Thursday 6 October 2011

Bab 6: .Ape nak jadi kalau tidak kenal diri.




Ape nak jadi kalau tak kenal diri
Maka tidaklah tahu diri
idaklah sedarkan dek untung

Pikir pikir betul, betul juga kata siSifoo ni,
Dari sumber inspirasi,
MIntak maaf banyak la kawan, ini bukan hayalan tapi kenyataan.

1. Telah dikhabarkan lebih 25,000 kakitangan kerajaan dilebelkan muflis disebabkan tak mampu membayar hutang kereta melalui bank tak termasuk bukan kakitangan kerajaan.

Ape nak jadi
2. Sistem perbankan Islam yang diguna pakai lebih kepada menindas dari membantu kata orang;
Contoh,
Beli kereta baru harga Rm 50,000.00
Down payment Rm 5, 000.00
Utang Rm 45,000.00
Tempoh bayar balik 60 bulan.
Faedah pinjaman 6% setahun.
45,000 x 30% = Rm 13,500
Jumlah utang + faedah = 58,500.00
Bayaran sebulan Rm 58,500 / 60 = Rm 975.00

Setelah 3 tahun nak buat “ early payment “
Bermakna sipehutang dah bayar
Rm 975 x 36 bulan
= Rm 35,100.00

Perbandingan,
Perbankan Islam minta bayaran langsai = Rm 23,400.00
Komersel bank minta bayar langsai sebab tempoh hutang dipendekkan, jadi jumlah hutang sebenar faedah berhutang turun kepada tiga tahun sahaja.
Rm 45,000 x 18% = Rm 8,100.00
Jumlah Rm 45,000 + 8,100.00
= 53, 100.00
Jumlah perlu dibayar hanya
= 53,100.00 – 35.100.00
= Rm 18,000.00 sahaja.

Kalau difikir fikirkan logic jugak!
Ini baru utang kereta, belum lagi utang rumah.
Seolah menunjukkan Hukum Islam lebih mencekik dari Hukum Komersel.
Satu, dua, tiga, do re me

Ape nak jadi
3. Kalau bab perbankan orang Islam wajib kena ikut cara Islam takut nanti takde akad pinjaman dikira riba’ tapi bila bab perundangan tak pulak wajib ikut Islam, contohnya pembahagian harta pusaka, K. I. V ...... memanjang dari sebelum merdeka sampailah dah merdeka lebih setengah abad nie. Nak dicagar buat pinjaman ? tak laku.
Alib, ba, ta, A B C

Ape nak jadi
4. Cadangan terbaru, anak anak orang muflis tak layak dapat pinjaman pengajian. Macam ni tak kemanalah anak anak orang muflis.

Ape nak jadi
5. Syarat akan datang kalau nak dapat pinjaman pengajian kena menabung dulu. Kalau macam ni hanyut lagi lah anak anak orang miskin.

Ape nak jadi
6. Kalaulah dah tak berpelajaran, miskin pulak! Macam manalah melayu nak bersaing. Gimik bleh la.

Ape nak jadi
7. Bisnes dapat kat kerajaan, contohnya gula, makin mahal harga gula makin kerap pulak takde. Minyak sawit pun begitu juga, Pelik juga ya ?

Ape nak jadi
8. Dah kalau ekonomi negara sendiri bangsa sendiri tak pegang, berapa lama lagi agaknya kita boleh hidup ?

Ape nak jadi
9. Tapi yang lebih pelik bin ajaib, Hubungan saudara yang Allah bagi tak jaga, hubungan sedara yang Allah terlarang kamain akrap lagi. Minta lebih kang digelar pulak kaum subsidi pulak! hai......
Satu, dua, tiga, do re me Ape nak jadi Alib, ba, ta, A B C

Hai entahlah, Ape…. nak jadi.
Allah dah bagi peringatan yang terang lagi nyata. Tepok dada tanya diri samade kita ni beriman atau sebaliknya.

Apa nak jadi
1 2 3 Do Re Me
Hukum dah dijadikan lagu
Untuk dinyanyikan oleh semua peringkat
Fatwa bagai irama
Hukum bagai lirik yang dicipta
Oleh mereka yang menggelar
Diri Ulamak termoden
Alaf baru ini

Satu masa kerajaan lebelkan
Dadah itu najis
Ulamak bebas bangkit membangkang
Sekarang Ulamak kerajaan
Hukumkan merokok diharamkan
Semua Ulamak diam
Seolah rokok itu
Lebih berat dari dadah

Sejak zaman Rasul
Hingga kezaman tabie tabien
Tiada hukum taklik diperkenalkan
Tapi disini amalan ini dimestikan

Tahukah apa istilah
Nafkah batin didalam Islam
Bukan istilah didalam bahasa
Seandainya sama andaian
Erti nafkah batin kita dengan puak musyrik
Bererti musryiklah kita

