Sunday 11 September 2011

Bab:15: Demi Masa




Rujuk ( Al ash )
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Demi Masa!
Kamu akan ditanya tentang sumbangan kamu terhadap agama.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Jika membiarkan kepimpinan negaranya jatuh ketangan orang orang jahil atau ketangan orang orang bahil atau ketangan orang orang yang tidak jujur, amanah, bijaksana mempertahankan kebenaran dengan teliti dan sabar.

Demi Masa!
Kamu akan ditanya lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Jika masa untuk diri, masa untuk Allah dan masa untuk beriadah itu tidak aturkan dengan baik. Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Demi Masa!
Jika kamu hanya berdiam diri, beribadat dan menunggu mati
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Bersabda rasullullah, umatku terbahagi kepada 72 golongan dan tiada satu pun yang terlepas dari azab siksa neraka kecuali 1 yakni yang memperbaikki amal dan ibadatnya kerana Allah ( bermuhasabah )

Demi Masa!
Kamu akan ditanya lima perkara didalam kubur.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Siapa tuhan kamu, apa anutanmu, siapa imam kamu, siapa nabi kamu dan siapa saudara kamu.

Demi Masa!
Kamu akan ditanya tentang tiga perkara diyaumil masyhar
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Bagaimana kamu memanafaatkan Al Quran, mana dia anak kamu yang soleh ( orang yang mendapat tunjuk ajar kamu ) dan kemana kamu belanjakan harta kamu.

Tiada amal yang lebih baik kecuali berdoa dan bersunguh
( berusaha ), bersedekah dan memaafkan kerana Allah. Banyak buah mulut yang mengatakan bahawa untuk mencapai tingkat insani kita perlu mempajari ilmu itu dan ini sedangkan didalam Al Quran dan hadith telah terang dan nyata pada hakikatnya sesaorang yang ingin mencapai hakikat insan disisi Allah perlu pandai menghargai budi
( bersyukur ) dan menjaga bahasanya ( amanah ) kerana Allah.

Rujuk ( Al ash )
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tafsirnya,
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
1. Apabila manusia itu berasa cukup dengan sifat sifatnya, atau lagaknya, atau pangkatnya, atau hartanya hatta ilmu dan amalannya.
2. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya berzikir mengucap dua kalimah syahadah didalam hidupnya.
3. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya mendirikan sembahyang tepat pada waktunya.
4. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya berpuasa disepanjang hayatnya.
5. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya membayar zakat dan fitrahnya.
6. Apabila manusia itu berasa cukup dengan hanya menyandang title hajinya.
Lalu Allah menyatakan didalam sambungan ayatnya,
“ Kecuali orang-orang yang beriman,”
Tafsirnya,
Yakni yang beriman percaya kepada Allah dan tanda tanda sifat sifat orang yang beriman percaya kepada Allah itu wajib percaya kepada

1. Ujudnya para malaikat malaikat serta ujudnya alam alam kehidupan yang ghaib seperti iblis, syaitan dan jin selain dari yang nyata.
Dalilnya,
Al baqorah ayat 3.
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Keterangannya,
Percaya bahawa adanya yang ghaib kerana Allah mengujudnya adalah wajib dan percaya kepada yang ghaib lebih berkuasa daripada Allah adalah syirik.
Barang sesiapa yang menyangkal adanya kehidupan yang ghaib, jelaslah dia tidak beriman terhadap Allah kerana menghadkan kebolehan atau kemampuan Allah dengan sifat sifat Afa’lNya ( perbuatanNya )..

