Thursday 6 October 2011

Bab 11: Akhibat kilaf Guru dan berguru.




Ilmu Islam dan istilah berguru.

Kita manusia tidak akan faham ilmu Allah selagi kita tidak faham istilah guru didalam Sabda Baginda Rasullullah yang berbunyi, “ Barang sesiapa yang mempelajari ilmu tanpa guru, maka gurunya adalah iblis!”. Maka dengan kerana itulah sebab musababnya golongan syariat tidak sependapat dengan golongan sufi dan golongan sufi tidak sependapat dengan golongan syariat, golongan usulluddin dengan golongan falakiah dan pernah tercatat didalam sejarah Islam pernah terjadinya golongan Islam itu berpecah belah kerana salah memahami ilmu ilmu Allah dan kesan persengketaannya dapat kita lihat hingga kehari ini. Sesungguhnya itulah hasil kerja Iblis.
Maksud berguru didalam hadith tersebut sebenarnya adalah guru yang Mursyid. Siapakah yang dikatakan guru Mursyid atau layak bergelar Mursyid ?
Pernahkah kamu terfikir siapa yang mengajar kamu lahir keluar dari perut ibumu kemuka bumi Allah ini?
Siapa yang mengajar kamu berteriak bila lapar dan dahaga?
Siapa yang mengajar kamu dari sifat berbaring hingga pandai mengereng?
Siapa yang mengajar kamu dari sifat mengereng kemudian melunjur, kemudiannya merangkak, kemudiannya berdiri, kemudiannya berjalan dan seterusnya belari?
Siapa yang mengajar kamu memehami bahasa ibunda kamu?
Siapa yang mengajar kamu fasih berkata kata?
Renungkan terjemahan ayat ini,
Al alaq
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Awal ajaran Islam
Menghidupkan yang batin kemudian baru yang lahirnya, tumbuhnya pohon dari benihnya, berputik buah dari bungganya, didalam buah ada benih, ada isi dan ada rasanya walaupun didalam benih tiada buahnya, tetapi pada hakikatnya didalam benih ada segala galanya. Benih yang disemai baik mendatangkan hasil yang baik, benih yang tak dijaga dengan rapi akan hidup segan mati tak mahu, dan benih yang mati akan terkubur buat selama lamanya. Benih itu adalah hati.
Bercahayanya pelita ( seorang mukmin ) bukan datang dari kacanya ( lahiriahnya ) tapi dari apinya ( nafsunya ), terangnya cahaya ( kefahaman ) kerana bersih cerminnya ( hatinya ) dan aman apinya ( nafsunya ) dari angin ( bisikkan fitrahnya ), hidupnya api ( nafsunya ) dari sumbunya ( sikap ), besar sumbunya ( egonya ) besar pulalah apinya ( nafsunya). Terbakar sumbunya adalah kerana minyaknya ( ilmunya ). Kandungan minyak ( Ilmu ) yang ditonjol tonjolkan kerana membesarkan sumbunya ( sikap ) lalu terbesarkan apinya ( nafsunya ). Api ( nafsu ) yang besar mengeluarkan asap jelaga yang banyak ( hijab ) akibatnya cermin ( hati ) menjadi panas ( baran ) dan hitam ( bermuka muka ) dan mengakibatkan pelita ( diri ) menjadi malap ( hilang punca ). Pelita yang malap mengakibatkan rohani meraba rapa disesatkan saitan dan iblis, dan pelita yang terang mnunjukkan jalan yang lurus lagi benar.
Api yang kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan. Inilah hakikat ilmu yakni hakikat kefahaman, sifat diri dan fitrah, nafsu dan hati. Kesemuanya harus dijaga barulah sempurna tugas sebuah pelita.
Sabda Rasullullah, “ Orang orang yang berzikir itu adalah orang orang yang hidup disisi Allah ”.
Zikir yang dimaksudkan bukanlah seperti zikir pendita pendita kaum kafir tetapi zikir yang bersifat penuh dengan sifat (sunnah) kenabian yakni yang jujur, amanah, bijaksana dan menyampaikan dengan sabar yakni iklas.
Kasihnya Rasullullah mendoakan kesejahteraan umatnya dan kasihannya memohon petunjuk taufik dan hidayah serta keampunan umatnya.
Mursyid itu yang jujur, yang amanah, yang bijaksana dan yang menyampaikan kebenaran dengan berpesan pesan dengan sabar yakni teliti. Sesaorang yang bersifat begini dipanggil iklas dan zuhud. Sesiapa yang bersifat iklas dan zuhud diampun dosa dosanya dan disisi Allah dipanggil As siddiq. Diakhir zaman ini siapakah yang Siddiq melainkan roh?
Amalan muhasabah menghidupkan Roh, yakni menghidupkan guru ( petunjuk ) didalam diri yang mana menjadi perantaraan untuk menikmati ilmu ilmu rahsia dari Allah, diantaranya menjadi penapis ilmu ilmu yang hak dari yang batil dari ilmu ilmu yang kita tuntut dari berguru sesama kita manusia walau dari segi apa jua bidang sekali pun.
Roh tidak pernah lalai, tidak pernah berdosa, dialah siddiq dan dia jugalah yang Mursyid.
Dalilnya,
Pernah pada satu ketika salah seorang sahabat bertanyakan tentang roh kepada baginda, lalu dijawab oleh baginda nabi, “ Roh itu adalah sebahagian dari rahsia didalam rahsia Allah ”.
Dan bertanya lagi sahabat itu kepada baginda, lalu berfirman Allah kepada Rasullullah, “ katakan ( Muhammad ) sesungguhnya Roh itu adalah sebahagian dari Aku ”. maka dengan itu roh itu juga dikenali dengan panggilan “ Robbitah ” yakni perantaraan Allah.
Keterangannya, maka itu telah nyata dan terang. Tetapi tetap ada manusia yang melampaui batas, seperti petikkan ayat dibawah,
Al alaq ( ayat sambungannya )
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
Justeru itu barang sesiapa yang mendakwa dirinya guru yang Mursyid maka dialah iblis yang menyesatkan kefahaman pengikut pengikutnya dan barang sesiapa yang mendakwa dirinya sebagai “ Robbitah ” maka dialah fir’aun yakni anak didik iblis yang bertuhankan diri sendiri. Dan pengikut pengikutnya adalah syaitan.
Sekiranya para pengikut pengikutnya yang mendakwa gurunya seorang yang Mursyid sedangkan gurunya tidak menyetujuinya, maka pengikut pengikutnya itu adalah golongan orang orang yang sesat.
Dan barang sesiapa menganggap “ Robbitah ” dirinya itu Zat Allah, maka dia tergolong didalam golongan orang yang paling dimurkai Allah.
Inilah punca punca ulamak Islam tidak dapat disatukan, kerana mereka meringankan amalan bermuhasabah, yakni amalan yang menyedarkan roh yang menyedarkan diri dari lalai.





