Saturday, 10 September 2011

Bab 29: Kesufian


Rahsia cahaya didalam cahaya.

Allah pencipta Alam dari tiada sesuatu walau pun habuk atau warna. Allah itu bisa mengujutkan segalanya dengan berkata " Jadi " maka jadilah sebagaimana yang dikehendakkinya. Namun kerana Allah itu bersifat tertib bagi hambanya yang berfikir lalu dijadikan Alam dan kehidupan ini mengikut peraturan Nya.
Dibaca Nya permulaan dengan Aaa lif bismillah hirohman nirohaim ( atas nama, sifat, perbuatan dan zat Nya Sendiri ) baru dimulakan Al quran kemudian Injul, selepas itu Taurat dan yang terkemudianya ialah Zabur. Inilah yang dikatakan satu ketetapan perngcangan Allah yang tidak boleh diubah mengikut pada hukum adatnya kerana Dia Allah itu yang lebih mengetahui atas segalanya kerana Dia lah Sipencipta bukan yang lain melainkan Dia jua.

Kejadian Nur Allah.
Lalu kalam kalamnya itu membentuk gelombang kemudian dihukumkan pada gelombang itu terhimpun menjadi satu maka terbentuklah himpunan hukum Nya itu menjadi seindah indah cahaya putih gemilang kilauan bak pelangi yang dipangil dengan nama Nur Allah. Ruang Alam menjadi terang benderang dengan lapisan cahaya.

Kejadian Nur Muhammad dan Roh ( simcard atau penghubung ).
Lalu dipisahkan Allah hati cahaya itu dari tubuhnya maka ujudlah satu lagi cahaya yang dipanggil Nur Muhammad yang gilang gemilang cahayanya berwarna hijau lalu menyuluh ruang dipersekitaranya dengan warna biru dan dipecahkan Nur Allah itu pula menjadi butir butir cahaya yang dipanggil Roh dan bagai sepertimana dari asal jadinya maka kenallah dia roh itu akan Tuhannya. Lalu diberi sifat bentuk dan wajah oleh Allah sebagai sifat kesempurnaannya yakni sesempurna kejadian yang dijadikan Allah.

Pengakuan Roh
Diperintahkan semua roh dialam aruah menghadap Allah s.w.t lalau ditanya oleh Allah kepada mereka, " Adakah lamu kenal akan Aku?"
Maka menjawab sekalian Roh kepada Allah, " Bahkan Kamulah Tuhan kami "
Lalu berkata Allah kepada sekelian Roh Roh itu, " Sesungguhnya kamulah sesempurna kejadian "  

Kejadian Air.
Kemudian diperintahkan Allah roh roh itu kedalam tubuh Nur Muhammad maka hiduplah Nur Muhammad itu dengan sifat sifat perantaraan roh yang diberi pinjam oleh Allah itu lalu bersifatlah dan berwajahlah Nur Muhammad itu. 
Beribu tahun dalam keasikkan memperlihatkan keindahan dirinya, maka timbul persoalan dari fikirnya dengan menundukkan wajahnya lalu bertanya Allah kepadanya " wahai Nur Muhammad, siapakah Tuhan mu ?" maka diangkat pandangannya. Dengan rasa terperanjat lalu dia terus sujut menangis dihadapan Allah hingga badannya dibasahi dengan peluh. Maka bersifat sujutlah air itu.

Kejadian Malaikat.
Air matanya yang gugur jatuh keatas roh roh menjadi jibril, dan yang jatuh keatas jibril menjadi bidadari, peluh peluh yang terbit dari ubun ubun kepala ketengkoknya besatu dengan roh roh menjadi israel, yang dimuka menjadi mikail, ditelinga menjadi nungkar dan nangkir, dibahu menjadi kiraman dan katibin, didada menjadi riduan, dibelakang menjadi malek, dibahagian pinggang kekaki menjadi rakib dan atib. Dan yang selebihnya menjadi para para malaikat yang tak terbilang banyak dan tak diberi tahu pun antara nama sebahagian dari mereka. Diperintah pada kesemua para malaikat dan bidadari masing masing dengan tugas dan pangkatnya lalu mereka bersedia akur dan taat sujud seperti sifat air.

Kejadian segala Benih serangga dan haiwan.
Dan kemudiannya keluar lendir melalui hidungnya dari dalam kepalanya yakni hingus menjadi jutaan butiran otak menjadi janin janin benih berbagai jenis hama, ulat, serangga dan haiwan merata yang lainnya yakni sekalian mahlukNya.

Kejadian Tanah.
Diperintah Allah kepada “ Nur Muhammad ”, “ bangunlah dari sujutmu “ maka dia pun duduk berselimpuh tunduk berhadap Allah s.w.t selama beratus tahun juga sambil teresak esak sehingga kering seluruh peluh yang dibadannya menjadi daki dan gugur menjadi tanah.

Kejadian segala benih tumbuhan.
Dan peluh yang terperangkap didalam daki yang masih lembab menjadi butir butiran berbagai jenis benih tumbuhan dari sekecil kecil kulat, sayuran, pokok buahan dan segala jenis pokok pokok.

Kejadian Angin dan kuman.
Setelah sekian ratusan tahun pula maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya bangun berdiri tunduk berhadap Nya, seperti rukuk. Maka keluarlah segala jenis angin dari seisi badan dan rongga perutnya lalu dimuntahkannya segala liur dari dalam badannya kering menjadi berbagai jenis butiran telur yang terisi berbagai jenis janin kuman.

Kejadian Api.
Akhirnya “ Nur Muhammad ” diperintah Allah s.w.t berdiri tegak umpama kiam sewaktu menunaikan solat, maka keluarlah lendir cahaya merah terbit dari sekujur tubuhnya, bercahaya tetapi sinar cahayanya hanya cukup meneranggi sifat dirinya sahaja mengalir keluar seperti sifat larva gunung berapi dari tiap liang rongga pada setiap lubang deria dan kemaluannya hadapan dan belakangnya. Terhimpun segala keluar habis dari tubuh badannya maka menyalah api yang amat panas merah kehitaman yang ghairah membakar.

Sifat Api.
Haba dari api yang panas itu menyebabkan segala angin yang ada disekeliling mula sedikit demi sedikit menjadi berbolak balik melangar segala yang ada disitu, kemudian melangar sesama sendiri menjadi ribut. Diwaktu yang sama tanah menjadi pasir yang kering, yang ringan berterbangan dan yang berat akibat terhipit menjadi batu batuan, air jadi mendidih hingga sebahagiannya ada yang menjadi wap. Akibat dari itu ribut telah menjadi taufan, keadaan yang sunyi sepi pada permulaannya tadi sudah menjadi riuh rendah. Segala galanya berlangaran sesama sendiri menakibatkan lahirnya kilat dan petir sambung menyambung. Air, tanah, angin dan api bagai dikisar menjadi berbagai gas. Sebahagiannya melangar tubuh “ Nur Muhammad ” dan lahirlah besi. Segalanya diperhatikan oleh “ Nur Muhammad ” yang tegak terpaku dalam kiamnya itu tanpa sedikit pun mudarat pada dirinya.

