Sunday, 11 September 2011

Bab:15.Kecuali jika kamu memilih kemusnahan.





Kecuali jika kamu memilih kemusnahan

" Istana mu telah lama didekap debu
Serinya pula telah hilang
Aku pula datang tepat waktu
Tapi kau masih ragu kesan luka lalu "

- Terimalah pada Hakikatnya hati hati kita telah lama didekap debu. Kerana itu telah pudar dan hilang seri sikap dan perwatakkan yang kita bawa pada setiap amalan kita didalam hidup ini membuatkan walau pun kita berlainan agama tetapi amalan kita tidak jauh berbeda. Kita jangan salah sesiapa kerana inilah hukum karma Allah yang bersifat adil pada kesemua hamba hamba Nya samada kepada yang lahir dari perut seorang yang beriman atau sebaliknya. Pada hakikat kebenarannya kesemuanya adalah sama.
- Setiap bayi yang lahir itu umpama kain yang putih dan terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk mencorakkannya. Dan dijamin tidak seorang bayi itu lahir membawa apa apa malang malah bayi bayi itu membawa bau bauan dari Syurga.
- Namun setelah bayi itu menjangkau akll baligh, cukup akalnya untuk berfikir maka terserahlah kepada mereka untuk memikirkan jalan yang mereka pilih samada taat atau pun engkar terhadap Allah yang menguhudkannya dari perut ibunya.
- Dan Allah melimpahkan RahmatNya keatas kesemua manusia sebagai petunjuk bagi mereka mereka yang mengunakan akal fikir kecuali pada mereka yang leka akan hanyut buat selama lamanya.
- Kini aku datang sebagai seorang yang hanya membawa wadah amanah yang aku rela pikul keatasku untuk membuktikan Kecintaanku terhadap kekasih awal dan akhirku supaya membawa pesan pesanan kepada kamu sebagai tanda rohman dan rohim Allah kepada kamu dengan teili dan sabar supaya kamu lebih memahami lebih mendalam tentang acara yang kamu ambil sebagai pegangan dan akhidahmu.
- Demi Allah Robku yang bertahta dihatiku yang terletak jauh dalam bilik kalbuku, dikamar sanubariku, aku takkan menyanggupi amanah ini demi kerana Dia kekasihku dan inilah karma Hukum Nya buat aku dan buat hamba hambaNya yang mengaku beriman terhadap Nya. Mungkin kehadiranku sebentar didalam hidup kamu sekadar ketepat waktu, atau dari doa resah yang kamu pernah ajukan kepada kekasihku lalu hadirlah aku didalam ruangan hidup mu.
- Aku tahu keraguan yang tersandar dihatimu dan jangan berasa bersalah terhadapku kerana itu semua dari pengalaman luka kamu yang lalu. Tak mengapa, ambillah masa untuk memahamiku pada setiap tulisanku supaya hilang keraguanmu kemudia izinkan aku membalut luka lukamu itu'

" Raja raja dulu telah fana dimakan zaman
Kini tinggal kau tanpa pilihan
Kecuali mahu membiarkan hidup diawang awangan
Mengharaplkan yang tak mungkin menjelma "

- Rasul dan para nabi nabi telah lama meninggalkan kita dan kita kini tinggal tanpa pilihan, jika kita masih mahu mengikuti jejak jejak perjalanan yang lurus seperti mereka yang telah dijanjikan kejayaan dia Rasul kita telah meninggal Al Quran dan Hadith serta sirah perjalanan hidupnya buat kita jadikan panduan.
- Kini terpulanglah kepada kita untuk menyangupinya atau membiarkan diri hidup dengan pegangan yang tak kukuh atau hidup dibuai impian yang terawang awang atau menjadi sekadar buih buih dilautan mengharap sesuatu yang tidak mungkin hadir dan menjelma tanpa diusahakan.

" Lagutu nak lagu mana lagi
Biar bagaimana pun kau cuba menghindari
Aku berikan padamu kembang penawar luka
Tiada lagi hari sedih mu "

- Inilah hakikat, kita nak yang macamana lagi. Biarpun kita cuba menghindari hukum karma ini hakikat kita tetap disini dan inilah Ketentuan SiRaja Pencipta yang bergelar Ya Robbila'lamin.
- Ini aku bawakan satu amalan untuk merawat luka ketika kamu didalam berperang dengan akal mu, Amalan Muhasabah Syahadah supaya membetulkan dasar dari niat hati kamu sebagai titian kehendakmu yang selama ini tidak punya batas batasnya lalu beberapa kali tanpa kamu sedari kamu telah melanggar sempadan Rukunnya.
- Teguklah Amalan ini sekurang kurangnya setiap kali kamu bangun dari tidur dan sekali sebelum kamu tidur ditakuti kita tidak dapat berjaga lagi meninggalkan dunia ini.
- Dan sering seringlah amalkan diwaktu ada keluangan supaya nafas kita itu tidak berlalu keluar dan masuk didalam kekosongan.

