Bersabda Rasullullah, " Umat aku terbahagi kepada 72 golongan, satu pun tidak akan lepas dari azab neraka kecuali satu." Golongan yang manakah yang satukah yang dimaksudkan itu. Bersabda rasulullah, " Mereka adalah yang berpegang kepada Al quran dan sunnahku."
Hari ini memang ramai yang berani mengeluarkan fatwa tentang hukum dan ketuhanan umpama cerita ribuan mergas satwa yang mencari rajanya berung simora. yang benar itu hanyalah 30 juzuk Al quran.
Jadi, sipenghukum yang bertopeng dengan seribu wajah ( sang algojo yang biasanya memancung dengan memakai topeng ) nanti dulu, sebelum kamu menghukum aku atas perbuatanku. Berikan aku kesempatan untuk menyanpaikan yang sebenarnya, kerana itu amanah aku terhadap Tuhan aku dan sesungguh menyampaikan dan menerima kebenaran itu jua amanah kamu terhadap Tuhan yang kamu sembah. Janganlah kamu menghukum aku atau sesiapa juga jika kamu ada niat lain disebalik topeng mu melainkan kerana Allah. Aku melihat amanah agama keatas diriku dari sudut kaca mata yang tinggi dan terbentang luas dan dari sudut yang yang dalam lagi mendalaminya sedangkan kamu melihat amanah agama kamu cukup sekadar didalam kelompok mu. Yang manakah lebih jelas?
Jika ada yang bertanya tentang diri aku, katakan saia aku ini adalah hamba Allah yang bersembahyang sebelum dirinya disembahyangkan yakni golongan yang taubat atau orang yang telah mati sebelum ajalnya. nak dikata orang bukan orang dan kalau nak dikatakan hantu bukan hantu. Atau bertanyalah dengan Tuhan mu sendiri.
Daripada kamu bersangka buruk dengan aku maka ada lebih baiknya kamu ikuti penerangan ku terlebih dahulu, setelah sahih kesalahanku maka aku redho, kamu hukumlah aku.
Rahsia pengajaran
Solat lima waktu sehari semalam
Tertibnya,
Yang dahulu didahulukan
Dan yang kemudian dikemudiankan
Tampa tertib
Tiadalah Solat.
Hadas besar
Bersih pada seluruh tubuh zahir dan batin
Pengajarannya,
Menjauhi memakan makanan yang haram
Atau dari sumber yang haram
Ditakuti sebati menjadi darah daging
Darah yang terjadi dari sumber yang haram
Darah adalah alat tunggangan iblis dan syaitan
Untuk menakluk hati dan akal
Kerana itulah Allah menyuruh makan
Hasil yang halal
Uduk
Membersihkan segala angota
Yang digerakkan dan pancaindera
Supaya apa yang kita pilih
Bertindak atas dasar keserdeharnaan
Dan dilarang bertindak berlebih lebihan
Dilakukan adalah untuk kebaikkan semua
Justeru itu antaranya,
Hindarkan mata dari melihat benda yang keji
Telingan dari mendengar fitnah
Hidung dari menghidu bauan yang terlarang
Mulut dari berkata dusta
Lalu bersabda Baginda Rasullullah
Dia tidak akan makan sebelum lapar
Dan akan berhenti sebelum kenyang
Adapnya,
Bila sesaorang yang berteliti
Dengan tertibnya itu maka
Berkatalah dia dengan Jujur
Berkerjalah dia dengan Amanah
Bertindaklah dia dengan Fathonah yakni bijaksana
Berkebajikanlah dia dengan berpesan pasan
Menyampaikan apa saja yang benar
Dengan sabar
Hukumnya,
Dan tidaklah termetri adap itu
Melainkan bagi mereka yang tahu
Dan beriman dengan pegangan akidahnya
Yang mana pada dirinya
Percaya adanya hari pembalasan yang ditakutkan
Percaya setiap yang bermula ada akhirnya
Percaya kepada nabi yang diutuskan
Percaya kepada malaikat yang sentiasa memerhatikan
Percaya kepada kalam dari yang berkata kata
Yakni terhimpun segala kepercayaan itu
Bahawa segalanya Allah yang punya
Jika ragu rujuklah Al QuranNya
Rukunnya,
Tidak akan terjunjung Hukum
Tanpa rukun hatinya
Dari perasaan syak dan wasangka
Melainkan hanya menyerahkan pengakuan
Merelakan Allah itu dengan sifat sifat keagonganNya
Memperbaiki diri dalam iman dan amal sendiri
Kerana megakui sifat diri yang seadanya
Itulah cinta yang dicari
Tidak akan ada cinta tanpa iklas
Dan duduknya itu iklas didalam hati
Kerana itu Allah memandang pada setiap hati
Yakni hati yang iklas
Dan tidak akan ujud iklas
Kata kekasihnya tanpa niat
Niat pada lafasnya
Pada tasdik yang tersurat
Dan pada tasdik yang tersirat
Lalu bersabda lado kekasihNya
Tidak ada ibadat tanpa niat
Rugilah orang yang lalai didalam Solatnya
Celakalah orang yang bersolat
Jika mengambil atau meringankan
Hak saudaranya
Maka bukanlah dirinya itu bersolat
Perhatikan Surah Al lail.