2. Percaya kepada Al Quran yakni kalam Allah atau kata kata Allah atau nasihat yakni petunjuk Allah atau amaran yakni larangan Allah.
Dalilnya,
Al baqorah ayat 2.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Sesungguhnya mereka yang mencabuli tuntutan Al Quran atau merombak hukum Al Quran adalah golongan orang orang yang rugi.
Al baqorah ayat 27.
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya
( bersyahadah ), dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan ( amanah dan sirotulrohim ), dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

3. Percaya kepada RasulNya,
Dalilnya,
Al baqorah ayat 4 dan 5.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Keterangannya,
Dewasa ini, anak anak kita ramai yang berpeleseran dengan budaya muda mudi yang merugikan, dan nisbahnya bertambah banyak dari tahun ketahun. Ini adalah kerana mereka tidak diberi perhatian yang cukup.
Yang muda maklum sajalah, segalanya hendak dicubanya dan satu masa dulu kita juga pernah muda, ingat ! sepatutnya pengalaman mendewasakan kita.
Kedua orang tua pula sibuk dengan urusanya mencukupkan apa yang kurang didalam hatinya dan bagi mereka dengan memberi wang saku dan mendaftar anak anak mereka menuntut ilmu sudah memadai. Bagi mereka, itu sajalah yang dinamakan tanggong jawab.
Pihak guru dengan kuasa sebagai guru keatas murid muridnya. Kebelakangan ini mereka lebih cenderong mendera murid dengan tegak lama diperhimpunan seolah menghukum, ingat ! Allah tidak menyuruh kita pandang ketimur atau kebarat, Allah hanya menyuruh kita pandang kekiblat yakni hati dan sunnah. Kadang kadang kuasa seorang guru itu lebih besar dari kuasa menteri dan jabatan pelajaran sendiri. Guru guru lebih minat mengantung atau memberhentikan murid dari sekolah dari memberikan murid didikan yang sewajibnya yakni berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Bagi mereka, kuasa mereka keatas murid sebagai pendidik tiada batasannya namun untuk memberi hidmat yang terbaik sebagai seorang pendidik ada pula sempadannya.
Pangkat yang digelar ibu dan bapa adalah satu pangkat yang kekal pada setiap orang yang memilikki anak, dan yang lain dari itu adalah pangkat pangkat sementara. Pangkat dan jawatan itu ada amanahnya dari Allah. Sekiranya kita berasa tidak layak untuk memegang sesuatu amanah, maka jangan disangupkan. Jika kita menyandang jawatan kerana hanya untuk cari makan, sesungguhnya kamu adalah orang orang yang tidak jujur, amanah, bijaksana dan tabligh.
Jika kamu memilih sunnah yang lain dari Rasullullah bermakna kamu telah memilih tuhan yang lain dari Allah.

4. Percaya kepada hari kiamat.
Dalilnya,
Teriemahan,
Surah Al humazah
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
Yang naik menjulang ke hati;
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

5. Percaya kepada hari akhirat.
Yakni yang percaya dengan janji Allah bahawa amalan yang baik dibalas dengan kebaikkan dan kejahatan dengan dibalas dengan azab siksa.
Dalilnya,
Al baqorah ayat 66.
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Dan Allah s.w.t memperjelaskan lagi dengan sambungan ayatnya,
“ dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Tafsirnya,
Sesungguhnya selain dari hanya beriman dan beribadah, setiap amanah yang kamu laksanakan mengikut pangkat yang kamu sandang adalah amal soleh.
Setiap jabatan ( rumah tangga atau tempat pekerjaan atau kejiranan atau kementerian atau kerajaan ) itu ada kecacatannya, urusan kamu sebagai hamba Allah wajib berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan tidak tanduk kamu itu janganlah melampaui batas, berpesan-pesanlah dengan sabar yakni hati hati dan teliti seperti perpatah mengatakan,
“ Umpama menarik rambut dari dalam tepung, jangan sehingga rambut itu terputus dan jangan sehingga tepung itu berselerakkan.”
Maksudnya, jangan tidak tanduk kita itu hingga memutuskan sirotulrohim dan jangan sampai sirotulrohim itu berserakkan.

Sesungguh amalan ini nyata benarnya yakni mengajak beramal soleh
( kebajikan ) memperbaikki diri dan jauh sekali dari amalan kurafat dan syirik, namun jika ada orang orang yang akan menegahnya untuk diamalkan, tanyakan maksud ayat ini kepadanya,

Terjemahan Al alaq ayat 11 hingga 12.
“Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? –
Atau (buruknya) ia menyuruh orang bertaqwa (supaya jangan melakukan syirik)?”