Jihat.
Al Baqoroh ayat 213.
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
Keterangannya.
Sejak dari Nabi Allah Adam sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad begitulah sikap kita manusia yang sering mengubah petunjuk kebenaran kejalan kesesatan dengan mengujutkan perselisihan semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Sejak kemangkatan Syaidina Abu Bakar r.a, anasir anasir manusia yang bersifat dengki ini telah menunjukkan warna iman mereka yang sebenar yaitu beriman kepada Iblis dan duniawi dengan merencana membunuh Syaidina Omar r.a, kemudian mencetuskan peperangan sesama umat Islam dengan membuat onak fitnah antara Syaidina Ali r.a dengan balu Rasullullah yakni ibu mertuanya sendiri yaitu Siti Aishah r.h kemudian membunuh syaidina Othman r.a akhirnya untuk merebut tampuk kerajaan Islam pada ketika itu.
Apabila sebahagian dari tunggak kerajaan telah ujud orang orang yang tamak harta, tamak pangkat, tamak nama maka sistem perundangan Islam menjadi lemah akhibatnya mereka juga melahirkan banyak pendokong pendokong dari kalangan rakyat dan ilmuan dari kalangan orang orang yang seperti mereka yang tamak harta, tamak pangkat dan tamak nama.
Secara tak langsung asas amalan kebatinan yakni pemggenalan Hukum iman ditinggalkan diketepikan dan Rukun Islam pula diangkat tanpa Iman maka tercemarlah Agama Islam itu sedikit demi sedikit. Lalu timbulah perbalahan puak puak syariat dengan puak tarikat maka timbullah berbagai ideology Islam moden yang bertopeng Islam dan sunnah. Islam yang lemah telah menjadi retak menunggu belah. Sehingga kehari ini tidak hairanlah bangsa bangsa Arab itu sendiri bepecah dengan fahaman masing masing.
Bayangkan setelah kejadian ini barulah sampai Islam diIndia yang telah dicampur adukan dengan budayanya dan kemudian sampai diIndonesia dan Malaysia dan dicampur adukan dengan budaya adap melayunya? Kalau diMalaysia telah diistiharkan terdapat lebih 70 amalan sesat, cuba bayangkan berapa banyak pula amalan sesat yang berada diIndia dan berapa banyak pula amalan sesat yang ada ditanah tumpahnya Islam itu sendiri diArab.
Maka dengan itu saya menganjurkan kenallah agama yang kita anuti ini dengan mengenali Tuhan penciptanya dan untuk mengenali sebenar benar Tuhan itu kenalilah diri ( hati budi diri ) dengan menghidupkan petunjuk yang telah sedia ada didalam setiap diri yaitu Roh seperti yang dianjurkan oleh Rasul kita Muhammad. Sekiranya itu pun berat bagi kita untuk mengamalkannya maka rugilah kita.