Kejadian Neraka
Lalu diprintah akan Allah s.w.t keatas “ Nur Muhammad ” supaya mencelupkan tangannya kedalam lahar api tadi dan mencabut keluar hati api itu dengan tangan kirinya, kemudiannya disuruh melontarkannya sejauh jauhnya. Hati api itu pun melayang dicampak hingga terhenti pada satu titik maka “ kun ” yakni jadi kata Allah, terbentanglah hati api itu dan ditengahnya berlobang yang amat luas tujuh pintu didalamnya dan tujuh tingkat lagi dalam setiap satunya, menjadi Neraka Jahanam. Lantas Allah s.w.t. memerintah malaikat bernama Malik dan diamanahkan dibawah jagaannya untuk mengawasi neraka itu.

Kejadian Napsu, tubuh azazil, syaitan, jembalang dan jin.
Maka dengan sekelib mata segalanya menjadi reda dan aman, kilat petir berhenti memanah, awan hitam yang terjadi akhibat huru hara tadi runtuh menjadi hujan, menyejukkan keadaan dan meratakan segala lalu cuaca bertukar menjadi nyaman. Air yang turun menghempap meninggalkan sisa api. Api yang hampir tidak berwarna menjadi napsu. Api berwarna merah kebiruan menjadi tubuh pada azzazil, merah jingga menjadi tubuh syaitan, jingga kekuningan menjadi tubuh pada jembalang dan api kekuningan menjadi tubuh pada jin. Sungguhpun begitu api itu tidak padam dengan kehendak Allah s.w.t.

Kejadian Syurga.
Maka diperintah akan Allah s.w.t keatas sebahagian malaikat mengasingkan dan mengeritkan mutu setiap bahan bahan yang terjadi akhibat dari bencana tadi kepada tujuh kelas yang terbaik lalu diperintah akan Allah s.w.t kepada “ Nur Muhammad ” supaya mengambilnya satu persatu dengan tangan kanannya dan melontarkannya jauh disebelah kanannya maka terletaklah masing masing kesatu titik pada tempatnya masing masing, ada antaranya bertindih antara satu dengan yang lain, maka “ kun “ kata Allah, maka jadilah ia tujuh kelas tingkatan Syurga yang mempunyai tujuh pintu masuknya dan kemudian dicipta akan Allah s.w.t satu lagi pintu untuk hamba hambaNya yang teristimewa. Lantas Allah s.w.t. memerintah malaikat bernama Riduan dan diamanahkan dibawah jagaannya untuk mengawasi syurga syurga itu dan ditempatkan bidadari bidadari didalamnya sebagai penyerinya dan sebagai hamba pelayan pada pemiliknya kemudian hari.

Kejadian Alam Nyata ini.
Lalu dihimpunkan Allah s.w.t keseluruhan baki tanah selebihnya yang mengandungi sisa sisa unsur yang telah tercipta sepanjang kejadian yang terbentang luas lagi itu terkecuali yang dipijak dibawah telapak kaki “ Nur Muhammad ” dengan perintahNya membungkus api yang masih tinggal pergi jauh turun arah bawah melalui bawah telapak kaki “ Nur Muhammad ” melalui tujuh tingkat dalamnya dan setiap tingkat laluan itu menjadi pintu, yaknl pintu langit. Setiap tingkat dan pintu langit itu ditinggalkan para malaikat yang ditugaskan mengawal. Setelah menempuh tujuh pintu langit lalu diperintahkan berhenti dititik fana ini diringgi para malaikat yang telah diperintahkan. Maka yang tinggal baki dibawah telapak kaki “ Nur Muhammad ” digelar “ Sirotumuntahar ” dan baki yang tertinggal jauh diatas kepalanya dipanggil “ Luh mahfus ”.

Kejadian Akal.
Setelah melalui peristiwa panjang itu “ Nur Muhammad ” duduklah diatas “ Sirotumuntahar ” berkelambukan langit langit “ Luh mahfus ” bertiangkan “ Arash ” dia bersendirian bertawasul dan bermuhasabah dengan peristiwa peristiwa yang telah dilaluinya, berabat abat lamanya. Diilhamkan Allah s.w.t berbagai pertunjuk lalu dia berzikir memuji muji Allah s.w.t kemudiannya membaca surah surah dari Al Quran nur karim. Sehingga sampai pada satu waktu Allah s.w.t memerintahkan supaya beliau berhadap, lalu beliau berdiri tegak dan mengangkat tabir sambil berkata “ Allah hu akhbaro walhamdulillah ikasirrou wasubha nallah ibuk rotau waasila, wajahtu wajhiya lillazi fatorassama watiwal ard, hanifan musliman wama ana mianal musrikin, inna solati wanuhsuki wamah yaya wamamati lillahirobbil alamin, al syarikalahu wa biza likal umirtu wa ana minal muslimin ” lantas beliau mengucap “ Ashadu alla illa ha illallah ” lalu dijawab Allah s.w.t “ Muhammad da rasul Allah “.
Lalu berselawat sekelian Malaikat.
Itulah ikrar “ Nur Muhammad “ lalu pecahlah dia menjadi jutaan butiran cahaya cahaya jernih putih hijau kebiru biruan yang kecil yang dipanggil “ akal ”.

Pengakuan akal.
Allah s.w.t memerintah akal untuk menghadapNya, maka akal datang menghadap Allah s.w.t lalu ditanya oleh Allah s.w.t kepadanya “ Kenalkah engkau akan Aku ” lalu mereka menjawab “ Bahkan Kamulah Tuhan kami ”.
Berkata Allah s.w.t kepada akal itu “ Kamu aku jadikan sebaik baik kejadian dan beredarlah kamu.”

Kejadian alam fana matahari dan bumi ini.
Setelah baki tanah yang dicampakkan dialam fana ini sampai ditempatnya disini, tujuh tingkat langit jauhnya dari tempat asal ujudnya yang kini dikenali tapak “ Arash “, seketul himpunan tanah ini ditinggalkan tidak dalam keadaan terletak kerana tiada lantainya dan tidak pula didalam keadaan tergantung kerana tiada tali pengantungnya, maka lepaslah ia berlegar diserata perusuk ruang alam yang kosong ini dengan berpusing pusing, lalu dihidupkan oleh Allah s.w.t dengan roh roh yang telah perintahkan akan tugas tugasnya, melalui tiupan dari malaikat isrofilNya.
Seperti apa yang telah kita ketahui sebelumnya tedapat jutaan khazanah isi didalam segumpal tanah itu dan segalanya telah hidup, antara ditengahnya adalah api, maka dengan sifat sifat yang telah difitrahkan kepada api itu panas lagi membakar, ia telah memanaskan dan membakar segala yang ada disekelilingnya menyebabkan suhu didalam tanah itu meningkat dan gas yang ada didalam rongga rongga tanah mula meledak dan meretakkan tanah itu. Satu gumpalan tanah yang besar itu pun meletup kuat bersepai menjadi jutaan pecahan tanah dan api yang berteraburan dimuka alam ini menjadi cakerawala. Setiap satunya mempunyai roh walaupun ianya sebesar zarah atau gas.Tanah menjadi planet planet dan bulan, dan api menjadi bintang bintang yang bercahaya kerana ada roh didalamnya. Api yang terkuat menjadi matahari. Namun hanya satu planet yang paling cantik seakan biru dan hijau warnanya iaitu bumi.