" Raja raja dulu telah fana dimalan zaman
Kini tinggal kau tanpa pilihan
Kecuali mahu membiarkan hidup diawang awangan
Mengharaplkan yang tak mungkin menjelma "

- Berkali cuba diingat ingatkan,
Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w,
" Aku mengkagumi dan mencemburui amalan umat umat ku diakhir zaman yang mana mereka tidak pun pernah bersama ku semasa hidupnya dan tidak pun mengenal aku tetapi mereka tetap percaya kepada aku dan berpegang dengan akhidah dan iman sepertiku "
- Mendegarkan itu maka ramai para sahabat yang mendoakan supaya dihidupkan dizaman ini namun Allah tidak memakbulkan. Hatta para nabi nabi dari Adam hinggalah Isa juga mendoakan hajat yang sama, tiada satupun yang dimakmulkan Allah kecuali doa Nabi Allah Isa.
- Buatlah sebagai satu rahmat dan petunjuk bertapa kasih Allah terhadap kita kerana kita tidak pernah pun minta dan mendoakan seperti apa yang mereka dari kalangan nabi nabi dan sahabat hajatkan tetapi kita pula yang terpilih, cubalah syukuri dan insafi.

" Sanggupkah kau melepaskan CINTA
Dan menanti diang Nya untuk selama lamanya
Aku berikan pada mu kuntum pernawar luka
Tiada yang lebih dari itu "

- Jadi sangupkah kamu melepaskan cinta yang hakiki kerana cinta diri yang tak bertahan lama, dusta serta penuh dengan kepalsuam belaka. Sangupkah kamu mempertahankan cinta kenafsuan dan menhadapi diang seksaan.
- Dan ini aku bawakan satu amalan untuk merawat luka ketika kamu didalam berperang dengan nafsumu, Amalan Muhasabah Diri supaya dapat menjinakkan nafsu yang sering mengubah dasar dari niat hati kamu sebagai titian kehendakmu yang selama ini tidak punya batas batasnya lalu beberapa kali tanpa kamu sedari kamu telah melanggar sempadan Rukunnya.
- Teguklah Amalan ini sekurang kurangnya setiap kali sekali sebelum kamu tidur ditakuti kita tidak dapat berjaga lagi meninggalkan dunia ini.
- Dan sering seringlah cerminkan diri diwaktu ada keluangan supaya dapat berhirah dari amalan mukar kapada amalan yang lebih makruf dari hidup didalam kekosongan.

" Lagutu nak lagu mana lagi
Biar bagaimana pun kau cuba menghindari
Aku berikan padamu kembang penawar luka
Tiada hari seindah ini "

- - Inilah hakikat, kita nak yang macamana lagi. Biarpun kita cuba menghindari hukum karma ini hakikat kita tetap disini dan inilah Ketentuan SiRaja Pencinta yang bergelar Ya Ilahi.
- Ini aku bawakan satu amalan untuk merawat luka ketika kamu didalam berperang dengan masyarakat disekelilingmu, Amalan zikir Munajat Siti Fatimah Azzaharah yang diajarkan oleh Baginda Rasul kepada anaknya Fatimah lalu disampaikannya kepada suaminya Saidina Ali yang bergelar Gedung segala Ilmu supaya dapat mempertahankan ujian ujian musuh dalam segala macam keadaan trutamanya dasar dari niat hati sebagai titian kehendak yang selama ini tidak punya batas batasnya lalu beberapa kali tanpa disedari kamu telah melanggar sempadan Rukun Nya.
- Teguklah Amalan ini sekurang kurangnya setiap minggu sekali dan jika dapat amalkan dalam berjemaah bermakna hasrat dari nukilan ini perlu dikongsikan supaya menjadi satu jemaah yang pada mulanya beziir kerana Allah dan akhirnya berjemaah berjihat kerana Allah jua.
- Dan sering seringlah amalkan diwaktu ada keluangan supaya bibir kita basah dengan zikrullah memuji muji Nya dan tidaklah kita berkata kata didalam kekosongan.
- Sepanjang hidup aku tiada hari yang seindah ini bila aku dapat meluahkan isi hati aku dan apa yang terpendam selama ini dan dapat aku kongsikan sebagai amanah ku.
- Telah menjadi adap dan dat dunia bahawa yang pipis tidak akan melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek pakan lagi Iman, Akidah dan Cinta Allah dan jauh sekali dapat diwarisi.
- Kepada Isteriku Khairommin Alfishah Harun dan anak anak Eid Qidleen. Qiyo Soull Scherdean dan Hyufa Scherdean serta saudara dan saudari yang aku kasihi dan sayangi, kalaulah Allah yang aku cintai itu menyuruh aku melukut, aku tidak segan silu melukut supaya kalian mempercayai ku. Tetapi perbuatan itu bukanlah Hukum Karma Nya keatas aku maka aku hanya akan berdiri di.batasan sempadan yang diizinkan untukku serta aku tidak boleh melewati dari garisan itu yakni jujur, amanah, fatonah dan tablgh dan menjalankan amanahnya dengan rukun, hukum, beradap dan tertib Kekasih Nya Rasulullah s.a.w