Dunia ini bukan gelangang menunjuk kehebatan atau untuk mencari nama sebaliknya adalah untuk berjihat dan sebenar benar jihat itu melawan kelemahan diri sendiri berdasar hakikat lima perkara.
Siapa yang bertahta didalam hati kamu, maka dialah tuhan kamu. Adakah wajar kamu katakan Allah itu tuhan kamu sedangkan apa yang
kamu lakukan “ Ada udang disebalik batu.”
Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang diri dan hatinya milik Allah semata mata.
Rukun siapa yang menjadi pegangan kamu, hukum siapa yang kamu patuh, adap siapa yang kamu amal dan tertip siapa yang kamu ikut itulah anutan mu. Adakah wajar kamu katakan Islam itu anutan mu sedangkan agama itu kamu pakai sekadar topeng lakunan mu.

Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang sentiasa berwaspada dengan tindak tanduknya kerana Allah maha mengetahui lagi maha melihat apa yang diusahakannya.
Perundangan siapa yang kamu junjung itulah imam kamu. Adakah wajar kamu katakan Al Quran itu imam kamu sedangkan kamu menjunjung undang undang yang lahir dari kehendak hati kamu.

Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang sentiasa akur dengan Ai Quran tanpa berdolak dalih.
Siapa idola kamu itulah rasul bagi kamu. Adakah wajar kamu katakan bahawa Muhammad itu rasulmu sedangkan kamu tidak memilikki ciri ciri Muhammad. Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang sentiasa menyintai apa yang dicintai Rasulnya.

Siapa yang kamu sayang adalah saudara kamu dan siapa yang kamu benci itulah musuh kamu. Adakah wajar kamu katakan bahawa muslimin dan muslimat itu saudara kamu sedangkan dihati kamu ada rasa benci, hasat dan dengki serta dendam terhadap mereka.

Sesungguhnya orang yang layak berkata begitu adalah mereka yang sentiasa kasih dan memaafkan saudaranya walau sebesar gunung salahnya kecuali jika telah melewati batasan agama Allah dan mengambil pengalaman sebagai pengajaran bukannya dendam.