Sekiranya tidak memberi nafkah batin
Dalam tempoh 3 bulan berturut turut
Didalam taklik jatuh hukum cerai talak Satu

Sekiranya kita tidak tahu
Pengertian nafkah batin didalam Islam
Kemungkinan sebaik saja tiga bulan bernikah
Talak pun jatuh

Apa hukumnya sekiranya mereka masih bersatu?
Zina
Apa gelaran pada sianak jika siibu melahirkan
Anak dari hubungan itu?
Anak luar nikah namanya
Satu anak luar nikah
Kalau 10 anak
Jadi semuanya 10 itu anak luar nikah

Rujuk dalam tempoh edah
Talak tetap jatuh
Kalau lebih dari tiga kali
Apakan jadi
1 2 3 Do Re Me
Macam iklan Astro
“ Macam macam adaaa ”
Agama suruh lahirkan anak yang soleh dan soleha
Kita pula melahirkan anak diluar nikah

Tahukah apa amalan kaum Nasroni
Mereka adalah kaum yang mengada ngada
Lalu mengujutkan hukum yang tiada jadi ada
Menuntut segalanya adalah hak peribadinya
Tanpa menunaikan hak saudara dan agamanya

Ulamak hari ini
Ulamak yang lebih bijak dari Allah
Pada hakikatnya Bahil
Pengikutnya lebih pandai dari Rasul
Pada hakikat jahil kerana tamak
Kata berlandaskan Al Quran dan Hadith
Tapi amal yang kita laksanakan hari ini
Nabi dan Sahabat pun tak pernah lakukan

Hudud ??? Pulak!!!! Dahhhh
Ali Imran
Ayat 1 hingga 3
Alif, Laam, Miim.
Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
Sesungguhnya keterangan didalam Al Quran itu ada yang terang dan ada yang kurang terang kerana yang kurang terang itu perlu akal, ilmu dan pengalaman untuk memikirkan.

Ali Imran
Ayat 7
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Hukum yang jelas terang tak lagi dapat kita amalkan, Hudud yang samar itu pula nak kita perbesar besarkan. Hukum yang kecil yang kuasanya ada ditangan sendiripun pun kita tak boleh laksanakan, hukum besar pula kita cuba huraikan?

Pertama….. ada sesiapa yang ambil tahu???
Larangan melarang beriktikaf diMasjid.
Al Baqoroh ayat 114
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah ( beramal dan berzikir ) di dalamnya, dan ia berusaha ( melengangkan aktiviti masjid dengan berbagai alasan ) pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

Kedua......
Hukum Farait
Berapa ramai yang memperjuangkan ???
An Nisa’ ayat 11
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
An Nisa’ ayat 12
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

Sesungguhnya jauhilah Tohud….
Sifat ikut ikut, sebab apa terjadi tohud kerana ambil ringan dangan ilmu tanpa penggetahuan kera na tidak mahu mangaji atau mempalajari apatah lagi mengkaji yakni memaahaminya lalu menyerah kepada orang orang yang pandai sebagai jalan mudah, sesungguhnya disebalik orang yang pandai itu banyak yang cerdik yakni yak mengambil kesempatan.
Al Baqoroh
Bahayanya buta huruf
Ayat 78
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua agama mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

Lalu jatuh mereka menjadi taksub.
Hukum Taksub
Al Baqoroh ayat 66 dan 67
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

Janganlah berkarenah dengan propaganda kerana,
Amalan yang diterima Allah itu ikhlas.
Al Baqoroh ayat 139 dan 140.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;
"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

Ingat Allah
Al Baqoroh ayat 152.
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Jalan Taubat
Al Baqoroh ayat 159 dan 163.
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya
Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Kecuali bagi orang orang yang memilih kufur
Al Baqoroh ayat 165
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Ali Imran ayat 14
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

Kesimpulanya,
". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; ”
Maknanya,
Allah tidak akan melihat kepada hamba hambaNya yang lalai dan kufur tapi masih menyayangginya kerana masih membuaka ruang untuk mereka bertaubat, dan Allah akan melihat pada hamba hamba yang dikasih dan mereka sentiasa sedia menarik perhatian Allah dengan muhasabahnya. Sifat orang orang bermuhasabah diri itu adalah seperti dibawah,
1. Jadi sentiasalah perhati hatikan tinkah laku dan tindak tanduk diri sendiri untuk diperbaikki seperti Omar r.a
2. Berkata kata hanya bila perlu seperti Abu Bakar r.a
3. Bersedekahlah dengan iklas tanpa menunjuk nunjuk kecuali dengan niat menyampaikan amanah amalan itu kerana Allah seperti Ali r.a
4. Kaji dan mengkaji memahami hakikat Iman dan Amal Islam yang sejati.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/390440_192121707546655_100002464810415_384185_384345121_n.jpg

“ Apa untungnya berlakun disini
Sedang engkau sendirikan
Yang menontonnya ”
Jika bermuhasabah diri

Bercampurlah
Alib ba tha dengan A B C
Bertopeng Islam beradap Nasroni

“ Kalau nak menurut biar berakal
Kalau nak mengikut biarlah pintar........."