Fokus Rahsia didalam rahsia.

Apa yang saya maksudkan dengan amalan muhasabah dan kenapa? Kerana amalan muhasabah itu mencuci hati untuk ditanam benih Iman yang suci.

Dengan muhasabah kita dapat,
Menyempurnakan hak Rukun Iman yang pertama.
Percaya kepada Allah, lalu mereka mereka yang hanya cuba mendidik dirinya percaya adanya Allah itu yang beramal untuk bekalan mati disamping berjihat dengan memperbaikki dirinya untuk mendekatkan dirinya dengan amalan amalan yang makruf dan menjauhkan diri dari amalan yang mungkar disisi Allah kerana Allah ta'ala.
Hanya mereka yang berpegang kepada kepercayaan sebegini yakni Ujudnya Allah sahaja yang beramal dan bakal akan dapat menjawab soalan Malaikat Nungkar dan Nangkir apabila ditanya didalam kuburnya kelak " Siapakah Tuhan kamu?" dengan amalannya sebagai dalil dan buktinya bahawa mereka percaya ujudnya Allah.
Lalu muhasabah mengajak kamu berhadap dengan Allah berikrar dengan jujur bahawa meniatkan untuk belajar menistilahkan diri semata mata kerana Allah. Beruntunglah mereka yang mendidik dirinya dan anak anaknya serta anak didiknya lalu terlepaslah dia dari persolan yang bakal akan diajukan pada setiap manusia, “ Kemanakah kamu belanjakan usia muda kamu ?”
Ingatlah saudaraku “ Semasa muda sebelum tua.”

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang kedua.
Percaya kepada Al Quran, Telah dituntut didalam Al Quran supaya kita percaya kepadanya seratus peratus kerana dia adalah kitab yang diturun oleh Allah dengan kebenaran tanpa ada sebarang keraguan.
Bisakah orang yang dikatakan percaya kepada Al Quran itu tidak basah dilidahnya dengan membacanya walau hanya sepotong ayat didalam sehari pada tiap tiap hari didalam hidupnya.
Lalu muhasabah mengajak kamu membaca beberapa potong ayat ayat lazim yang ringkas supaya mudah kamu menghafal dan memahami isi kandungannya.
Bisakah sesaorang itu dianggap percaya kepada Al Quran jika dia tidak mengerti apa yang dibacanya, apatah lagi jika menolak hukum hukum dan tujuk ajarnya. 
Lalu muhasabah mengajak kamu beramanah terhadap Allah barulah mampu kamu memegang amanah terhadap urusan ibadat, hidup dan mati kamu.
Hanya mereka yang berpegang kepada kepercayaan sebegini yang dikatakan percaya kepada Al Quran dan yang beramal dengannya dan bakal akan dapat menjawab soalan Malaikat Nungkar dan Nangkir apabila ditanya didalam kuburnya kelak " Siapakah Imam kamu?"
Beruntunglah mereka yang amanah lalu lepaslah dia dari persoalan, “ Darimana datangnya punca rezeki kamu?” Memang sudah tentunya dari rezeki yang halal disisi Allah.
Ingatlah saudaraku “ Semasa sihat sebelum sakit.”