Mereka yang tidak mengendahkan tertib
Bagi mereka segalanya halal
Walau pun nyata haramnya
Yang tidak beradap
Meringankan uduk dan sifat tawadduknya
Disisi Alah biadap
Yang tidak berhukum
Hidupnya tidak akan rukun
Dan yang tiada berkerukunan itu
Adalah hamba kepada
Nafsu serakahnya
Hamba pula kepada
Syaitan dan iblis
Tanyalah pada diri
Sebelum kita dipersoalkan
Sebelum amal di pertimbangkan
Adakah kita berpijak dibumi yang nyata
Atau berpijak pada mimpi
Adakah dimana kita tegak disitu langit dijunjung
Atau menjunjung awan yang berlalu
Tutup mata
Cerminkan niat didalam hati
Bermuhasabah......
Sabar itu separuh dari Iman,
Cermin sabar adalah berfikir
Cermin fikir adalah ilmu
Cermin ilmu adalah belajar
Cermin belajar adalah faham
Cermin faham adalah teliti
Cermin teliti adalah amal
Cermin amal adalah niat
Cermin niat adalah tasdik
Cermin tasdik adalah jujur
Cermin jujur adalah amanah
Cermin amanah adalah hemah
Cermin hemah adalah kebijaksanaan
Cermin bijak adalah tawadduk
Cermin tawadduk adalah khusyuk
Cermin khusyuk adalah doa
Cermin doa adalah harap
Cermin harap adalah tawakkal
Cermin tawakkal adalah usaha
Cermin usaha adalah bersungguh
Cermin bersungguh adalah istiqomah
Cermin istiqomah adalah takut
Cermin takut adalah yakin
Cermin yakin adalah percaya
Cermin percaya adalah akur
Cermin akur adalah redho
Cermin redho adalah kenal
Cermin kenal adalah makrifat
Cermin makrifat adalah tarikkat
Cermin tarikkat adalah usul
Cermin usul adalah hukum
Cermin hukum adalah syariat
Cermin syariat adalah beradap
Cermun beradap adalah tertib
Cermin tertib adalah hakikat
Crmin hakikat adalah hak
Cermin hak adalah cinta
Cermin cinta adalah esa
Cermin esa tiada yang lain
Melainkan Allah
Cermin Allah adalah Al quran
Cermin Al Quran adalah hadith
Cermin hadith adalah sirrahnya
Cermin sirah adalah nabiNya
Cermin nabiNya adalah para malaikat Nya
Cermin malaikat adalah kebaikkan
Cermin kebaikkan adalah akhirat
Cermin akhirat adalah hari pembalasan
Cermin pembalasan adalah percaya
Cermin percaya adalah beriman
Cermin beriman adalah akidah
Cermin akidah adalah tauhid
Cermin bertauhid itu rukun
Percaya kepada Allah
Maka itulah sebulat Iman.
Cermin sabar adalah berfikir
Cermin fikir adalah ilmu
Cermin ilmu adalah belajar
Cermin belajar adalah faham
Cermin faham adalah teliti
Cermin teliti adalah amal
Cermin amal adalah niat
Cermin niat adalah tasdik
Cermin tasdik adalah jujur
Cermin jujur adalah amanah
Cermin amanah adalah hemah
Cermin hemah adalah kebijaksanaan
Cermin bijak adalah tawadduk
Cermin tawadduk adalah khusyuk
Cermin khusyuk adalah doa
Cermin doa adalah harap
Cermin harap adalah tawakkal
Cermin tawakkal adalah usaha
Cermin usaha adalah bersungguh
Cermin bersungguh adalah istiqomah
Cermin istiqomah adalah takut
Cermin takut adalah yakin
Cermin yakin adalah percaya
Cermin percaya adalah akur
Cermin akur adalah redho
Cermin redho adalah kenal
Cermin kenal adalah makrifat
Cermin makrifat adalah tarikkat
Cermin tarikkat adalah usul
Cermin usul adalah hukum
Cermin hukum adalah syariat
Cermin syariat adalah beradap
Cermun beradap adalah tertib
Cermin tertib adalah hakikat
Crmin hakikat adalah hak
Cermin hak adalah cinta
Cermin cinta adalah esa
Cermin esa tiada yang lain
Melainkan Allah
Cermin Allah adalah Al quran
Cermin Al Quran adalah hadith
Cermin hadith adalah sirrahnya
Cermin sirah adalah nabiNya
Cermin nabiNya adalah para malaikat Nya
Cermin malaikat adalah kebaikkan
Cermin kebaikkan adalah akhirat
Cermin akhirat adalah hari pembalasan
Cermin pembalasan adalah percaya
Cermin percaya adalah beriman
Cermin beriman adalah akidah
Cermin akidah adalah tauhid
Cermin bertauhid itu rukun
Percaya kepada Allah
Maka itulah sebulat Iman.