Tauladan dari
Pristiwa kewafatan Rasulullah
Berkata Saidina Osman
“ Wahai Umar ibni khattob,
Jika kamu menyembah Muhammad
Muhammad telah pun wafat
Sebaliknya juka kamu
Menyembah Allah...
Allah itu Ujud ”

Wahai saudara seagamaku
Sekiranya kamu taksub dengan sesuatu
Itulah tuhan bagi diri kamu
Jika kamu taksub dengan nafsumu
Kamulah tuhan bagi diri kamu
Yang kamu sembah

Pentas kehidupan ini bukan
Untuk mempersembahkan
Lakunan dan skrip sendiri
Pentas ini milik Dia untuk Dia hak Dia
Suka atau pun tidak
Jadilah hamba seniman Ilahi

Pertanyaan
“ Dapatkah kita
Tertawa didalam bahasa yang sama
Merasa apa pula yang aku rasa
Berdansar dengan tempo dan irama
Pentas kehidupan yang sebenar ”
Jika hidup tak sama tujuan

Jadi janganlah berharap
Kepada sesiapa
Supaya akidah tidak
Diperkutak katikkan
Tuntutlah ilmu itu sendiri
Ertikan dan amalkan

Supaya diri kamu
Tak mudah terjual
Iman kamu tidak tergadai
Pegangan kamu tak mudah dibeli
Fikir kamu tidak dijajah


Tolong Timbulkan kesedaran
1. Dengan Berakal
Surah Ali Imran ayat 190.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

2. Dengan Berfikir
Surah Ali Imran ayat 191.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Adakah hidup ini sekadar dengan mengisi hayat ini hanya dengan membesar, bersekolah untuk berkerja, bekerja bermasyarakat dan mendirikan rumah tangga serta mencari nama, pangkat dan harta. Kalau begitulah maksud tujuan hidup maka tiadalah bezanya tugas seorang mukmin itu dengan seorang musrik dan sesungguhnya amalan kaum musrik itu adalah seperti haiwan bezanya mereka itu berakal.
Atau dengan mengucap duakalimah shahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, berjumaah jumaat, berpuasa dibulan Ramadhan, membayar zakat dan fitrah dan memunaikan ibadat haji, sedangkan amalan amalan ini kita warisi dari kedua orang tua kita yang beragama Islam. Jika demikian bermakna bukanlah kita itu beriman kepadaAllah s.w.t, tetapi beriman dengan anutan agama yang diwarisi dari kedua orang tua, maka samalah pendirian kita itu dengan kaum kaum yang kita gelarkan kafir itu.
Surah Al Baqoroh ayat 281.
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun
Maknanya dunia ini adalah tempat dimana Allah mengasingkan antara hambanya yang benar benar beriman dengan yang kufur atau yang sebanding dengan kekufuran itu dan Allah hanya memilih dikalangan hamba hambanya yang benar benar beriman tanpa sedikit pun subahahat yakni subahat dalam pegangan akidah mahupun subahat dalam amalan mahupun subahat dalam ibadah.

Sebahagian manusia pula meletakkan iman mereka kepada orang orang atau benda yang dianggap hapir pada Allah yakni subahat ( mensyarikatkan Allah ) dengan sifat Af’ al Allah ( urusan Allah ). Umpamanya mengambil perintah sesaorang dengan sebab sesaorang barulah mereka lakukan atau laksanakan tanpa berfikir tanpa diberi penjelasan tanpa boleh dipersoalkan. Seolah melangar perintah mereka umpama melangar perintah Allah. Disuruh mogok, mereka mogok. Diminta ganas mereka mengganas, sesungguhnya amal perbuatan mereka itu adalah subahat yang nyata dan iman serta amalan mereka itu hanyalah dari hasil Iman ikut ikutan.
Surah Ali Imran ayat 142 dan 143.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).