Al baqoroh ayat 66.
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Maka beruntunglah mereka mereka yang;
Menuntut ilmu kemudian memanafaatkannya didalam apa jua bidang untuk agama, keluarga dan saudara saudaranya. Menjadi pemimpin yang memimpin bagi pihak agamanya didalam apa jua bidang untuk keluarga dan saudara saudaranya. Menjadi pengusaha yang didalam apa jua bidang membuka peluang pekerjaan dengan agamanya untuk keluarga dan saudara saudaranya. Menjadi penyokong ( pengundi ) didalam apa jua bidang kepada kebenaran dan menjauhkan kemungkaran. Bersatu mempertahankan didalam apa jua bidang hak agamanya, keluarganya, saudaranya dan negaranya. Berjihat memperbaikki amalannya kerana Allah mengikut sunnah RasulNya dan berkata Rasullullah bermaksud, Sesungguhnya mereka mereka yang meninggalkan amalan berjihat bukanlah dari golongan umat ku dan ternyatalah mereka mereka itu adalah golongan orang orang yang kufur.
Al baqoroh ayat 142 dan 143.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).

Al baqoroh ayat 200.
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Jihat
Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu tidak jujur tatkala kamu berkata kata. “ Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap “ Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu diberikan amanah atau kerja atau kerjaya tetapi tidak melaksanakan amanah kamu itu. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu bertindak tanpa mengunakan kebijaksanaan sedangkan kamu sering mendahulukan tamak dan perasaan. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedangkan kamu membiarkan kehancuran atau bersubahan menghancurkan ( agama dan saudara kamu ) atau kamu melarang tanpa dengan berpesan pesan kepada saudara saudara seagamamu dengan hemah, teliti dan sabar. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika sekadar memboikot barangan kaum kafir sedangkan kamu tidak bangkit sebagai pengusaha barangan keperluan untuk saudara seagama kamu. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu melepaskan peluang mengundi untuk kepimpinan kerajaan kamu atau Adakah kamu dikatakan sedang berjihat jika kamu mengundi untuk kaum musyrik atau kaum yang bahil yang bakal membawa kerosakkan didalam Agama, Bangsa dan Negara kamu. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu tidak mendidik pelapis yang bakal mengantikan tempat kamu dengan baik. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu hidup kaya raya dan tidak memperdulikan nasib saudara seagamamu hidup didalam teranyaya. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu tidur didalam kekenyangan ada saudara seagamamu tidur didalam kelaparan. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu mengukir senyum dan nama didepan kaca TV dan melaba manafaat dunia tetapi ada diantara saudara seagamamu yang menyokongmu tak milik apa apa. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu menempatkan musuh musuh Allah yakni orang orang kafir musyrik dan orang orang jahil atau bahil ditempat tempat penting didalam kerajaan atau syarikatmu tanpa kamu pantau atau sengaja kamu biarkan, sedangkan mereka merancang membinasakan kerajaan dan perniagaan kamu. Adakah kamu dikatakan sedang berjihat sedang kamu secara langsung atau tidak langsung menganyaya saudara seagamamu.
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengunakan akal dan fikiran dan mereka yang tidak mengunakan akal dan fikiran bukanlah dari golongan yang sebenar benar beriman.
Al baqoroh ayat 44.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

Al baqoroh ayat 164.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Al baqoroh ayat 219.
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Al baqoroh ayat 256.
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang sedar bahawa mereka itu lemah dan hanya Allah tempat sebaik baik meminta pertolongan dan petunjuk.
Ayat Al qoriah
Hari yang menggemparkan,
Apa dia hari yang menggemparkan itu?
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? –
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia"Haawiyah" itu?
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang takut pada hari kemudian.
Ayat At takasur
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Hidupkan amalan syahadah sebagai mutu Iman, muhasabah sebagai ketulinan Iman dan zikir munajat sebagai ketahanan Iman. Maka sesudah itu bersatulah kamu sebagai sebuah jemaah didalam bidang masing masing mengajak kejalan kebaikkan dan meninggalkan amalan kemungkaran.

