Thursday 6 October 2011

Bab:5 Kenal Hati Budi Diri Sendiri.




Salam perkenalan kepada Group " Salamku ", " Mencari malam Lailatul Qadar " dan " Jangan tinggalkan solat Tahajjud dan solat Subuh " serta " Senyum sapa salam " khasnya, dan khususnya buat ank2 dan rkn2. Lagu ni mengesahkan nak mencari hati dan memilikki hati emas. Maksud hati emas itu, Berfirman Allah, " Aku tidak memandang kepada bangsa atau keturunan hamba2 Ku melainkan hati hati mereka. Bersabda Rasul, " Awal agama itu mengenal Allah." Persoalannya bagaimana hendak mengenal Allah? bersabda Rasul, " Kenal diri maka kenal lah kamu akan kenal Tuhan kamu."
Maksudnya, Kenal diri dahulu baru kenal Allah dan setelah mengenal Allah barulah kita kenal @ tahu apa itu Agama Allah yakni mengikut Rukunnya, Hukumnya, Adapnya dan Tertibnya, dan mudahlah kita menuruti ( takwa ) kepada suruhan Nya dan takut pada larangan Nya. Tidaklah berpuncanya rasa takwa dan takut itu melainkan datangnya dari hati kita.
Maknanya, Didalam melaksanakan urusan Agama Allah itu ada rukunnya, hukumnya, adapnya dan tertibnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya. bererti jika kita benar benar mengaku beriman maka kita kena mengikut garis panduan yang telah Allah hukumkan jika tidak termasuklah kita didalam golongan orang orang yang rugi. Nau'zubillah.
Dan Katakanlah sesungguh akau beriman dengan Allah dan AgamaNya Islam yakin mengikut pembelajaranku ( ilmu yakin ) dan tidaklah aku beriman kerana aku lahir didalam keluarga Islam. Jika aku Islam kerana aku lahir didalam keluarga Islam dan sekiranya itulah yang menjadi peganganku, maka tiadalah bezanya aku dengan kaum yang berpegang kepada agama nenek moyangnya yakni kaum musyrikin. Sesungguhnya orang yang demikian lakunya adalah golongan orang orang yang beriman dengan nenek moyangnya dan bukanlah beriman terhadap Allah. Nau'zubillah.
Menganut agama Allah ni kene ikut versi Allah seperti yang telah dihukumkan didalam Al Quran dan diperaktikkan oleh junjugan Nabi. Tidak ada makhluk yang mengubah hukum dan kehendak Allah melainkan orang orang yang tidak baik hatinya. Sabda Nabi, " Didalam tubuh badan tiap manusia ada seketul daging, baik daging itu maka baiklah amalanya dan jika busuk daging itu maka buruklah amalannya, dan daging yang dimakudkan itu adalah " HATI ".
Al Baqoroh ayat 7.
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar
Pengajarannya, Jika kita ada simtem2 ada telinga tak mahu mendengar nasihat dan ada mata tak mahu mengambil iktibar yakni sombong atau ego, maka bersegeralah bertaubat.
Tujuan kita dihantar kemuka bumi ini bukanlah untuk menunjukkan kehebatan tetapi untuk melaksanakan amanah sebagai seorang manusia terhadap Allah.
Al Baqoroh ayat 10.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Pengajarannya, Jika terdapat simtem2 syak dan hasad dengki pada hati kita atau mendustakan kebenaran, jelaslah bahawa kita adalah golongan munafik dan bersegeralah bertaubat sebelum terlambat.
Dewasa ini kita banyak mengenepi ilmu tentang hati ( tasauf ), sedangkan dari hati itulah berpunca segala galanya. Hati adalah tempat menyimpan iktikat yakni pegangan ketuhanan yakni Iman dan Hati juga tempat kita menyimpan niat yang mana telah berfirman Allah, “ Tiada ibadat tanpa niat ” dan berabda Rasul, “ Sebaik baik niat itu hendaklah kerana Allah.”