Jangan bersalah sangka dengan aku, aku sekadar berpesan pesan menyampaikan sebagai satu peringatan dan sebagai tanda kasihnya aku kepada kalian saudara saudaraku muslimin dan muslimat. Sejarah keagongan kita telah lama berlalu dan dimakan zaman dan keindahannya dihati kita telah pun hilang. Janganlah memanggakkan soal diri dan keturunan bahkan mereka mereka semua telah ditelan zaman.
Hakikatnya yang berdiri disini yang tinggal hanyalah kita samada hendak membiarkan kekosongan ini sebagai warisan atau sebaliknya. Kita tidak akan kemana dengan berangan angan saja dan kita tidak akan kemana mana jika ilmu tinggi melangit sekiranya didalam dada kita penuh syak dan wasangka, tamak dan haloba. Hidup ini adalah untuk belajar dari sejarah yang lalu buat satu pengalaman dan bukan untuk membuat sebarang rungusan. Apa yang kita dapat dengan pepecahan? dan apa pula yang bakal kita dapat dengan kesatuan?
Letakkanlah tahta yang berada didalam hatimu dan serahkan hatimu kepada Tuhan yang satu, sekiranya kita memperlakukan yang begitu maka kita akan dapat melihat wahai saudara saudaraku natijah kerana mengagongkan Tuhan satu. Kita tak punya pilihan dan inilah hukum dan hakikat kejayaan dan inilaah ketetapan Tuhan. Perpatah Melayu dulu, " Bersatu teguh, bercerai roboh ".

Sekarang telah nyata tujuan kita dihidupkan, marilah sama sama kita mengaturkan langkah kembali kejalan yang benar sebenar benar jalan kejayaan dunia dan akhirat.
Pertama,
Dari pengajaran syahadah lillahi taala. Tiada alasan niat atas yang lain melainkan kerana Allah dengan membersihkan hati dan hidupkan ruh didalam diri dengan muhasabah sekali setiap hari.
Kedua,
Dari pengajaran syahadah Muhammad rasullullah.
Didik diri menguasai sifat sifat nabi seperti jujur, amanah, bijaksana dan hemah sesungguhnya itulah iklas. Sebijak bijak muslim itu adalah orang yang mengunakan sebaik baik akal dan fikir mengatur masa untuk Allah, riadah untuk keluarga dan masyarakat serta masa untuk diri.
Ketiga,
Dari pengajaran takbir dan solat lima waktu sehari semalam.
Berpesan pesan dengan hemah, mendidik diri dengan sabar sesama kita kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Keempat,
Dari pengajaran puasa
Bangkit berjihat bukan berfisabillillah, dengan bijaksana seperti api didalam sekam, merancang dan membuat sebanyak banyak amal bakti yakni amal soleh kepada diri, untuk keluarga, untuk kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang sedang hidup dan kepada yang telah mati serta kepada yang bakal lahir dengan mengambil balik apa saja keistimewaan yang telah tergadai.
Kita bukan mengaturkan perang hiruk pikuk tetapi mengaturkan perang jihat melawan hawa dan nafsu diri kita sendiri terlebih dahulu ( meningalkan dadah,arak, judi dan zinah serta riba’ dan rasuah ) dan menyekat kebebasan tidak tanduk kaum musyrik dan sekutunya.
Kelima,
Dari pengajaran haji
Bina banyak jemaah dari segenap perusuk yang beramal dengan muhasabah dari segenap sudut kemahiran masing masing satukan tumpuan, wajib bermuafakat dalam senyap dan hati hati seperti wajibnya kita bermalam diMina dan diMuzalifah mengambil ikhtibar rasul.
Melontar jamratul bukan dengan perasaan yakni kalau hendak menghalau kaum musrik dan kaum kufur bukan dengan perasaan sebaliknya dengan akal, baling batu simpan tangan.
Berlari anak anak bermaksud hati hati bukannya gelojoh menakhluk puncak ilmu, teknologi dan ekonomi mencari rahmat Allah kemudian tinggalkan buat bekalan untuk zuriat yang akan datang.
Sekiranya apa yang dilakukan itu kerana Allah maka terpancutlah ( zam zam ) pertolongan Allah berpanjangan.
Bertawaf yakni merapatkan sirotulrohim tanpa memberi ruang untuk musuh masuk mencelah.
Keenam,
Dari pengajaran
Mencium batu hajarul aswat adalah dengan iktikat bahawa batu tetap batu. Tidak mulia sesuatu atau sesaorang mahupun guru atau pemimpin atau suami atau isteri atau sahabat atau anak anakwalaupun batu melainkan dengan kehendak Allah dan Allah tidak menyuruh kita menyembah batu ( mereka mereka ) atau berlebih lebih dengan batu itu ( mereka mereka ) sehingga menjilatnya. Ingat, tidaklah ingin kita mencium batu kalau tidak hanya semata mata kerana Allah.
Barang sesiapa yang mencium batu itu atau apa saja bukan kerana Allah atau berlaku salah adap terhadap Allah disebabkan batu itu ( mereka mereka ) maka sesatlah dia dan amalnya didalam membangkitan Islam didalam hatinya.