Bagaimanalah hati nak engkar setelah temakan budi yang terlalu banyak dari Allah yang rohman dan rohim. Maka patutlah kita searahkan cinta hingga menutup menghilangkan kemahuan kita.
Patutkah kita memperbesar besarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Apakah perkara yang lebih besar dan lebih agong dari Allah jika benar kita seorang yang berakal.
Selautan ilmu tersembunyi dalam pegangan hati, nafi yakni laila ha illah dan isbat Muhammad darosullullah dan kedua kalimah ini tidak akan terpisah. Seandainya tertup kefahaman kesufian yakni hati, yang terang walau pun disuluh dengan Ilmu yang tinggi tidak akan kelihatan kebenaran, maka terpisalah nyawa dari roh dan kelamlah hidup dalam kesesatan.
Rintihilah jalan walau pun perlu mengesot diatas sirotulrohim didunia dan sirotulmustakiem diakhirat sebagai tanda bukti kasih kepada kekasih. Lautan api lagi sangup kita renangkan, kenapa lautan jihat dengan hati sendiri tak mampu kita tewaskan.

( Hakikat Insan )

Tidaklah tercapai pemahaman atau darjat Hakikat Insan kepada seorang muslim atau pun seorang muslimah sekiranya dia tidak faham dengan erti dan amalan Budi bicara dan bahasa terhadap Allah yakni Tuhannya yang maha agong.
Hakikatnya, apa yang Allah mahu dari setiap insan yang dilahirkan dimuka bumi ini hanya “ ingat kepada Nya ” yakni berbahasa atas budi yang telah dicurahkan Nya yakni seperti memberikan kita nikmat hayat untuk hidup, rezeki untuk menikmati hidup, rezeki untuk menikmati sihat tubuh badan, rezeki untuk menikmati berpanca indera, rezeki untuk menikmati berkeluarga dan sebagainya. Segala yang diberikan Nya adalah nikmat, nikmat, nikmat yang tak terkata dan berlimpah ruah banyaknya.
Maka berkata Allah pada sekelian para malaikat Nya,
“ Sujutlah kamu kepada Adam ”, lalu sujudlah para malaikatnya yang pandai mengenang budi Allah kecuali iblis dan sekutunya yang tidak pandai mengenang budi kerana memikirkan dirinya sudah cukup yakni lebih baik.
Terjemahan Al alaq ayat 7.
“Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya”.
Sedangkan pada hakikatnya Allah tidak pun menyuruh menyembah Adam dan tidak layak disembah yang lain selain Allah, tidak layak tempat meminta pertolongan kepada yang lain selain Allah hatta tidak layak sesuatu bertahta didalam hati melainkan Allah sewajibnya kerana segala gala nikmat yang kita kecapi ini adalah milik Allah dan dari Allah.
Misalnya kita berkehendakkan seorang teman didalam hidup, maka Allah temukan pasangan pasang lelaki dan perempuan. Sewajibnya kita beringat sesungguhnya pasangan kita itu bukanlah milik kita dan dia adalah hak milik Allah. Allah hanya memberi mereka itu sebagai pinjaman terhadap kita. Maka wajiblah sesaorang yang meminjam milik Allah itu tahu berbahasa menjaga hak milik Allah seperti mana yang Allah amanahkan. Dan tidaklah Allah menjadikan pasangan pasangan kamu itu untuk bertahta dihati kamu selain Allah, dan tidak juga Allah itu menjadikan pasangan pasangan kamu itu hamba kepada kamu atau kamu memperhambakan diri kamu kepada pasangan kamu selain dari kita semua adalah hamba kepada Allah semata mata.
Apabila kita berkehendakkan cahaya mata yakni anak anak sebagai penyeri hidup kita, maka Allah berikan kita anak anak. Sewajibnya kita beringat sesungguhnya anak anak kita itu bukanlah milik kita dan dia adalah milik Allah jua. Allah hanya memberi mereka itu sebagai pinjaman terhadap kita. Maka wajiblah sesaorang yang meminjam hak milik Allah itu tahu berbahasa menjaga hak milik Allah seperti mana yang Allah amanahkan. Dan tidaklah Allah menjadikan anak anak kamu itu untuk bertahta dihati kamu selain Allah, dan tidak juga Allah itu menjadikan anak anak kamu itu hamba kepada kamu atau kamu memperhambakan diri kamu kepada anak anak kamu selain dari kita semua adalah hamba kepada Allah semata mata.
Anak anak kamu itu adalah harta kamu dan harta kamu itu adalah hasil dari usaha kamu atas apa yang kamu kerjakan. Harta yang tidak diuruskan dengan baik dan bijak tidak akan mendatangkan apa apa keuntungan kecuali kerugian, begitu juga dengan anak anak yang tidak diuruskan dengan baik dan bijak tidak akan mendatangkan apa apa manafaat kecuali mudarat kepada kita kelak diakhirat. Maka dengan itu Allah meletakkan hukum dan bahagian harta harta kamu didalam wasiat yang dihakkan keatas kamu, tanggong jawab kamu oleh Allah adalah satu lagi amanah buat kamu. Dan tidaklah orang orang yang melangar peraturan Allah itu melainkan orang yang tidak mengenang jasa dan budi baik Allah setelah Allah menunaikan kehendak kehendaknya didalam hidupnya kerana telah ujud dan tersembunyi kebesaran yang lain didalam hatinya selain Allah.
Satu institiusi keluarga yang terdiri dari seorang yang dipanggil dengan gelaran ayah atau ibu atau anak anak dari yang sulung sampailah yang bongsu itu adalah pangkat yang diberikan Allah. Setiap gelaran dan pangkat dari yang sebesar besarnya hinggalah kesekecil kecilnya itu bukan juga milik kita, sesungguhnya gelaran dan pangkat itu juga milik Allah.
Jadi bagi mereka yang tahu nak berbahasa dengan Allah, maka tidaklah dia menyalah gunakan kuasa pada pangkatnya atau ego pada pangkatnya dan sewajibnya dia berasa bertangong jawab melaksanakan tugasnya sebagai hamba yang diberi Allah kepercayaan untuk menyandang pangkat itu, maka begitu jugalah dengan pangkat pangkat dalam setiap institiusi kepimpinan atau dalam institiusi perniagaan atau dalam institiusi perkerjaan atau dalam institiusi undang undang atau dalam institiusi pendidikkan apatah lagi didalam institiusi raja dan kerajaan.
Kita manusia memang mudah lupa pada budi atau berbuat buat lupa kepada budi Allah, sehinggakan Allah telah awal awal memberi peringatan.
Terjemahan Al alaq ayat 6 dan 7.
“Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya)”,
“Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya”.