Kongsi pendapat dengan saudara Dhom Qiraf
Campurkan yang empat alam... Hancurkan di laut dalam... Syariat nabi yang khatam... Kerjakan da’im siang dan malam....
Wahai segala kita yang membawa iman.... Jangan berwaktu mengkaji Al Quran...Halal dan haram terlalu bayan.... Jalan kepada Tuhan didalam i'yan...
Al Quran itu ambilkan dalil... Pada mizan Allah supaya tsaqil... Pabila kaum mengambil syariat sebagai wakil... Pada kedua alm engkaulah jamil...
Kerjakn solat lagi dan shai'm... Itulah makna bernama qai'm... Pada segala malam kurangkan na'im... Menjadikan alam jadikan da'im......♥
Salleh Mat Salleh
Campurkan yang empat alam... Hancurkan di laut dalam... Syariat nabi yang khatam... Kerjakan da’im siang dan malam....
Tersembamlah napsu lalu luruhlah sombong.....
Al Alaq ayat 6 dan 7
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
Wahai segala kita yang membawa iman.... Jangan berwaktu mengkaji Al Quran...Halal dan haram terlalu bayan.... Jalan kepada Tuhan didalam i'yan...
Maka tammatlah permainan Sang Iblis dan syaitan…….
Al Alaq ayat 14 dan 15
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
Al Quran itu ambilkan dalil... Pada mizan Allah supaya tsaqil... Pabila kaum mengambil syariat sebagai wakil... Pada kedua alm engkaulah jamil...
Begitu henndaknya fitrah Sang Akal
Al alaq ayat 1 hingga 5
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Kerjakn solat lagi dan shai'm... Itulah makna bernama qai'm... Pada segala malam kurangkan na'im... Menjadikan alam jadikan da'im......♥
Kembalilah diri kepada yang asal
Al alaq ayat 8
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
1. Pusing ikut mana pun pokok pangkalnya hati, Allah tak pandang pada ilmu yang banyak kerana ilmu Allah itu selautan.
2. Kerana itu Allah melarang kita yakin ikut ikutan.
3. Biarlah yakin dengan Ilmu dan amalan.
4. Kukuhkah syariat tanpa tarikkat, jelaskah jalan tarikat tanpa Ilmu usul dan amalan tasauf yakni pembersihan hati, hati bagai cermin, kalau tak digilap manakan nampak pantulan baynng makrifat diri, kalau dah tak kenal diri pada hakikatnya tak kenal Allah. Tidaklah mereka digelar kaum syariat yang menjunjung hukum Islam kalau mengenepikan terikat, makrifat dan hakikat begitu jagalah sebaliknya.
Campurkan yang empat alam... Hancurkan di laut dalam... Syariat nabi yang khatam... Kerjakan da’im siang dan malam....
** Itulah Sifat Amanah
Wahai segala kita yang membawa iman.... Jangan berwaktu mengkaji Al Quran...Halal dan haram terlalu bayan.... Jalan kepada Tuhan didalam i'yan...
** Itulah mereka yang bersifat Fathonah
Al Quran itu ambilkan dalil... Pada mizan Allah supaya tsaqil... Pabila kaum mengambil syariat sebagai wakil... Pada kedua alm engkaulah jamil...
** Itulah Sifat Akhidah... nukan taksub dan bukan toghud.
Kerjakn solat lagi dan shai'm... Itulah makna bernama qai'm... Pada segala malam kurangkan na'im... Menjadikan alam jadikan da'im......♥
** Itulah Sifat menjunjung sunnah
Tk Dhom Qiraf kerana sudi berkongsi pengetahuan.

singgah mencari ilmu
ReplyDelete-silent reader