Thursday 6 October 2011

Bab: 1 Dari Kekasih Untuk Kekasih - Lirik




Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan harapan
Tempat bergantung harap
Kita takkan tersungkur kepada putus harapan
Mahupun jatuh berhasad dengki

Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan kepercayaan
Tempat bergantung sumpah dan janji
Kita takkan tersungkur kepada kekeciwaan
Mahupun jatuh kianat mengkianati

Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan kecintaan
Tempat bergantung kasih dan sayang
Kita takkan tersungkur kepada kemurungan
Mahupun jatuh benci membenci

Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan pengobanan
Tempat bergantung keiklasan
Kita takkan tersungkur kepada ungkit mengungkiti
Mahupun jatuh sakit menyakiti

Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan kesemua itu
Tempat bergantung pegangan akhidah
Kita takkan tersungkur kepada fahaman kaum musyrik
Mahupun jatuh kepada syirik

Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan kesemua itu
Tempat bergantung pegangan iman
Kita takkan tersungkur kepada fahaman kaum kafir
Mahupun jatuh kepada zindik

Hidup akan aman dari permusuhan
Hidup jadi damai dari persengketaan
Hidup makmur dengan usaha
Hidup rancak dengan pertalian persaudaraan

Tempatnya pasrah
Tempatnya redho
Tempatnya doa
Tempatnya tawakkal didalam tiap urusan beramanah
Dalam zahiriah dan batiniah
Aku insan yang ingin berkasih seperti manusia
Manusia dengan manusia pasangannya
Insan dengan Tuhannya
Tiada Tuhan melainkan pada yang kekal abadi
Allah....
 

Lillahi Ta'ala
Telah jatuh kasihku
Kerana kasihan
Kerana ada cintaku
Kepada Tuhanku yang satu

Tapi apakan daya aku
Engkau tidak akan mampu menerima seadanya
Dirimu,
Kerana kamu seorang wanita

Dan Engkau tidak akan dapat menerima seadanya
Diriku, fitrahku,
Kerana aku seorang lelaki

Inilah tingkah laku kita
Lelaki maupun wanita
Kita tak tahu apa yang kita cari
Apa yang kita minta
Apa yang kita mahu
Maka sesatlah diri
Didalam pencarian
Mencari kemahuhan diri sendiri

Siapalah kami lelaki
Disisi Allah tanpa kaum wanita
Dan siapalah kaum wanita
Disisi Allah tanpa kaum lelaki

Adatlah mana ada manusia yang sempurna
Bumi mana yang tak ditimpa hujan
Asalkan kita terus bersangka baik dengan Allah
Doa mendoakan taufik dan hidayahnya
Ampun mengampunkan semasa kita bertaubat
Bersedekah pahala sambil kita manghimpunkan bekalan

Insya’Allah
Allah akan menunjukkan jalan kebenaran
Jalan kejayaan seperti orang orang terdahulu
Yang telah mendapat kejayaan
Dijauhi dari jalan yang sesat
Mahupun jalan yang dimurkai Tuhan.

Sesuatu yang benar kadang kadang memang pahit untuk ditelan tapi pada hakikatnya bila dapat diluahkan kebenaran itu ada hak. sesuatu yang hak bila dapat ditunaikan memang mengusik kalbu..

Dalam bidalan kata perpatah Melayu,
“ Menjaga seorang wanita itu lebih sukar dari menjaga kerbau sekandang ”
Jadi janganlah hendaknya kaum lelaki takut dengan amanah tanggong jawab terhadap kaum wanita hingga pada satu ketika kaum lelaki menanam anak anak perempuan hidup hidup.
Berfirman Allah,
Al baqoroh ayat 286.
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Lalu diberikan petunjuk untuk memudahkan kita, lelaki dan wanita melaksanakan tanggong jawab itu.
Al baqoroh ayat 269.
“ Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”
Contohnya,
Allah tidak pernah berfirman dengan mengatakan “ Wahai orang orang Islam masuklah kamu kedalam syurga ”
Sebaliknya Allah hanya berfirman, “ Wahai orang orang beriman masuklah kamu kedalam syurga ”
Kerana,
Seorang yang Islam belum tentu dianya beriman dan sesungguhnya yang orang yang beriman itulah benar benar Islam.
Fiman Allah,
“ Aku tidak memandang bangsa dan keturunan hamba hambaKu melainkan pada hati hati mereka ”
Apa yang Allah pandang pada hati hambanya?
Berssabda Nabi, “ Tidak ada ibadah tanpa niat ”
Maksudnya,
Kalau kita lakukan sesuatu kerja apatah lagi ibadah tanpa niat kerana Allah maka kerja dan ibadahnya itu tidak diterima Allah.
Sesungguhnya orang orang yang beriman itu hatinya yakni niatnya hanya terpaut kerana Allah semata mata dan tiada pada yang lain.
Bagaimana nak mendidik diri supaya jujur kepada Allah lalu jujurlah diri kepada kaum keluarganya?
Ilmu?
Ramai orang yang pergi menuntut ilmu tetapi akhirnya kecundang imannya kerana berasa dirinya cukup didalam hatinya.
Ibadat?
Ramai yang melaksanakan ibadat tetapi memandang kekurangan orang lain dihatinya.
Jelas,
Rosak sesorang itu kerana penyakit didalam hatinya tidak pernah diperhatikan.
Lalu Nabi berpesan, sabdanya,
“ Berusahalah keatas hati hati kamu ”
Cara yang terbaik, cermin cerminlah diri dengan amalan bermuhasabah diri. Sesungguhnya ia adalah mudah dan tdaklah membebankan.
Dan Allah tidak pernah menyuruh kaum lelaki itu bermusuh musuhan atau menanam sifat saling tidak percaya dan mempercayai dengan kaum wanita mahupun sebaliknya.
Maka berhati hatilah,
Punca kebaikkan atau kejahatan mahupun kufur itu adalah dari hati.

Bila kita tak pandai menghargai
Bila kita bukan saja tidak dihargai
Malah difitnahkan dan dipersalahkan

Sedangkan bukannya susah
Untuk jujur dan berkata benar
Luahkan biar pun sayang
Pada keegoan
Telan walau pun pahit
Pada kebenaran

Inilah hakikat kejadian
Terima Allah seadanya
Terima teman dan pasangan seadanya
Didik diri dan mereka
Dengan Appreciate
Jika kita mahu orang lain
Appreciate pada kita.

No comments:

Post a Comment