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang ketiga.
Percaya kepada malaikat. Telah diberitahukan oleh Allah melalui rasul dan nabi nabiNya bahawa setiap manusia dibekalkan dengan sepuluh jenis para malaikat yang wajib diketahui dengan urusannya keatas kita. 
Tidaklah mereka itu dikatakan percaya kepada adanya para Malaikat itu sekiranya mereka tidak menjaga atau mencerminkan tingkah dan lakunya mengikut peradapan dan sopan santun serta tertib tindak tanduknya sebagai seorang hamba kepada TuhanNya walau dalam apa jua urusannya.
bertindak hemah dan bijaksana didalam urusan ibadat juga didalam urusan hidup dan mati.
Bersabda Rasullullah, “ Berfikir seketika untuk agama ( Iman dan Amal cara kita bertindak atau merancang mahupun mengaturkannya dengan cara yang terbaik ) adalah lebih baik dari beribadat seribu tahun ”
Lalu muhasabah mengajak kamu bersama sama berganding usaha dalam berjemaah bagaimana untuk membela nasib agama yang yatim didalam diri ini kekal didalam diri dan diri seisi keluarga hingga kezuriat yang akan datang bertahan sampai keakhirnya.
Beruntunglah manusia yang mengusahakannya serta mempertahankan kedaulatan iman dan agamanya kerana lepaslah dia dari soalan Malaikat Nungkar dan Nangkir tentang, “ Apakah agama anutanmu “
Layakkah sesorang itu mengatakan Islam itu agama anutannya sedangkan agama itu dibiar melarat?
Berbahagialah mereka yang menyumbang kepada agamanya sebagai bukti dan jawapan kepada, “ Kemanakah kamu belanjakan usia dan rezeki yang Allah berikan kepada kamu?”
Ingatlah saudaraku “ Semasa kaya sebelum miskin.”

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang keempat.
Percaya kepada Nabi. Rasul dan Nabi adalah manusia yang terpilih oleh Allah untuk dijadikan contoh sebaik baik kejadian manusia yang dididik atau ditarbiah Allah pada sifatnya, amalannya serta imannya untuk kita jadikan contoh dan ikutan sebagai landasan jalan kebenaran dan membawa kita kepada kejayaan disisi Allah.
Amanah yang dibawa olehnya adalah sebagai seorang penyampai kebenaran Agama tuhan yakni tabligh dan tidaklah mamapu sesaorang itu menjalankan usaha berpesan pesan yakni tabligh tanpa sifat kesabaran. Dari sifat kesabaran itulah tingginya hemah kebijaksanaannya kerana beliau sabar didalam penelitian. Dan tidaklah baginda nabi itu dari golongan orang orang yang percaya pada toghut.
Kita akan ditanya oleh Malaikat Nungkar dan Nangkir, “ Siapakah nabi kamu?” Tidaklah layak sesaorang itu mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu sebagai nabi yang diikutnya sekiranya dia tidak mengikut apa yang dilakukan oleh baginda.
Selain dari sifat jujur, amanah, bijaksana dan sabarnya dengan teliti itu, kita juga dikehendakki mengamalkan apa ang diamalkannya.
Pertama, beliau gemar berdoa untuk dirinya tetapi didalam waktu yang sama beliau mendoakan untuk umatnya.
Kedua, beliau suka memohon taubat kehadrat Allah dan diwaktu yang sama beliau tidak pernah lupa memaafkan umat umatnya serta memohon kemaafan dari Allah untuk umat umatnya.
Ketiga, beliau suka beribadat sebagai tanda syukurnya lalu menghimpunkan bekalan untuk hari selepas wafatnya, beliau tidak pernah lupa bersedekahkan doanya terhadap umat umatnya, walaupun beliau dijamin syurga semata mata untuk memberi pemahaman pada umatnya, kalau dia sebagai orang yang terjamin syurganya masih melakukan ibadah, siapa kita untuk meringankan ibadah terhadap Allah?
Lalu muhasabah mengajak kamu mengamalkan apa yang diamalkan oleh baginda. Kuatnya pegangan baginda terhadap umatnya sehingga diakhir akhir hayatnya dia memikirkan tentang umat umatnya sehingga dilapaskannya umatku, umatku, umatku.
Lantaran dengan itu dia memohon menanggong kesakitan sakratul maut umat umatnya supaya umatnya tidak merasa siksa ketika berhadap dengan azab sakratul maut. 
Akhirnya, beliau mengucapkan bahawa dia mengampun dosa dosa umatnya dan memohon agar Allah mengampunkan umatnya juga.
Amalan zikir, Senbahyang, puasa, zakat dan fitrah serta haji, bertadarus Al Quran adalah amalan untuk diri sendiri dan kita melakukannya sebagai bekalan kita seorang untuk mati. Berlainan dengan amalan muhasabah, ia adalah amalan buat umat muslimain dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Inilah amalan yang meransangkan setiap Roh didalam setiap diri yang akan membimbing setiap akal kejalan kebenaran menuju jalan kejayaan disisi Allah.
Inilah nafkah batin yang mengikatkan tali persaudaraan sesama Islam. Barang sesiapa yang mengamalkan muhasabah ini selain dari dapat menunaikan hak saudara seagamanya, beliau juga terlepas dari pertanyaan yang terakhir dari malaikat Nungkar dan Nangkir, “ Siapakah saudara saudara kamu?”
Allah membenci pada yang bahil dan baginda akan memalingkan mukanya bila dia berhadapan dengan orang yang tamak kerana mereka mempunyai sifat mementingkan diri sendiri.
Ingatlah semasa " Lapang sebelum sempit."