An nisa’ ayat 1.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Ali Imran ayat 20.
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya






Jihat itu luas, Allah jadikan kita ada kurang dan ada lebihnya, 


jadi kita ambil bahagian didalam berjihat yang termampu pada 


diri kita laksanakan. Jihat yang paling utama dan dituntut oleh 


Allah ialah " Bersangka Baik " kerana bermulanya sifat hasad 


itu dari amalan bersangka buruk.




Al baqoroh ayat 10. 


Dalam hati mereka (golongan yang munafik 


itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah 


tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula 


akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan 


sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).



Untuk mengelakkan sifat bersangka buruk, amalkan amalan 


bermuhasabah dan lihat cermin amalan diri sendiri dan pandang 


amalan orang lain sekadar jadikan pengajaran didalam 


pengalaman, yang baik kita contohi dan yang tak baik kita jauhi. 


Kita bukan sempurna tetapi mencari kesempurnaan yang hakiki.









Bersabda Rasullulah, " Sembahyang itu tiang Agama " dan " 


Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya 

". Fikirkan, kalau kita tegakkan tiang atau rumah kat atas tapak 


tanah kepunyaan kita bermakna kita punya yakni " rumah kita ". 


Tetapi kalau kita tegakkan rumah kat atas tapak tanah bukan 


kita punya walau pun kerajaan kita yang punya dipanggil " 


Rumah Haram ". Kalau kita tegakkan sembahyang walaupun 


beribu tahun bukan diatas tapak atau asasnya apa pula 


gelarannya? Berfirman Allah, " Celakalah mereka yang lalai 


didalam sembahyangnya." itu baru dalam sebahyang, bagaimana 


pula orang orang yang lalai dengan Imannya? Kalau lembu 


pegang pada talinya, orang pada janjinya dan tidak ada orang 


yang layak ditambat pada tiang kecuali hatinya melainkan lembu.









Ketahuilah hati hati manusia itu umpama cawan kaca yang amat 
nipis. Mengisikan didalamnya beban akan menyebabkan kacanya 
menjadi rekah menanti belah, Menyinggongnya sudah cukup 
untuk membuat hati itu retak apatah lagi dengan kekerasan, hati 
itu akan pecah jua. Merebut hati adalah dilarang, ditakuti nanti 
hati itu jatuh terhempas lalu ianya hacur berkecai rosak binasa. 

Kalau kamu takut hati kamu dihinjah jangan sesekali kamu 
menyingong hati hati orang lain. Menyentuh hati tidak dilarang 
Allah akan tetapi mengambil atau mencuri hati adalah perbuatan 
mengkianatNya. Jika diberi hati itu yang berderai sekali pun 
kepada Allah nescaya dicantumkan segalanya menjadi satu 
semula untuk dipecahkan bagi manusia yang tak berhati hati 
yakni yang tidak bersyukur.










hati saudaranya, dengan sengaja menyinggong hati hati 
saudaranya, sesungguhnya mereka itu telah lalai memperingati 
tegahan dan larangan Tuhannya dan orang yang ketika itu ingat 
akan Tuhannya lalu melanggar larangan tuhannya, mereka itu 
adalah dari golongan yang engkar dan orang yang pada ketika 
itu lupa akan tuhannya lalau mereka melangar perintah tuhannya 
maka mereka itu tergolong didalam golongan orang orang yang 
lalai.













Berkata Omar ibni Khatab r.a. " Jika aku terlupa akan Allah
walau pun seketika maka kafirlah aku ". Jangan salah faham,
jadi sentiasalah mengamalkan kalimah syahadah ketika lapang 
lapang yakni mendidik diri kita supaya sentiasa ingatkan Allah.

Bersabda Rasulullah s.a.w, " Sesaorang itu mati ketika didalam 
menuntut ilmu ( mendidik diri ) adalah syahid.
Jadi buat apa nak susah susah nak mati syahid, setiap ketika
didiklah diri kerana Allah, Insya'Allah syahitlah kita.

No comments:

Post a Comment