ini adalah petunjul bagi mereka mereka yang ingin mendekatkan diri dengan Allah sebagai taulan untuk mensucikan hati kerana Allah tidak memandang kepada hati hati yang kotor.
Hati yang kotor akan melaksana cara hidup yang kotor yakni kepura puraan didalam malan kehidupannya dan mereka yang palsu disisi Allah itu digelar kaum munafikkin dan hati yang terlalu kotor akan terhijab hati mereka dari menerima kebenaran.
Dalam istilah lain maksud hati yang kotor itu adalah hati hati yang tidak menerima atau menjaga keagongan Rukun Islam yang Enam perkara itu sebagai tapak pegangan akidahnya terhadap Allah.
Diceritakan bahawa nabi ketika lahirnya disambut kelahirannya oleh datuknya Abu Mutalib dengan mengobankan 100 ekaor unta, tetapi apabila meningal ibunya Aminah nabi dijaja sesana kemari untuk mendapatkan ibu susuannya terlalulah amat payah.
Beginilah amalan umat Islam hari ini bila berhubung dengan menyambut agama itu memang sangup berbuat apa saja, kenduri kekah, korban, cerita pasal agama dan pengorbanan dan teknik keagamaan dalam keperbagai cara, bersedekah, bersolat, puasa, berzakat dan fitrah, menunaikan umrah dan haji berkali kali walaupun dituntut hanya sekali semua orang berkejar kejar melaksanakan dan mendakwa Islam itu agama mereka kerana itu amalan yang nampak seperti Abu Mutalib yang bangga mengatakan Muhammad itu cucunya.
Sebaliknya Islam itu dibiarkan yatim dan piatu dan tiada siapa pun yang mahu mengasuh agama itu supaya dewasa didalam diri kecuali bila usia kita sudah meningkat berumur, miskin dan dah tak terdaya seperti Sa’diah.
Bersabda Rasullullah,
Ingatlah lima perkara sebelum datangnya 5 perkara
1. Muda sebelum tua
2. Lapang sebelum sempit
3. Sihat sebelum sakit
4. Kaya sebelum miskin
5. Hidup sebelum mati

Supaya kita mendidik Islam itu dari awal hingga keakhir. Sesungguhnya benih Islam itu adalah Iman.

Lihatlah akhir kesudahan Datuk Nabi Abu Mutalib yang mangkat tanpa Iman dan Islam walau beliau telah banyak membantu Nabi, tetapi membantu Nabi hanya kerana Nabi itu cucunya bukan kerana Allah.
Begitu jugalah akhirnya kita jika kita memperjuangkan Islam kerana agama yang berkaitan dengan darah daging kita atau hanya mengikut adat resam budaya bangsa atau puak kita tetapi bukan mengikut kefahaman Islam sebenar yang mana Islam menyuruh kita bersifat jujur, amanah, fathonah dan tabligh dan dalam pada itu jangan sesekali membelakangkan Rukun Iman pada tertib dan adapnya walaupun kita berniat hendak menyiarkan Rukun Islam yakni Agama Islam.

No comments:

Post a Comment