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang kelima.
Percaya kepada hari akhirat yakni datangnya hari akhirnya segala hayat. Inilah hari penamat bagi setiap jihat semasa hidup. 
Sesudah inilah mereka yang beriman berhari raya setelah sekian lama bejihat menahan dan melawan kehendak fitrah badan, nafsu, iblis dan syaitan serta fitrah kelemahan diri yakni kelemahan akal dan fikiran.
Tidaklah layak bagi mereka mengatakan diri mereka itu percaya kepada akhirat seandainya dia sayangkan pada dunia dan seisinya semasa hidupnya dan berbuat apa saja yang melanggar rukun dan hukum Allah.
Memperbaiiki diri itu adalah jihat, sesungguhnya beramal untuk mengumpul bekalan pahala juga dipanggil jihat. 
Bersabda Rasul, " Sesungguhnya peperangan yang lebih besar dari fisabillillah dengan ku dimedan peperangan adalah berpuasa "
Berpuasa didalam ertikata lain ialah berjihat melawan hawa nafsu dan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Sesungguhnya ramai yang inginkan mati syahid kerana Allah, kerana diampun segala dosanya dan dimasukkan mereka yang syahid itu kedalam syuga tanpa hisab.
Sesungguhnya syahid yang paling besar disisi Allah dan rasulNya itu bukan lah gugur dimedan peperangan fisabillillah. 
Syahid yang lebih besar itu adalah mereka yang gugur didalam mengistilahkan dirinya untuk belajar memperbaikki Iman dan amalnya.
Bersabda Rasul, “ Tuntutlah ilmu dari dalam buwaian hingga keliang lahat.” 
Apakah ilmu yang tiada kesudahannya itu, sesungguhnya adalah ilmu tentang memperbaiiki Iman dan amal, dan
Bersabda Rasul lagi, “ Tuntutlah ilmu itu hingga keNegeri China.”
Ilmu apakah yang terletak sejauh itu, sesungguhnya itulah ilmu pemahaman yang dikatakan, “ Jauh berjalan luas pemandangan.” 
Hanya mereka yang belajar memperbaikki amalan diri yang bisa menjawab , " Kemanakah kamu belanjakan usia kamu "
Dan ingatlah " Hidup sebelum Mati "
Maka beruntunglah mereka yang bermuhasabah memperbaikki Iman dan Amalnya disepanjang hayatnya demi kerana Allah.
Lalu sesallah orang orang yang lalai.

Menyempurnakan hak Rukun Iman yang keenam.
Percaya kepada hari pembalasan. Amalan baik dibalas dengan kebaikkan syurga dan amalan kezaliman dibalas dengan azab siksa Neraka.
Inilah penggulung segala kepercayaan terhadap perkara perkara yang sebelumnya tadi. Seandainya hilang kepercayaan atas kado’ dan kadar amal perbuatan maka manusia itu sesatlah selama lamanya didalam kezaliman menzalimi ahli keluarganya, umat manusia juga pada dirinya sendiri.