Allah maha mengetahui bahawa kita tidak akan mampu membalas budi Nya dari apa yang telah diberikan Nya kepada kita. Sebagai tanda terima kasih kita terhadap Allah, sujudlah kita kepada suruhan Nya dan Allah mengigatkan kita supaya kenangkanlah pengorbanan orang orang yang mempertahankan hak Allah dan kenangkanlah budi pengorbanan orang orang yang melahir dan membesarkan kita yaitu ayah dan ibu kita, budi orang orang yang mencurahkan ilmu kepada kita yaitu guru guru kita yang tidak mampu kita tebus dengan harta benda hatta dengan nyawa kita dan Allah tidak mahu kita melampaui batas batas Nya.
Sebagai tanda terima kasih kepada Allah, Allah juga menyuruh kita menyemaikan budi kepada orang orang yang kurang bernasib baik, yang tersepit dalam hidupnya dan orang orang susah, orang orang miskin dan anak anak yatim. Dan sebaik baiknya jangan kita membuat sesuatu amalan yang boleh menyebabkan orang lain atau diri kita jadi bernasib tidak baik atau membuat sesuatu amalan yang boleh menyebabkan orang lain atau diri kita jadi tersepit atau membuat sesuatu amalan yang boleh menyebabkan orang lain atau diri kita jadi susah atau amalan yang boleh menyebabkan orang lain atau diri kita jadi miskin atau anak anak menjadi yatim.

Tiada amal yang lebih baik kecuali berdoa dan bersunguh
( berusaha ), bersedekah dan memaafkan kerana Allah. Banyak buah mulut yang mengatakan bahawa untuk mencapai tingkat insani kita perlu mempajari ilmu itu dan ini sedangkan didalam Al Quran dan hadith telah terang dan nyata pada hakikatnya sesaorang yang ingin mencapai hakikat insan disisi Allah perlu pandai menghargai budi ( bersyukur ) dan menjaga bahasanya ( amanah ) kerana Allah.

Diriwayat oleh Tarmizi dan Muhammad, Bersabda rasullullah, " Orang yang beriman itu baik budi perkertinya "
Dalam perpatah orang kita Melayu, " Orang berbudi kita berbahasa ". Apalah ertinya hidup jika tida pandai berbudi terutamanya dengan Allah kemudian dengan ahli keluarga, sanak saudara dan saudara seagama.
Perpatah Melayu juga berkata," Bahasa Menunjukkan Bangsa " bukan bermakna bercakap melayu, dianya melayu atau bercakap cina dianya china tetapi maksud yang sebenarnya ialah bahasa yakni tingkah laku kita adalah cermin bagi yang beriman.
Sekiranya hidup yang tak reti nak berbahasa menunjukkan bangsanya dari golongan orang yang tak beriman dan itulah hakikat Insan disisi Tuhan.



Bab 30: Dalam diri ada segala galanya.




Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa

Maksudnya,
Adatlah kita manusia, bila datang sesak baru timbul resah badai nak tercabut nyawa.

Bila roti kering ketingalan
Tulang yang kau fikirkan
Habis dilarikan mergas tua

Maksudnya,
Apabila mati segala segalanya yang kita usahakan pangkat, darjat dan harta benda yang kita sangkakan begitu bernilai jika dibandingkan hanya sisa sisa disyuga barulah diri terasa bertapa sia sia semua itu jika tak dimanafaatkan dan akan tinggal buat anak dan isteri atau suami akan menjadi rebutan pada manusia yang masih hidup untuk teruskan hidup.

Dahlah kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah

Maksudnya,
Diri terkapan dengan rasa seribu kecewa dan dihimpin rasa, jangan mengharap sesuatu yang mustahil ( Sajian susu ikan merah ), rata rata telah kita lihat, menunggu doa dari yang masih hidup untuk dibekalkan kepada yang sudah mati bagai menunggu buah yang tak jatuh.
Kecuali bagi mereka mereka yang semasa hayatnya memanafatkan ilmu untuk ditinggalkan kepada anak anak atau anak anak muridnya supaya mereka dapat memanafaatkan harta yang ditinggalkan untuk diamalkan sebagai penyambung amanahnya. Maka berkekalanlah amalan baiknya yakni laba pahalanya walau pun dia sudah tiada.
Saranan saya, mulakanlah mengamalkan ketiga tiga amalan hikmat ini dan sampaikanlah dengan berpesan pesan kepada anak dan isteri atau suami, rakan rakan dan sahabat taulan supaya yang lain juga dapat memanafaatkan.

1. Amalan Kalimah Syahadah.
2. Amalan Muhasabah dan
3. Berzikir munajat.
Rebutlah peluang semasa hayat masih ada.

Suara pengalaman yang mendamaikan
Panji gelora yang sempat singgah

Maksudnya,
Timbalah ilmu dari pengalaman orang yang terlebih dahulu dari kita dan ikutilah segala nasihatnya berpandu Al Quran dan hadith serta sirah Nabi.

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah engkau sedar atau dilamun hayalan

Maksudnya,
Mingkin kita masih rasa bimbamg dan ini penjelasannya

Dalam hutan ada taman
Dan dalam taman ada puterinya

Maksudnya,
Dalam kekalutan ada tempat yang nyaman
Kenyamanan itu ada pemiliknya
Tidak lain dan tidak bukan
Allah yang Maha Esa
Mohonlah pertolongan dan pertunjuk dan bergabtung haraplah kepadanya semata mata setelah berusaha.

Dalam baju ada cinta
Dan dalam cinta ada segala galanya

Maksudnya,
Dalam pakaian Amanah ada cinta
Cinta ape?
Cinta sesama manusia
Dalam Sirotulrohim juga ada cinta
Cinta ape?
Cinta saudara seagamanya
Dalam cinta Sirotulrohim
Ada cinta
Cinta ape?
Cinta akan Tuhan
Yang mencipta ikatan Sirotulrohim
Barang sesiapa yang mencitai Allah
Maka Allah mencintainya

Dalam awan ada hujan
Dan dalam hujan ada lautan

Maksudnya,
Didalam benih ada pokok
dan didalam pokok ada buahnya
Ape dia buahnya?
Limpah ruah sifat Rohman dan Rohimnya
Segala macam ade.

Dalam aku ada dia
Dan dalam dia ada kita ada semuanya.

Maksudnya,
Dalam aku ada Roh
Dalam Roh ada selautan limpah kasihnya
Ada Roh yang membawa
Selautan limpah kasihnya
Baru ada segala segalanya
Dan jika tiada Roh
Matilah kesemuanya
Menjadi tiada
Melainkan yang kekal
Hanyalah Dia
Allah.


Didalam diri kita ada segala galanya
Pokok pangkalnya terpulang kepada kita
Hendak amalkan seribu daya
Tak berhendak adakan seribu alasan untuk berdalih
Tepuklah dada tanya selera
Nakkan kejayaan atau mahukan kesesatan?

