Thursday 6 October 2011

Bab 4: Biar Ku Menjadi Lilin (HQ Audio)




Salleh Mat Salleh

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.

Aku bagaikan seekor burung kerdil
Terbang dari pagi sewaktu aku lahir
Menuju kiblat sujudku
Ufuk arah mentari terbenam
Sebelum menjelang malam kematian

Aku sekadar datang singgah disini
Untuk berteduh sekejap
Mencari rezeki pahala yang aku dambarkan
Buat ku persembahkan kepada kekasihku Allah
Yang menanti ku nun jauh ditaman panling hujung
Yaumil Masyar namanya.
Tempat dimana aku dihisab
Kemana telah aku alamatkan niatku
Atas segala amal perbuatan ku
Yang dikatakan
Cinta, Harap dan Korban ku
Terhadap kekasih hakiki ku

Kekasih ku itu tidaklah cerewet
Tetapi Dianya terlalu waspada
Dia juga tidak mahu tertipu
Macam kita
Disitulah letak sifat bijaksana Nya
Dia berkehendakkan bukti cinta
Disitulah letak sifat keadilan Nya
Kerana Cinta Nya itu terlalu mahal
Yang tidak terbeli dengan nilai
Walau pun dunia dan seisinya

Kebetulan aku lalu
Aku terlihat tangan yang menggapai
Lalu aku singgah
Aku cari ruangan yang terindah
Sunyi dari terdedah
Bertemu dengan kamu saudaraku
Dan kita bertegur sapa

Sekiranya benar dan sungguh
Bagai yang dikata
Didalam kata puisi
Kamu telah jauh melayang
Dihanyutkan angin kehidupan yang kencang
Mungkin dari doa mu yang makhbul
Niat mu yang iklas
Dalam beribu teman
Aku yang mungkin Allah gerakkan
Sudah pun sampai
Bukan untuk menunjuk pandai
Bukan untuk menunjuk diri yang dah cukup
Tapi aku hanya sekadar pembawa amanah
Walau pun tak tedaya oleh aku
Kerana aku hanya seekor burung kerdil
Namun nak berputus asa
Tidak

Tak kira dari golongan kaum Adam
Atau dari golongan kaum Hawa
Golongan tua atau muda
Demi kerana kekasih ku Allah
Aku tak layak memilih
Jangan dirisau tentang upah
Upah yang lumayan dari Allah
Bagi ku lebih berbaloi
Jangan dirisau tentang jodoh dan pertemuan
Jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan maut
Hanya ditangan Tuhan yang menentukan
Jangan dirisau tentang hati dan perasaan
Aku bukan pujangga yang bermimpi dengan hayalan
Atau si penglipur lara yang mengambil kesempatan
Jatuhkan talak pada sangkaan buruk
Barulah gugur pintu yang menghijabkan cahaya.

Kepada Allah aku serahkan
Aku berdoa menadahkan tangan
Kebesaran amanah kasih ku
Aku dambarkan dilubuk kalbuku
Tiada yang lain hanya Dia lah yang Satu
Ditelapak tanganku
Aku letakkan dunia dan seisinya
Hanya sebagai batu loncatan
Jambatan ku keahiratku
Inilah dia perbezaan
Antara yang faham dengan yang tahu
Antara mahu denga tidak mahu
Kepada Kekasih ku, Tuhanku, Allah

Masaku bejalan laju
Memotong jangka hayatku
Sebelum dihalau aku pergi
Keluar dari taman hijau ini
Lebih baik aku memohon diri
Aku terpaksa beredar
Menyambung perjalananku
Menghadap arah kedestinasiku
Definasiku terpaksa aku teruskan
Terima kasih aku ucapkan
Kerana sudi menggamit tangan
Meluangkan masa berkenal kenalan
Tak mengapa jangan dirisaukan
Segala gala
Apa yang dihidangkan
Akan aku telan buat santapan pengalaman
Sebagai pedoman mengasah kefahaman
Ilmu Allah yang seluas lautan.

Atau Allah ingin menunjukkan
Apakah kita tahu apa yang kita doakan
Atau sekadar berdoa dengan perasaan
Atau apakah kita tahu apa yang kita laksanakan
Atau sekadar melayan dengan hidup perasan tanpa perasaan
Atau Allah nak menunjukkan
Bahawa kitalah golongan manusia
Yang cuba menipu Allah
Dengan cara yang disangka bijak
Tetapi tidak
Aku tak tahu
Tepuk dada tanya selera
Jangan hidup berdolak dan berdalih
Jadi sang pungguk rindukan bulan
Kerana kita sendiri yang pilih
Jangan sesiapa dipersalahkan.




Fokus Rahsia didalam rahsia.

Rahsia didalam rahsia menyingkap sirah awal Iman.
Ayat yang julung julung disampaikan kepada Nabi oleh Jibril diGua Hiraq.
Al alaq
Terjemahan,

" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Kemudian setelah itu baru surah ini disambung yakni setelah Nabi menyampaikan atau mendakwahkan kebenaran Tentang UjudNya Allah, Para Malaikat, Quran yang disampaikan, Nabi nabi dan Rasul, Hari Akhirat dan Hari Kiamat dimana amalan baik disis Allah dibalas dengan baik dan kejahatan dibalas dengan azab dan siksa.
Namun apabila disampaikan oleh Nabi tentang Rukun Iman itu tadi, ramai dari kalangan orang orang zalim menolaknya, kerana tersekat kezalimannya.
Bahkan ramai golongan orang orang yang alim yakni dari ahli ahli kitab Taurat dan Injil yang mahir juga menolak rukun Iman ini sedangkan mereka mendakwa bahawa mereka telah beriman. Sedangkan pada hakikatnya mereka tidak beriman kepada Allah bahkan hanya beriman kepada agama nenek moyang mereka.
Ada diantara mereka merasa hasad dan dengki kepada Nabi Muahammad yang dipilih Allah sebagai nabi tetapi bukan dari kalangan bangsa atau keturunan mereka.
Ada pula diantara mereka ahli ahli kitab itu berasa yakin bahawa mereka lebih tahu yakni lebih alim dari Muhammad yang jauh lebih muda dari mereka.
Ada pula dari kalangan ahli ahli ibadat yang medakwa amalan lama mereka sudah cukup baik berbanding amalan baru yang dibawa oleh Nabi.
Dan kebanyakkan dari mereka takut menerima kebenaran kerana takut akan ugutan dan kesusahan.

Akibat dari itu,
Manusia bertindak melampaui batas.

Kesimpukanya,
Inilah ciri ciri sifat mansia yang tidak mahkan Rukun Iman. Lalu disambung pada ayat yng seterusnya Allah menyurug manusia berfikir dengan waras.

Terjemahan,
" Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) –
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? –
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?"

Lalu disambung lagi pada ayat ayat seterusnya bahawa Allah bertindak sebagai yang memberi amaran.

Terjemahan,
" Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!"

Ayat terakhir surah ini, Allah memberi jalan petunjuk supaya manusia akur kepada kebenaran yang hak.

Terjemahan,
" Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!"

Kesimpulan,
Inilah kisah fenomena yang akan dilaui oleh mereka yang ingin meyampaikan kebenaran yang akan berhadapan dengan sikap sikap manusia seperti yang disebutkan diatas.
Untuk itu pilihlah golongan mana yang hendak kita ikuti, pilih kebaikkan disisi Allah, maka Allah berikan kebaikkan dan begitu jugalah sebaliknya.

No comments:

Post a Comment