Sesungguhnya barang siapa yang bertahta dihati kita maka itu lah tuhan kita dan sekiranya Allah lah yang bertahta dihati kita maka Allah lah Tuhan yang sebenar kita sembah.
Al Baqoroh ayat 11.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
Kerana keegoan kita, kita seolah olah dapat membohongi Allah didalam amalan kita. Dan apabila datangnya muksibah akibat dari perbuatan kita yang kita pilih dan usahakan maka dengan mudah kita menyalahkan pada suratan takdir yang Tuhan tentukan seolah Allah itu bersifat kejam dan zalim. Sedangkan Allah telah banyak memberi peringatan.
Al Baqoroh ayat 12.
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Al Baqoroh ayat 99.
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.
Tiada jalan yang terbaik untuk mengenal Allah adalah dengan mengenal hati budi diri sendiri dan sebaik baik jalan itu adalah bermuhasabah diri.
Al Baqoroh ayat 159 dan 160.
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Al Baqoroh ayat 286.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Ali Imran 179.
Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.









 
Fokus Rahsia didalam rahsia.

Bila sudah diketahui bahawa ilmu agama Allah telah lama dicemari oleh sikap rangkus umat manusia yang terdahulu sejak zaman khalifah Omar ibni Khattop lebih 1400 dahulu hingga kadang kadang kita menjadi keliru antara yang benar dengan yang palsu.
Perbuatan mereka itulah menyebabkan mengapa hari ini kita dapati Islam itu menjadi banyak pecahan dan diantara mereka tidak sehaluan didalam kefahaman ilmu dan akidah pengangan masing masing, sedangkan mereka semua tahu asal Islam itu adalah dari Allah yang satu.
Pelik tapi benar itulah hakikat kebenaran amalan manusia, sejak sejak dulu mereka suka mengada adakan apa yang tiada didalam agama dan ada pula diantaranya menidakkan apa yang ada dikatakan tiada didalam hukum agama. Dan tidaklah segala ini terjadi melainkan kerana hati. Hanya mereka mereka sahaja yang mengetahui apa yang mereka usahakan atas tasdik didalam niat dihati mereka masing masing sehingga rela melihat agama Allah ini berantakkan dengan beribu kesimpulan yang payah untuk dileraikan.
Perkara ini bukan satu pengalaman baru didalam sejarah sikap dan sifat manusia, lalu Allah utuskan nabi nabi untuk membetulkan apa yang tidak betul sejak dari zaman Adam lagi.
Berfirman Allah,
Al Baqoroh ayat 213.
" Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)."

Beruntung kita Allah telah membekalkan Al Quran dan hadith serta sirah sejarah Para sahabat dan Ambia'Nya untuk dijadikan tauladan. Lalu anjurkan Nabi kepada kita supaya tuntutlah ilmu dari dalam buaiyan hingga keliang lahat dan tuntutlah ilmu itu walau sampai kehujung dunia dan maksud katanya hingga kenegeri China.
Namun ilmu itu tidak akan menjadi manafaat sekiranya tidak difahamkan dengan mengunakan akal untuk difikirkan supaya faham, akhibatnya niat dihati juga yang mengambil tempat. Agama tidak lagi dijadikan landasan sebagai alasan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sebaliknya dijadikan dalih untuk jauh dariNya kerana merasa bagai diri itu sudah cukup segalanya.
Kesimpulannya dapat kita lihat, seolah kemana arah punca kita umat yang akhir zaman ini hendak berpegang untuk kembali kepangkal jalan jika semuanya telah menjadi salah. Dalam erti kata lain kita kene berhati hati dalam menimba ilmu dan jagan sesekali jatuh taksub kepada satu guru dan jangan terus jatuh tohud pada ilmu ilmu pengajarannya melainkan bersandar pada dalil Al Quran dan hadith serta sirah sejarah Para sahabat dan Ambia'Nya dan bukan pada title wali atau mursyhid atau ulamak yang dianugarahkan oleh manusia yang mempunyai keentingan.
Segala galanya berpunca dari hati, Bersabda Baginda Rasullullah, " Didalam tubuh setiap manusia ada seketul daging, baik ia maka baiklah amalannya yaitu hati."
Usahakan keatas hati hati kamu supaya ianya bersih dan berkeadaan baik supaya baik sifat dan amalan kamu maka cantiklah ibadah kamu disisi Allah, sesungguhnya kenalilah diri kamu dengan persoalan Siapakah Tuhan kamu, Apakah Anutanmu, Siapakah Imam kamu, Siapakah Ikutan kamu dan Siapakah saudara kamu?

Nanti kita sambung lagi, Insya'Allah.

No comments:

Post a Comment