Bab 31 Sesat Dalam Rindu, nak jadi Insan atau haiwan atau hantu





Lirik
Ku resah mencari mu dengan akal
Dan bersama sama sifat pinjaman
Kau ku rasakan semangkin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu

Maksud
Ramai yang sedaya upaya mencari Allah dengan akal atau dengan ilmu firasat yang sekadar tahu tanpa memahami duduknya sifat sifat pinjaman yang Allah pinjamkan itu, akhibatnya berbagai perselisihan kefahaman yang akan timbul didalam diri yang memperdebatkan antara kebenaran dan kebatilan Allah dan pada hakikatnya diri sendiri mengetahui dengan rasa bahawa diri telah jauh dari taufik dan hidayahNya apatah lagi untuk mengenalNya untuk mendapat Cinta Nya tapi malu untuk mengakuinya.
Sesatlah mereka didalam rindu pencariannya terhadap Allah jika hanya mengunakan hukum akal dan pengetahuan yang bukan berupa pengenalan terhadap Allah.
Yang membuat semakin jauh bila ada kesombongan didalam diri kerana berasa akal mereka sempurna dan bila merasa ilmu mereka tiada tolok tandingnya atau merasa amalanya sudah cukup memadai yakni sombong dan ego.
Maka jatuhlah rindu kepada yang tidak dikenali,
Mengalamatkan rindu tak tahu pada sesiapa
Kata rindu dusta
Maka berdustalah kita kepada diri kita sendiri
Dan itulah kebanyakkan amalan hidup kita hari ini.

Lirik
Ku satukan firasat mencari mu
Ku terlontar dipenghujung alam
Kau masih tetap tak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku

Maksudnya,
Ada pula golongan yang manyatukan sekadar ilmu mencari Allah lalu terpinggirlah mereka dengan kelompong kelompok ahli mereka yang hanya hidup didalam kelompoknya dan tidak sama sekali menerima kelebihan amalan orang lain melainkan apa yang mereka amalkan. Maka jatuhlah hukum ketaksupan didalam diri lalu memingirkan diri kerana ketaksupan dan bukan kerana Allah.
Pada hakikatnya masih jua jauh untuk mengenal dalam menjejakki Allah.
Lalu akhirnya timbullah rasa tidak berpuas hati dengan ketentuan, ketetapan atau takdir Allah yang menjadikan berbagai cobaan dan dugaan sedangkan Allah mencipta itu semua bukan untuk dilawan tetapi untuk difahamkan supaya kilaf atau perselisihan ilmu dan takdir itu dapat kita ditangani.

Lirik
Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak kemana
Hanya jalan yang sensara

Maksud,
Ada juga dikalangan kita berpendapat dengan meningalkan segalanya, mengenepikan dunia dan hanya menumpukan beribadat sahaja sudah memadai dan pengelanan Allah itu akan datang dengan sendiri.
Akhir hidup terhimpit dengan kesusahan dan dilapis lagi dengan kesusahan lalu timbul didalam diri rasa ungkit mengunkit tentang kekurangan dan tidak kebebaloian pengobanan yang diberikan lalu segala pahala menjadi dosa.

Lirik
Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia yang mencari
Lalu kuselami didalam diri

Maksud,
Kemusnahan bagi mereka yang terus diulit mimpi dunia
Sesungguh Rahsia mencari penggenalan untuk mendekatkan diri kepada Allah itu terpampang pada zahir alam, pada lahiriah diri yakni selamilah kefahaman dengan menyebut Nama Allah yang menjadikan diri dari segumpal darah beku.

Lirik
Dibawah arus nafasku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup
Pasti ada cinta

Maksud,
Dibawah arus nafasku
Rahsia amalannya telah saya terangkan didalam muhasabah syahadah.

Asal serah janji dahulu
Rahsia serah janji dahulu adalah tafsir niat yang telah saya terang kan dulu, maka sempurnakanlah dengan kalimah “ wajjah tu wajhiya lillazi fatho ras sama wa tiwal ard, Inna solati wanusuki lillah hi robbil a’almin, la syarikalahu wa ana minal muslimin ”

Mula hidup
Barulah kita berasa hidup disisi Nya dan melihat destinasinya untuk menunaikan amanahnya, amalkan amalan muhasabah untuk menautkan pngenalan diri, diri yang tersendiri, diri yang berdiri serta diri yang terperi.

Pasti ada cinta
Jika ada kesungguhan dalam mengamalkan, hijap cinta Allah itu akan dapat kita lihat.

Lirik
Engkau kasih ada disisi
Engkau kasih ada menanti
Engkau kasih aku jua kasih

Maksudnya,
Cinta Allah itu ada disisi dengan titipan dari rahsia kasihNya
Cinta Allah yang sentiasa menanti digarisan penamat untuk menyambut kepulangan kekasih dan kekasih yang dikasihi Nya.
Barulah kita kenal siapa yang cinta dan mengasihi kita dan barulah rindu kita dapat kita alamatkan kepada Nya. Kerana Cinta Dialah hadir Cinta didalam diri kita.

Kejadian Manusia
Dari Adam,
Kejadian Tubuh Adam;
Dari unsur Tanah sebahagiannya menjadi otot daging sifatnya berketul dan sebahgian lainnya menjadi batu dan besi menjadi tulang bersifat licin dan keras yang mana tidak luput walau pun telah mati beratus tahun melainkan jadi berkarat dan rapuh, Api jadi darah sifatnya panas, Air jadi urat sifatnya lendir bila mati ianya cair dan Angin membentuk rongga sifatnya akan kempis didalam organ, urat dan daging apabila mati.

Dan Hawa;
Kejadian Hawa;
Dari tulang rusuk kiri Adam dengan darah sumsum yang sifatnya mengandungi sifat sifat Adam yakni dari tulang, tanah, darah, air dan angin.

Asal kita;
Dari cantuman benih kaum Adam dan kaum Hawa menjadi seketul darah beku ( surah Al alaq ).Kemudian menjadi tubuh samada lelaki atau perempuan. ( body Hp )
Ditiupkan Roh yang membawa sifat sifat pinjaman dari sifat Allah maka darah beku itu hidup menunjukkan Allah itu bersifat hidup dan inilah yang dimaksudkan bahawa " Allah lebih hampir dengan urat lehermu " itu.Dan sudah barang tentu dimana ada kamu disitu ada Dia maksudnya Roh sebagai hamba Allah yang ditugaskan sebagai " penganti diri " menunjukkan sifat maha kayanya Allah itu dan maha bijaksana. ( simcard )
Kemudian barulah ditiupkan Akal yang tak berwajah atau diri yang empunya diri yakni diri kita yang berada didalam tubuh kita atau ada yang memanggilnya dengan panggilan diri sebenar diri. Yang diamanahkan oleh Allah supaya beriman kepadaNya dengan Rukunnya, hukumnya, adapnya dan tertibnya.( bateri )
Lalu ditiupkan napsunya atau nyawanya atau hayatnya seperti istilah tenaga supaya tubuh itu makan ( charge ) dan membesar dengan cepatnya. Kerana itu siibu melalui tempoh mengidam semasa mengandungkan bayinya.
Apabila sudah sampai waktu ketikanya maka bayi akan keluar dari perut ibunya dengan wajah wajah pinjaman Allah pada Rohnya tidak kira sempurna atau tidak sifatnya maka bayi itu tetap akan dilahirkan dimuka bumi ini. Cacat sifatnya maka cacatlah sifatnya tetapi jika rosak sifat kejadiannya maka matilah dia. Begitulah sifat Allah yang menentukan.
Satu bayi yang lahir ada sifat tubuhnya dan sudah tentu memilikki gambaran atau bayang bayangnya serta ada daulatnya umpama onak orang kenamaan disegani, anak orang miskin dipandang miskin. Lalu diberikan dianya nama. Itulah korinnya atau sahabatnya.
Apabila maut atau sampai ajalnya, Rohnya akan dicabut kembali ketempat asalnya, Jika Akal turut mengikut Rohnya kerana mengikut petunjuknya maka aruahlah gelarannya dan tinggallah badan itu hanya badan umpama sarung pakaian, tetapi jika Akal tersangkut pada badannya kerana hilang pedomannya umpama orang yang disasatkan napsu dan dunia maka azablah matinya dan datanglah malaikat numgkar dan nangkir menyoalnya.