Bagaimana pula kita bersembahyang yang kita iktikatkan dihadapan Allah s.w.t atau kita banga pernah khatam dengan membaca ayat suci dari Kitab Allah dengan sebutan dan lagu serta tajuitnya sedangkan kita tidak tahu makna atau kehendak tuntutan ( subahat dengan kejahilan ) ayat ayat tersebut, maka sifat yang demikian adalah sama seperti sesaorang yang berkata kata tapi tak tahu apa yang dikatakan dan tidakkah perbuatannya itu sama seperti orang yang mabuk atau meracau kerasukkan atau seperti seekor burung tiong yang bercakap tapi tak tahu apa yang dicakapkan seolah Allah s.w.t itu mampu kita perdayakan.
Surah Ali Imran ayat 179.
Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

Tak kurang ada dikalangan kita yang tahu makna ayat ayat tersebut tetapi didalam dirinya ada kebesaran ( subahat ) yang lain dari Allah, maka golongan ini adalah umpama golongan yang gelar Allah didalam Al Quran sebagai kaum yahudi, tiada apa manafaatnya dari golongan ini melainkan hanya haiwan sembelihannya sahaja yang halal dimakan dan tidak lebih dari itu.
Surah Ali Imran ayat 180.
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.

Persoalannya, apakah pilihan yang telah kita pilih dan menjadi amalan hidup kita pada hari ini tepat dengan kehendak amanah fitrah yang telah ditetapkan Allah untuk kita bergelar manusia.

Ayatul kurshi
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

" Tak kenal diri ada persamaannya dengan tak sedar diri dan ada juga persamaannya dengan lupa diri yakni lalai."
http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/315900_142009372557889_100002464810415_217797_6732286_s.jpg

Upset!!!
Tahun ni ramai yang mengucapkan
" Selamat hari raya "
Dengan memohon Maaf
Hanya pada Zahir
Tapi tiada pada batin
Dan digantilan batin itu dengan seribu titik titik

Apakah kita mengistilahkan batin itu
Mengikut istilah bahasa atau istilah agama?
Apakah kita menyambut raya itu
Kerana budaya atau agama?

Didalam anutan lain tiada tali ikatan batinnya
Hanya pada suami untuk isterinya
Dan Isteri buat suaminya
Itulah istilah bahasanya

Sebaliknya,
Didalam Islam ada tali perhibungan
Yang mengikat persaudaraan seagamanya
Yakni Sirotulrohim

Kukuhnya Sirotulrohim
Kerana ikatan suci hatinya
Menafkahkan amalan batinnya
Memohon ampun maaf serta taufik dan hidayah
Buat saudara seanutannya, anak isteri atau suaminya
Tak dilupa kedua orang tua dan mertua tayanya
Guru guru yang mengajarnya

Seandainya tiada beza
Amalan batin kita dengan kaum yang sesat
Apalah bezanya agama anutan kita dengan mereka
Apalah bezanya agama dengan budaya manusia

Batin itu tidak kelihatan
Bukan sekadar disorok sorok
Seperti membuang hadas besar dan kecil

Batin itu adalah pahala
Dan setiap pahala itu ada balasan baik buatnya
Setiap mereka yang meningalkan
Amalan batin itu adalah dosa
Setiap dosa itu neraka tempatnya

Amalan batin itu hak saudara
Yang wajib ditunailan
JIka tak dilaksanakan wajib
Memohon keampunan.

Siapa Tuham kamu?
Dialah Tuhan yang menghubungkan tali persaudaraan muslimin dan muslimat

Apa anutanmu
Sesungguhnya Islam itu bersaudara

Siapa Imam kamu
Al Quran Nur Karim menjekaskannya

Siapa Nabi kamu
Nabi memperaktikkannya hingga saat tercabut nyawanya... " Biarlah aku tanggong derita azab sakratul maut umat umatku "

Siapakah saudara kamu
bagaomana kamu hendak membuktikan muslimin dan muslimat itu saudaramu sekiranya tiada kesungguhan kamu mendoakan mereka seperti kamu mendoakan diri kamu lepas dari azab siksa neraka?

Muhasabahlah diri
Perhatikan faham apa didalam diri
Ambillah tafakkur
Belahlah dada
Cari dan perbetulkan kelemahan diri.
http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/310424_141857589239734_100002464810415_217415_2781359_s.jpg

Atau
Apakah kita sedang melalui
Era Akidah ikut ikutan
Tak peka kononnya perihatin
Tak leka kononnya doing something


Menjadi jahil
Akhibat nak senang
Yang terlalu mudah
Suruh anguk mengangguk
Disuruh eleng mengeleng

Disuruh mengamuk berkeceramuk
Perkara yang benar
Dimomok momok

Yang untung sibakhil
Mengaut kemenangan dari
Kejatuhan orang lain
Tak pandai tak apa
Janji tunjukkan terrer
Biar tergadai sekampung
Dan Iman
Asalkan menang sorak
Syok untuk diborak
Tapi akhirnya
Apah pun tarak!!!!

Firman Allah, " Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum ( bangsa mahupun sebuah keluarga ataupun sesaorang ) melainkan 
merekalah yang mengubahkannya sendiri " 

No comments:

Post a Comment