Bab:16. Tiada Syurga bagi yang tak insaf.




Sabda Rasullullah, “ Tiga amalan yang tidak tertutup ( masih memberi faedah ) walaupun sesudah mati yaitu anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat dan harta yang dimanafaatkan untuk jalan kebaikkan.”
Bermaksud bahawa jika sesaorang mati maninggalkan salah satu atau dua atau ketiga tiga amalan diatas maka Allah menjanjikan pahala kepadanya yaitu selagi anaknya yang solih itu masih hidup, pada tiap tiap amal dan ibadat yang dilakukannya ada ganjaran diperolehi oleh kedua ibu dan bapanya.

Anak yang soleh
Istilah “ anak yang soleh ” didalam hadith ini ( adalah luas dan Allah itu bersifat maha adil ) bukan sahaja tertumpu pada anak kandung malah kepada anak tiri, anak angkat, anak saudara dan juga anak murid serta anak anak yang pernah diajar tentang iman dan amal dan ilmu itu diamalkan maka beruntunglah bagi mereka yang mengajar atau menyumbang ilmu itu. Jika ilmu yang diajar itu berpanjangan keanak cucu mereka maka berpanjanganlah faedah pahala itu hingga ilmu itu luput dari diamalkan.

Ilmu yang bermanafaat
Sesaorang tidak dikatakan soleh tanpa ilmu, maka dengan itulah Allah s.w.t dan nabi nabinya memberatkan supaya hamba hambanya mempelajari dan memahami tiap tiap ilmu supaya dapat diamalkan tanpa ragu ragu dan supaya dapat diajarkan kepada generasi pelapis agar dapat ilmu itu memberi manafaat semasa hidup dan matinya.
Jika ilmu yang diajar itu berpanjangan keanak cucu mereka maka berpanjanganlah faedah pahala itu hingga ilmu itu luput dari diamalkan.

Harta yang dimanafaatkan
Adapun harta harta simati adalah urusan waris warisnya dan tidak harta harta peninggalan itu bermanafaat tanpa ilmu dan tidak tidak juga ilmu itu bermanafaat tanpa amal soleh yaitu jujur, amanah, bijaksana dan berpesan pesan dengan sabar. Dan tidaklah harta itu memberi manafaat ( pahala ) kepada simati jika pembahagian harta itu tidak mengikuti hukum Islam. Lebih menyedihkan jika harta peninggalan itu menjadikan perbalahan, maka seksalah batin simati itu. Jika harta yang ditinggalkan itu berpanjangan keanak cucu mereka maka berpanjanganlah faedah pahala itu hingga ilmu itu luput dari diamalkan.