Wajah yang ada ini adalah pinjaman. Wajah insan dari Ehsan Allah. Jika wajah yang ada ini kita mahukan kekal maka hendaklah kita kekal dengan Allah dan Rasulnya.
Apa yang kita pilih, apa yang kita buat diatas mula bumi ini semasa hidup kita adalah lakaran wajah kita diYaumil Masyar kelak.
Kalau suka berbicara dusta maka kita akan bangkit dengan lidah bercabang dua. Kalau suka mengambil tindakkan membabi buta tanpa guna akal dan fikiran mungkin kita akan bangkit dengan muka berwajah babi. Kalau kita asyik suka menyalak orang saja yang tak betul mungkin kita akan bangkit dengan wajah berupa anjing. Kalau berperangai macam kera maka seperti keralah dia diakhirat kelak.
Saudara saudara ku berhati hati dengan tindak tanduk kamu, kerana tindak tanduk kamu itu akan melakar wajah yang kamu tempah disini dan dipakai diakhirat.











Asal Hantu.
Ingat sesungguhnya napsu tidak akan mahu bersamanya lalu dia akan keluar memakai sifat, gambaran bayang, daulat dan nama yakni korin pemiliknya keluar dari kuburannya mengikut perangai semasa hidupnya dan ia dipanggil hantu.
Orang yang kafir maka nerakalah bahagiannya sejak dari kuburnya selagi dia tidak mengamalkan sihir.
Tetapi jika semasa hidupnya dia mengaku beriman, tetapi dia seorang lelaki yang suka berzina maka jadilah dia langsue jantan yang memancutkan kencingnya merata rata dan sekiranya dia mendapatkan mangsanya atau kekuatan tenaga batinnya dengan ilmu sihir dengan menggunakan sandaran jin atau jembalang atau syaitan maka menjadilah dia seekor hantu raya dan orang yang berpura pura beriman serta bertuhankan diri sendiri tidak terkecuali dari mendapat nasib yang sama. Bayangkanlah seorang lelaki yang sanggup merelakan kawannya atau sakanya meniduri isterinya, maka dayuslah dia dan tidaklah dia mencium syurga.
Jika seorang perempuan yang suka berzinah maka jadilah korinnya seperti langsue betina dan sekiranya dia mensia siakan anak anaknya semasa hidupnya atau menundukkan suami dengan amalan sihir maka tergolonglah korinnya didalam golongan pontianak.

Menjadi Insan atau haiwan.
Apabila terbentangnya Yaumil masyar dihari akhirat, maka bersatulah aruah aruah dan korin korin ini dengan tubuhnya. Tubuh yang disarunggi aruah maka miliknya wajah rohnya dan mereka yang disarunggi dengan korinnya maka itu lah wajahnya atas apa yang diusahakannya semasa hidupnya didunia. Jika semasa hidupnya seperti kera yang suka mencuri maka bagai keralah sifat rupanya, jika semasa hidupnya macam lembu maka bagai lembulah sifat rupanya dan jika dia memilikki sifat kedua duanya maka jadilah bersifatlah dia seperti kera yang bertanduk dan begitulah sebagainya.

Mana yang kamu pilih.
Mana yang kamu pilih gerakkan hati, tepuk dada bukan tanya selera. Lihatlah aku sebagai saudaramu dan persaudaraan itu datang dari perintah Allah. Akulah amanah Allah.
Melihatkan sikap kita yang mengaku Islam, lebih mengundang kemusnahan untuk saudara sendiri bagai awan nan mendung, rebah bagai pagar yang memakan padi seolah masing masing telah lebur kalimah imannya.
Bertindak tidak mengunakan akal yang penting menunjukkan garang dan ego seolah sudah tiada Tuhannya, tak mahu mengakui kelemahan diri apalagi memperbaikinya.
Yang besar dengan ego besarnya, yang kecil tidur asalkan ditangong makannya. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.
Cermin pada akal kamu, kuasa ditangan kamu. Celikkan mata kamu bahawa kamu wajib bertindak dengan mengunakan otak. Rinduilah kesejahteraan, itulah yang kita umat Islam dambarkan. Orak langkah balik kepangkal jalan dengan penuh penyesalan. Dia Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahkan.
Tiada petunjuk yang terbaik melainkan dari Allah, bersihkan hati hidupkan Roh, maka itu jalan memohon pertolongan dari Allah dan jalan kejayaan.















Jaga jaga jangan sampai silap pada pengertiannya nanti jadi salah faham boleh mengakibatkan salah akidah.



Maha hampir tidak terkira
Bersatu bersama sehati sejiwa
Maha jauh namun hampir jua

Gerakku gerak Dia
Diamku diam Dia
Tindak-tandukku tindak-tanduk Dia

Hidupku pancaran hidupNya
Diriku bayangan diriNya
Sifatku gambaran sifatNya




Maha hampir tidak terkira
Bersatu bersama sehati sejiwa
Maha jauh namun hampir jua

Kalau yang dimaksudkan yang maha hampir denga kita itu Zat Allah
Maka berbilanglah Allah itu kerana setiap manusia ada satu Allah bermakna kalau ada seribu manusia ada seribu Allah? Sesungguhnya Mustahil Allah itu bersifat berbilang kerana Allah itu Esa.

Gerakku gerak Dia
Diamku diam Dia
Tindak-tandukku tindak-tanduk Dia

Jika tidak tanduk kita adalah tidak tanduk Allah, maka tidaklah bertepatan dengan maksud firman Allah, “ Amal yang bauk dibalas kebaikkan yakni syurga dan amal jahat dibalas dengan kejahatan yaitu neraka.” Bermalna tindak tanduk kita kita yang pilih. Wajarkah Allah mencampakkan ssaorang kedalam siksa nerakaNya sedangkan tindak tanduk orang itu Allah yang tentukan? Mustahil Allah itu bersifat Zalim melainkan Adil.