Bagi mendekatkan lagi erti dan kefahaman “ Memelihara iman ”, Allah s.w.t berfirman,
Ali imran ayat 102.
1. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Bermakna,
Allah mahu kepada hamba hambanya yang beriman kepadaNya supaya akur dengan hukum Allah ( ketetapan ) dengan sebenar benar menuruti perintah, yakni pilihlah menuruti perintah supaya mati didalam Islam.
Ali imran ayat 103.
2. i. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
Allah (ugama Islam),
maknanya,
Setiap yang mengaku beriman dengan Allah hendaklah
berpegang teguh dengan syariat ugama islam.
ii. dan janganlah kamu bercerai-berai;
maknanya,
Dan dengan itu Allah berkehendak hamba hambaNya bersatu ( berjemaah ) kerana agamanya islam dan kerana Allah, dan bukan kerana atau sebab yang lain.
iii. dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.
maknanya,
Ingatlah bahawa inilah amalan yang dapat membawa kejalan kejayaan yang sebenar seperti mana yang dapat dinikmati para awalin setelah datangnya islam sebagai bukti.
iv. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
maknanya,
Hendaklah bersyukur dan menjaga hukum Allah sekiranya kita benar benar beriman dan takut pada azab Allah.

Ali imran ayat 104.
3. i. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
Makna kebajikan adalah sumbangan yang manafaat antaranya umpama berlajar,
Ilmu kedoktoran untuk merawat kesakitan,
Ilmu perguruan untuk mengajar,
Ilmu sains untuk meningkatkan teknologi,
Ilmu pengurusan untuk meningkatkan pengurusan,
Ilmu undang undang untuk meningkatkan keadilan,
Ilmu perniagaan untuk meningkatkan ekonomi,
Ilmu pensyarikatan untuk memberi peluang pekerjaan,
Ilmu pengilangan barangan untuk kegunaan,
Ilmu peruncitan untuk masyarakat,
Ilmu pertanian dan perikanan untuk hasil peruncitan,
Ilmu iman dan amal untuk keamanan.
ii. dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Makna menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang peniaga, petani atau nelayan, memadailah harganya pada kadar berpatutan.
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang pengarah hendaklah kita berlaku adil dan memberi upah gaji pada kadar yang berpatutan.
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang guru hendaklah kita mempunyai tekat seorang guru.
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang yang berkerja dengan undang undang maka hendaklah kita memertabatkan undang undang.
Seandainya kita memberi sumbangan sebagai seorang pemerintah atau pemimpin hendaklah kita adil pada diri dan rakyat.
Makna melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Tidak kira apa kedudukannya tetapi hendaklah dengan jujur, amanah, bijaksana dan berpesan dengan kebenaran Islam ditangani segala yang salah (buruk dan keji) dalam islam.
Sabda rasullullah, “ Sesungguhnya sesaorang yang beriman itu apabila dia melihat kemungkaran, jika dia berkuasa dengan pangkatnya maka dia menegah dengan kuasanya, jika dia berkuasa dengan tangannya maka dia akan melarang dengan tangannya dan sekiranya dia tidak mampu berbuat demikian maka dia membenci kemungkaran itu dengan hatinya. Namun itu adalah selemah lemah iman.
iii. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Maka begitulah petunjuk Allah. Dan selain dari itu hendaklah umat islam itu berwaspada.

Dan selain dari itu hendaklah umat islam itu berwaspada. Hendaklah kita bermusuh dengan musuh Allah secara terang terangan tetapi dengan bijaksana. Dan tindak tanduk mereka wajiblah dipantau.
Al Baqoroh ayat 221.
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
Ali Imran 28.
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Ali Imran ayat 100.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Ali Imran ayat 118 hingga 120.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
Ali Imran ayat 149 dan 150.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.
(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.

Kesimpulannya,
Kita tidak mungkin dapat meningalkan seorang anak yang soleh, ilmu dan harta untuk dimanafaatkan berpanjangan jika kita tidak bersatu seperti mana yang dikehandakki Allah. Bersatu dalam semua bidang kerana sirotulrahim ( menjaga saudara saudara islam ) dengan hukum Allah kerana Allah. Jika tidak dilaksanakan maka tinggallah amalan sekadar amalan dan ibadah sekadar ibadat umpama orang yang menepuk sebelah tangan dengan Tuhannya dan tidaklah layak dia berada dipersada hati ( Syurga ) Allah.
Dan tinggallah iman itu sebagai iman perasan dalam perasaan saja serta syurga itu sebagai angan angan belaka.



Bab 17 Langkah Demi Langkah Selamat tinggal akidah yang batil



Selamat Tinggal Penderitaan Akidah Yang Batil.

" Langkah demi langkah telah ku terusuri
Masa demi masa aku lalui
Begitu banyak segala hinaan
Yang ku alami "

Puisi berilmu Akidah
Puisi Coretan buat kekasihku ADAM
Kiriman Junaidah June Indah

Puisi Coretan buat kekasihku ADAM..Adam
Kau pinta kehadiranku bagi mengisi kesunyianmu
Kau pinta kehadiranku sebagai teman senyawamu
Terciptanya aku dari tulang rusukmu yg bengkok
Maka ALLAH menyeru "kun faya kun"
Lahirlah aku manusia lemah yg bergelar hawa

Adam
Hidupku senantiasa diburu iblis dan syaitan laknat
Perjalananku begitu banyak onar dan nafsu yg bergelimpagan
Aku manusia yang mudah tunduk pada kehendak
Aku manusia yang mudah tunduk pada kemahuan
Bimbinglah aku Adam
Jangan tinggalkan aku keseorangan
Aku gentar ke neraka jahanam
Adam
Aku perlu kasih sayangmu
Aku tagih perhatianmu
Aku rindukan belaianmu
Jangan tinggalkan aku terkapai-kapai memburu waktu
Aku tidak gentar berapa ramai isterimu

Cuma...
Aku gusar akan tingkahmu
Aku gusar akan tipisnya imanmu
Aku gusar akan hilangnya jasa baktimu

Adam
Aku sedar sejak dari dahulu
Engkaulah penghuluku
Engkaulah pembimbingku
Dikala aku perlukan ajaranmu
Pimpin tanganku jangan biar aku terburu-buru
Racun dunia semakin hampir memusnahkan aku

Pintaku Adam
Jangan tinggalkan aku sendiri
Jangan biarkan aku leka pada duniawi
Ajaklah aku mengiringimu ke syurga nanti

Adam
Aku semakin jauh kini
Aku semakin sesak dgn dambaan nafsu hakiki
Semakin ramai kaumku mula menderhakaimu
Aku mula tidak endah akan auratku
Aku mula tidak endah akan imanku
Aku mula tidak endah akan baktiku padamu
Asalnya tempatku hanya dirumahmu
Tapi kini kaumku berkeliaran disetiap genap dunia
Leka dgn permainan dosa dan maksiat

Gapai tanganku Adam
Selamatkan aku dari kesesatan

Adam
ALLAH menyatakan dalam Al Quran bahawasanya
Engkaulah penghuluku
Engkaulah pemimpinku

Tapi
Mengapakah engkau semakin lalai akan tanggungjawabmu?
Kau biarkan aku hanyut dibuai mimpi-mimpi sementara
Kau biarkan aku terkapai-kapai mencari kebenaran
Begitu kejam engkau aniaya aku kerana terlalu menurut
nafsu serakahmu
Aku diseksa, ditinggalkan, dianiaya
Dimana janji-janjimu dahulu?
Ketika engkau meminta akan kehadiranku
Masih ingatkah lagi akan sumpahmu itu?

Adam
Marahkah engkau padaku atas ketelanjuran ku ini
Marahkah engkau jika aku katakan
Engkaulah penyebabnya
Engkaulah pencetusnya
Kehadiran kaumku dineraka jahanam tidak bisa di bendung lagi
Adam
Kau sebenarnya imamku dan aku makmummu
Aku adalah pengikut setiamu
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau sesat, maka sesatlah aku
Kau punya kelebihan akal berbanding aku
Dari itu Adam
Ayuh bangkit dari lamunanmu itu
Pimpin aku kejalan syurgamu

Adam
Jika kau masih lalai diulik mimpi yang panjang
Maka hancurlah dunia ini
Maka musnahlah setiap generasimu yang lahir kemuka bumi ini
Tidakkah engkau gentar jika kaumku mula memerintah
Apa akan jadi dgn dunia ini
Adakah kewujudanmu Adam hanya sebagai seri
Malulah engkau Adam
Jika ini terjadi
Malulah Adam pada Tuhanmu
Allah pasti melaknatmu...