Melainkan yang berkefahaman seperti itu adalah orang orang yang leka dengan bayang bayang dirinya.

Hidupku pancaran hidupNya
Diriku bayangan diriNya
Sifatku gambaran sifatNya

Kalau Sifat kita adalah bayangan sifat Allah, bermakna samalah Allah itu dengan kita? Mustahil sifat Allah itu meyerupai sesuatu dan tidak Allah itu bersifat bersekutu atau sama dengan yang lain.


Aku cintai para solehin tapi ku bukanlah dari golongan mereka,
Semoga ku gapai dengan perantaran mereka syafaat,
Aku benci orang yang dagangannya maksiat,
Walaupun kita semua mempunyai barang dagangan yang sama.

Jadilah Faqih dan Sufi, bukan hanya salah satu,
Sesungguhnyaku demi Allah kepadamu aku nasihat,
Yang demikian, tidaklah dia merasa hatinya takut (kalau semata fiqh),
Dan ini (sufi) sekiranya jahil bagaimana boleh memberi kebaikan.

(petikan Syair-syair Imam al-Shafie Rahimahullah dalam Diwannya, ms53,64)


Dan ini (sufi) sekiranya jahil bagaimana boleh memberi kebaikan. Tidak ada yang bermula dengan kebijaksanaan, Kerana kebijaksanaan itu bermula dari pengalaman. Manakan dapat dibezakan antara yang benar dengan kebatilan melainkan pengalaman. Pengalaman mendewasakan bagi yang berfikir serta pandai memanafaatkan waktu dan ketika mengikut ilmu dan adap dan tertib.




Bab 32: Sahabat Gua itu Roh





Berapa banyak bintang dilangit
Kau kaji
Engkau hafali
Ya Syahibul khafi

Yeahhhh!!!!
Maksudnya,
“ Wahai saudara seagamaku semua
Dah berapa banyak petunjuk
Yang engkau pelajari
Engkau hafal.....
Ya….. pencari surah petunjuk kebenaran ”

Tak akan sama
Bintang yang satu ini
Yang engkau kenali
Didalam hati
Maksudnya,
“ Takan sama dengan pengajian
Ilmu yang aku curahkan
Rahsia petunjuk dari dalam diri
Yang tidak asing didalam hatisanubarimu ”

Terangggggggggggg 
Walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri seri
Jika engkau kenali
Maksudnya,
“ Ianya begitu jelas
Tapi tersembunyi dek kilaf yang telah dihijabkan
Kerana diri telah alpa dengan silau dunia 
Yang hangat bernapsu
Sesungguhnya ia lebih baik dari segalanya
Jika engkau benar benar mengenali
Peranana Roh didalam diri ” 

Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman 
Tenteramkan nabuah ini 
Dengan masa Tuhan 
Tunjuk kebenaran
Maksudnya,
“ Kita diwajibkan menjauhi amal mungkar
Mendekati amal makruf
Itulah kezaliman
Mententeramkan ikatan sirotulrohim
Sepertimana kata kalam Allah
Yang menunjukkan hakikat kebenaran ”

Mari ikut rentakku
Rentak tari dulu dulu
Lakukan sederhana
Disini tiada duka
Dimasanya dengan rela
Peranan
Didalam didunia
Maksudnya,
“ Marilah ikut rentak amalanku
Jejak sirah amalan Rasul dan nabimu
Nampak berdikit dikit
Berlari keanak anakkan
Keserdahanaan
Tidak memberatkan
Dijanji kemenangan
Asalkan redho
Ilmu dari usul agama
Memuhasabahkan kenangan
Menjadi diri mulia disisiNya ”

**
Mari ikut rentakku
Rentak tari dulu dulu
Laku wahai sederhana
Disini tiada duka

Kerana pengangan ini
Engkau hadapi
Dugaan ini
Hai Syahibul khafi
Yeah!
Maksudnya,
“ Allah itu pemberi petunjuk dengan meguji
Atas tiap sesuatu yang kita sayang
Dengan sifat penyangNya kepada kita
Kita didik untuk melalui cabaran dan rintangan
Supaya lebih mengenal
Mana yang benar dan mana yang palsu 
Wahai saudaraku
Pencari sirah kebenaran ”

Kamil.........
Teguh penyayang sudah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padanya
Maksudnya,
Roh
Kebenaran tanpa dosa
Telah datang dari yang Maha penyayang
Menjadi teman sepejuangan diri
Tidak gelap dengan sogokkan
Tidak lelap dengan kelalaian
Satukan diri dengannya
Maka ditunjukkan jalan lurus
Pulang kepadaNya
Insya’Allah kamu akan berjaya

Banyak ayat puncarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan
Tanpa penyerahan
Maksudnya,
“ Berbagai cara diperkatakan
Kononnya bisa merawat jiwa
Namun rindu hati kembali
Kejalan hakiki
Tak bisa diatasi dan ditawan
Tanpa berserah
Menerima hakikat diri yang lemah
Dan bahawa Dia Allah itu
Tempat mengadu sembah ”

Mari ikut rentakku
Rentak tari dulu dulu
Lakukan sederhana
Kesini tiada duka
Ini masanya
Dengan redho peranan
Didalam dunia
Maksudnya,
“ Marilah ikut rentak amalanku
Jejak sirah amalan Rasul dan nabimu
Bermanafaat walaupun tak menonjol
Tapi ia adalah jaminan
Dari Allah dan Rasul
Ilmu tersirat seluruh
Tuntutan Al Quran
Pasrahkan peranan Roh bagi dirimu
Lalu bangkitlah dia sebagai petunjukmu
Dialah rahsia Allah
Rahsia segala jadi
Didalam dirimu ”

Kerana penyayang
Engkau hadapi
Dugaan ini
Ya Syahibul khafieeeee...
Maksudnya,
“ Kerana Sifat Penyayangnyalah
Kamu dibekalkan rahsiaNya ini
Inilah satu kejutan
Sinar kebenaran
Ya pencari kebenaran yang hakiki ”

Mari ikut rentakku
Rentak tari dulu dulu
Laku wahai sederhana
Kesini tiada duka
“ Marilah ikut rentak amalanku
Jejak sirah amalan Rasul dan nabimu
Bermanafaat walaupun tak melampaui
Tapi jalan ini adalah jaminan
Dari Kekasih yang mencari kekasihNya ”

**
Mari ikut rentakku
Rentak tari dulu dulu
Tentu majein sederhana
Disini tiada duka

**
Mari ikut rentakku
Rentak tari dulu dulu
Tentu majein sederhana
Disini tiada duka

Rentakku



Bab 33:: Perjalanan kita




Redha
Kiriman Khalim Sakib

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

1.Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

2.Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Ada juga orang yang redha dan bersyukur dengan kenaikan harga gula dan petrol.. namun sukar utk redha menerima hukum2 dan peraturan yg diwajibkan utk dilaksanakan...????
Edit · Delete
Bersegeralah melakukan sesuatu sebelum sampai tamat usiamu
Kiriman Zubair IbnuAwwam As-Sabah
Assalamu'Alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Bersegeralah melakukan sesuatu sebelum sampai tamat usiamu
Syair Arab ada menyebut tentang penting mempergunakan usia
Jangan katakan,umur masih muda ~.~ masih banyak kesempatan
tetapi renungkanlah berapa ramai anak kecil yang telah dikuburkan.