Maklum balas dari
Salleh Mat Salleh.
Puisi Coretan buat kekasihku Hawa,

Berhenti
Jangan engkau menyumpah seranah ku
Maafkan aku
Aku sedar telah jauh tersimpangnya maksud ku
Telah jauh sesatnya aku dalam tujuan ku
Telah jauh tersasar niatku
Memohon engkau yang pada asalnya
Hanya menjadi teman hidup ku

Kehadrat Allah
Pinta ku dimakhbulkan
Ketahuilah kasih ku Hawa
Aku pasrah biarpun sebahagian rusuk ku
Ku korbankan untuk mengujutkan mu
Asalkan aku berteman
Punyai kawan
Untuk bermain berkejar kejaran
Seperti anak keanakan yang tidak tahu erti susah
DiSyurga Allah yang maha indah

Hati ku jadi gundah gulana
Bila jibril membawa berita
Bahawa engkau telah tercampak kedunia
Kerana melanggar larangan hidup disyurga
Telah berkali aku ingatkan
“ Supaya jangan hampiri taman larangan
Takut kalau kalau engkau terjumpa pokok tipu daya
Telah berkali aku ingatkan
Jangan dicari pokok tipu daya
Nescaya engkau akan ternoda dengan keindahan tarikkan buahnya ”
Begitu banyak yang indah
Yang ada disyurga Allah
Buah yang tunggal itu juga yang kau pinta
Buah yang tunggal itu juga yang kau idam idamkan
Lalu buah itu engkau santap lahap
Bersaorangan tanopa aku

Kerna engkau tahu jika aku ada sisi mu ketika itu
Nescaya akulah yang bakal melarang mu
Lalu jibril pun berkata kepada aku
Aku telah melarang teman mu itu Adam
Janganlah engkau bersalah faham dengan aku
Dari memakan buah itu

Namun apa katanya kepada aku
“ Biarkan aku memakan buah ini jibril
Biar aku tercampak keperut bumi sekali pun
Aku sekadar ingin melihat dan menduga
Sejauh manakah Adam memerlukan aku
Biarlah dia menjawab persoalanku
Atas apa yang dipilihnya
Sama ada Syurga atau pun aku
dan itu lagi sebahagian 1/10 buah
untuk tuan dia tinggalkan
sekiranya tuan ingin turut bersamanya didunia.”

Wahai Hawa
Betul juga kata siJibril
Mana ada Syaitan dan Iblis
Yang lepas masuk kesyurga
Menjadi pembisik yang menghasut
Melainkan dari kehendak fitrah
Sifat napsu
Napsu diri mu sendiri.

Wahai kekasih ku Hawa
Aku jenggok engkau dari jendela syurga
Dalam keadaan engkau yang masih penat
Dari perjalanan yang begitu jauh
Memandang wajah mu yang sedang tertidur

Berkata hati ku
Sesungguhnya engkau telah silap kekasih ku
Engkau tidak tahu apa yang engkau minta
Engkau tidak tahu apa yang sedang engkau usahakan
Engkau hanya menempah bencana
Engkau sengaja mencari susah
Tapi kini apalah daya aku
Kerana engkau adalah teman dan kekasih ku
Kerana engkau sebahagian dari diri ku

Terpaksa aku telan
Terpaksa aku telan
Terpaksa aku telan
Demi setia kawan.......

Berkata iblis kepada ku
Menyambut kedatangan aku kemuka bumi ini
Bodohnya Adam
Bodohnya Adam
Bodohnya Adam
Kerana seorang teman
Kerana seorang kawan
Kerana seorang perempuan
Engkau melanggar perintah Tuhan.
Buat apa aku sujud kepada kamu
Sedangkan kamu bodoh dari lembu

Katanya lagi
Kamu tahu apa kata hawa
Bila aku tanya tentang kesalahannya
“ Aku tidak mahu syurga itu
Percuma sebagai pemberian Allah
Terhadap aku disebabkan Adam,
Apalah nilainya syurganya itu
Hanya berada dibawah telapak kaki aku “

Ingat Adam kata iblis lagi
“ Aku akan membuat engkau dihina
Menyembah sujud kepada kaum hawa
Menyembah sujud kepada kemahuannya
Seperti mana aku terhina
Bilamana aku engan sujud kepada mu
Hitamlah muka mu
Hitamlah hati mu
Lalu sesatlah kamu “

Berkata iblis lagi
Kali ini dengan senyum sinis
" Aku akan mengaburkan erti
kefahaman sebenar
Antara bilangan satu dengan esa
Antara rasa hormat dan taksub
Biar Hawa menyembah Adam
Atau Adam yang menyembah Hawa
setidak tidaknya
Pengikut mu menyembah mu
Atau kalifah yang menyembah pengikutnya
atau sekurang kurangnya
Mereka menyembah diri mereka masing masing "

Lalu iblis beredar dengan hilai tawanya......
Sambil berkata
Kalian mengilai perhatian
gKalian pasrahkan perhatian
Kalian mabukkan perhatian
Aku akan sesatkan kalian
Dengan menjiwai perhatian