Kubun itu sentiasa merindui maut sllu mengejar kita
Kubur itu adalah salah satu dari taman-taman syurga
Kubur itu juga adalah salah satu lubang-lubang neraka
Kamu yang memilih mana tempat tinggal kamu nanti.
Kamu sendirilah penentu sama ada Syurga atau neraka
Kamu dan saya sama merenungkan sebelum termenung

MARI SAMA SAMA KITA FIKIR-FIKIRKAN SEMOGA ADA MANFAATNYA AAMIIN
Edit · Delete
BERAMAR MA'RUUF NAHI MUNGKAR
Kiriman Zubair IbnuAwwam As-Sabah

oleh Zubair IbnuAwwam As-Sabah pada pada 22hb Mei 2011 pukul 2.06 pagi
Nota anda telah dibuat.

Assalamu Alaikum Warahmatullahi WabarokatuH

Sahabatku yang kukasihi.
Kalau kita teropong lipatan sejarah kegemilangan Islam zaman Rasulullah dan sahabat2nya,maka timbul pertanyaan,kemana kemuliaan dan kegemilangan Islam menghilang,?Jawabannya karena umat Islam masa kini meninggalkan kerja utama Rasulullah, yaitu kerja Dakwah yang dulu telah diambil oleh para sahabat sehingga mereka telah mencapai kemuliaan didunia dan akhirat.

Para sahabat telah menjadikan AMAR MA'RUUF NAHI MUNGKAR adalah kerja utamanya, Oleh karena itu, selama kita masih mengutamakan kerja lain daripada kerja dakwah dan perjuangan agama, maka selama itu pula kita akan terus dlm kehinaan,Allah dan RasulNya menegaskan dan mewajibkan perkara mulia ini.

Firman Allah Subhanahu wa ta'ala :
"Dan hendaklah ada di antara kamu puak yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah, buruk dan keji, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali 'Imran: 104)

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Apabila kamu sekalian hanya mementingkan urusan perniagaan, kalian hanya sibuk menggembala lembu2 (peternakan), kalian lebih senang dgn pertanian, dan kalian meninggalkan jihad (usaha perjuangan agama), maka Allah akan menimpakan kpd kalian suatu khinaan yg tdk akan diangkat oleh Allah shingga kalian kembali kpada agama kalian (yakni kembali kepada usaha perjuangan agama)." (HR. Abu Dawud)

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman. (QS.Ali-Imran 110 )

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka adalah dari orang-orang yang soleh. (A-li'Imraan 3:114)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
Wahai orang-orang yang beriman jika kamu menolong agama Allah (mengadakan program-program dakwah @ kefahaman Islam), nescaya Allah akan membantu kamu sehingga memperkukuhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad : 7)

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Bagaimana pertolongan Allah akan hadir bila kamu tidak pernah peduli pada org lain (Q.S,47:7)

Sahabatku yang kukasihi.
Perkara yang penting bagi orang yang menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat ialah; Menjauhi sifat-sifat sombong, berlaku kasar, berkata nista dan mencaci maki terhadap orang yang mengerjakan maksiat. Sebab, yang demikian bisa menghapuskan pahala yang besar dan bahkan mendatangkan dosa. Boleh jadi ketimpangan sikap itu akan menyebabkan kebenaran yang diserukannya itu ditolak oleh orang-orang yang mengerjakan maksiat." (Habib Abdullah Al Haddad

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Serulah manusia ke jalan Robb mu dengan hikmah dan nasehat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik pula'. (An-Nahl: 125)

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim” (QS Fushshilat [41]: 33)

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Dan orang-orang yg beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar'. (At-Taubah: 71)

Adapun perbuatan bertaqlid buta ( mengatakan sesuatu anda sendiri tidak tau tentangnya atau masih ragu ragu,dilarang oleh islam sebagaimana firman Allah:"

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukan."
(Surah al-Israa' ayat 36)

Sahabatku yang paling penting kita perhatikan ialah jangan mengajarkan sesuatu yang kita sendiri tidak dapat lakukan, sebab beresiko amat besar,
Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu perkatakan apa yang tidak kamu lakukan, amat besarlah kebencian disisi ALLAH, apa yang kamu perkatakan tetapi kamu tidak lakukan." (As Saf: 2-3)

Pada malam Isra Mi'raj, Rasulullah, Melihat sekelompok manusia yang bibirnya digunting-gunting dengan gunting dari api yang membara. Beliau bertanya, "siapakah orang-orang itu?" jibril a.s. Menjawab, "Mereka adalah para mubaligh dari umatmu yang tidak mengamalkan apa yang mereka dakwahkan." (Misykat).

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan yang jelas dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati pula oleh semua yang dapat melaknati, kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan kebenaran terhadap mereka itu Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” [QS. Al-Baqarah : 159-160].

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."Dari Abu Hurairah r.a

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat, serta semua makhluk di langit dan di bumi, sampai semut dlm lubangnya dan ikan (di lautan), benar2 mendoakan kebaikan bagi orang yg menyerukan kebaikan (ilmu agama) kpd manusia”.(HR-Tirmidzi)

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
Jagalah dirimu dari bencana yg tidak menimpa orang orang dzolim saja di antara kamu.Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaNya".(QS. Al-Anfal:25)

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya manusia,bila mereka melihat kemungkaran sedangkan mereka tidak mencegahnya,maka datanglah saatnya ALLAH Azza wa Jalla menjatuhkan siksaNya secara umum".(Al-Hadist)

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya Allah memberikan hidayah kepada satu orang disebabkan (dakwah) kamu, itu lebih baik dari pada dunia seisinya."( Al-Hadits)

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sebaik baiknya pemberian adalah kalimat haq (benar) yang kamu dengar, kemudian kamu membawanya kepada saudaramu sesama muslim,lalu kamu mengajarkannya kepadanya."(Riwayat Thabraani)

SELAMAT BERAMAR MA;RUUF NAHI MUNGKAR SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA

Renungan Bersama:

Sabda Baginda Rasullullah s.a.w, " Beribadatlah kamu seolah kamu akan mati dikeesokkan hari dan carilah harta seolah olah kamu akan hidup seribu tahun lagi."

Laburlah ilmu dan penggetuan yang baik dari ajaran agamamu kepada saudara saudara kamu sebanyak mungkin dengan hikmah dan kebajikan, itu jua dikenali sebagai ibadah beramal soleh mendidik anak dan anak bangsa beramal soleh sebagai pelapis perjuangan jihat. Amalan itu lebih baik dari amalan mementingkan diri beramal hanya untuk diri sendiri.
Selagi ilmu pengetuan yang kita sampaikan itu terus diamalkan walaupun seribu tahun akan datamg lagi, itulah harta pada kehidupan selepas kematian yang hakiki.