Hawa
Kini kita telah berada lama didunia
Engkau bukan sahaja telah merubah niat ku
Malah engkau juga telah merubah sifat ku
Sekiranya aku telah terlanjur
Mengasari mu
Menghina mu
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Terima Kasih kekasihku Hawa
Engkau telah menyedarkan ku
Sambutlah tangan ku
Dengarlah nasihatku
Biarlah aku jujur tehadap mu
Aku bukan milik mu
Engkau juga bukan milik ku
Hatta pangkat dan dunia
Waima anak dan syurga itu
Juga bukan milik aku

Ikutlah aku kepangkal jalan
Kasihlah pada ku sekadar kerana amanah
Nikahi aku sekadar kerana amanah
Sayangi madu madu mu kerana amanah
Cintailah kepada anak anak kerana amanah
Didiklah anak anak kerana amanah
Kejarlah harta hanya kerana amanah
Bahagikanlah harta itu mengikut amanah
Bersabarlah kerana amanah
Bersusah payah dengan amanah

Sudahlah…. dan jangan lagi
Timbulkan berbagai karenah
Disitulah tersembunyinya akidah yang sejati
Berpesan pesanlah pada diri
Memperbaikki Iman dan amal bakti
Walau pun perit
Wajib dilalui

Sandarkan pasrah kepada kekasih yang hakiki
Curahkan dengan penuh sabar dan teliti
Carilah jalan kebijaksanaan
Sebagai seorang yang mempercayai
Sebagai seorang yang telah berikrar
Syahadah adanya Tuhan
Jangan sampai kesilapan
Berulang berkali lagi

Peganglah pesan ku erat
Peluklah nasihat ku rapat
Seandainya engkau iklas
Aku takkan kemana
Hanya menanti saat kembali
Aku malu pulang sendiri
Dengan kantong kosong
Atau tanpa tanpa tangan berisi
Aku tak mahu dilaknati
Aku juga tak mahu dilabelkan
Sebagai pengkianat Allah
Mengakui apa yang bukan hak ku
Atau meletakkan hak Allah
Kepada yang lain 
Melainkan hanya Allah
Diakhirat nanti.
















Lillahi Ta'ala
Telah jatuh kasihku
Kerana kasihan
Kerana ada cintaku
Kepada Tuhanku yang satu

Tapi apakan daya aku
Engkau tidak akan mampu menerima seadanya
Dirimu,
Kerana kamu seorang wanita

Dan Engkau tidak akan dapat menerima seadanya
Diriku, fitrahku,
Kerana aku seorang lelaki
Inilah tingkah laku kita
Lelaki maupun wanita
Kita tak tahu apa yang kita cari
Apa yang kita minta
Apa yang kita mahu
Maka sesatlah diri
Didalam pencarian
Mencari kemahuhan diri sendir
Inginku sandarkan harapan
Bahagia hidup bersama
Tapiku bimbang
Cinta dihatimu
Adakah sekuat cintaku
Menyintai Allah yang satu

Ingat
Hidup tak selalunya indah
Ada kala suka dan duka
Hidup tak selalu bahagia
Ada kala sedih dan rindu

Biar apa pun terjadi
Rela ku menghadapi
Kerana kau kekasihku
Selagi engkau menyintai
Apa yang aku cintai








Bertanya guruku
" Siapa yang engkau cinta?"
Lalu aku menjawab
" Allah cintaku "

Soal guruku lagi,
" Bagaimana kamu dapat rasakan cinta kamu itu berbalas?"
Lantas aku menjawab,
" Aku kasihkan kekasihNya Rasullullah "

Soalnya lagi,
" Tandanya?"
Jawabku,
" Menyayangi apa yang disayanginya "

Soalnya,
" Siapa?"
Aku menjawab,
" Umatnya "

Disoalnya lagi,
" Bagaimana?"
Lalu aku menjawab,
" Aku mendoakan untuk mereka taufik dan hidayah tatkala aku berdoa untukku
Aku menghadiahkan bacaan ayat suci Al Quran tatkala sedang aku sibuk menghimpunkan pahala untuk bekalanku
Dan aku ampunkan mereka tatkala aku sedang sibuk bertaubat terhadap Allah dengan harapan biar kita semua dirahmati Tuhan."

Guruku itu tersenyum sambil berkata,
Alhamdulillah...........
Sembunyikan rahsia cintamu itu kecuali untuk pengajaran bagi mereka mereka yang ingin dicintai Allah, supaya kamu tidak bermegah atau mengungkit. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima dan sebaik baik sedekah itu apabila tangan kanan memberi, tangan kiripn tak tahu.