Iman adalah identiti yang terawal dipandang Allah
Seorang mukmin itu adalah umpama seorang polis
Identitinya adalah kad polisnya yang tak sama dengan kad pengenalan orang awam.
Lencana mukmin itu adalah kalimah syahadahnya
Seragam mukmin itu adalah menunaikan rukun Islamnya
Tugas mukmin itu mengaja keamanan

Seorang yang lengkap berseragam polis
Dengan lencananya
Menjalankan tugasnya 
Seandainya dia tidak milik kad pengenalan polisnya
Maka dia bukanlah seorang polis

Sia sialah usaha dan kerjanya
Menjaga kebersihan seragamnya
Dan keamanan negaranya
Berhidmat tanpa upahnya
Kerana kepalsuannya.

Berfirman Allah, " Aku tidak memandang bangsa dan keturunan hamba hamba ku melainkan hatinya." Kerana dihati terletaknya Iman. Allah tidak mempelawa orang yang Islam masuk kesyugaNya, malah dia hanya mempelawa masuk kesyurgaNya hanya dikalangan mereka mereka beriman.

Seorang mukmin yang cintakan keamanan, semasa hidup dan sesudah matinya akan meninggalkan tiga perkara, pertama anak anak yang beriman dan beramal soleh, kedua harta supaya zuriatnya merdeka dari diperhambakan dan ilmu supaya tidak terperdaya semasa hidup saudara seagamanya.

Sama sama kita fikirkan kenapa mesti kita amalkan. Insya'Allah.




Fokus Rahsia didalam rahsia.

Sedarilah,
Sesungguhnya Iblis dan para para pengikutnya yakni para Syaitan dan jin serta para sekutunya kaum kaum musyrikin, munafikkin dan kaum yang kufur tidak takut dengan orang yang beragama Islam, sesungguhnya yang mereka takutkan adalah mereka mereka yang beriman.

Mereka telah melalui sejarah hitam dari awal dengan umat Islam, dan mereka dapati umat Islam yang awal mempunyai satu kekuatan dan tekat yang amat luar biasa.

Menyedari hal ini, mereka yang digelar Allah kaum ahli ahli kitab telah mengkaji bagaimana hendak melemahkan umat Islam lalu mereka mengambil ulamak ulamak yang terkemuka supaya menjadi penasihan penasihat raja raja mereka walaupun mereka dari golongan orang orang kafir.
Akhibat dari itu ramailah ibubapa menghantar anak anak mereka ke sekolah sekolah agama dengan tujuan dapat menyandang pangkat didalam Istana lalu banyaklah tumbuh sekolah sekolah agama bagai cendawan.
Lantaran itu timbullah bimbit bimbit keretakkan antara satu intitusi pendidikkan agama dengan yang lainnya akhibatnya retak tadi menjadi belah pepecahan antara satu kefahaman dengan satu kefahaman yang lainnya kerana lalai didalam ketaksupan dan pemahaman secara toghud yakni hanya ikut ikutan.
Justeru itu Islam berbalah sesama sendiri, masing masing mengasah bab hukum diadalam Islam untuk menajamkan dalil lalu mereka mula lalai melihat kesilapan diri sendiri yakni bermuhasabah lantas hanya menuding kesalahan kepada yang lain.

Lalu dipraktikkan oleh kaum kaum kafir akan peristiwa ini dengan menyurusuri tiap negara dan negeri Islam diserata perusuk dunia dengan alasan membuat perdagangan akhirnya negara dan negeri negeri itu termasuk diAsia Tenggara ini ditawan.
Lalu mereka memperkenalkan sekolah sekolah yang memberatkan bab bab ilmu hukum dan mereka menentang habis habisan sekolah yang memberatkan ilmu batin yakni akidah.

Sebelum mereka meninggalkan negara yang mereka jajah itu dengan kemerdekaan, mereka telah memastikan bahawa ilmu ilmu kebatinan akidah ini sudah dilenyapkan. Untuk menjamin keadaan ini terus berkekalan anak anak tempatan dipelawa belajar kenegara asal mereka supaya kelak menjadi ketua pemimpin yang menyerupai mereka. Dalam waktu yang sama menanamkan pandangan pada ilmu kebatinan akidah itu adalah satu kekolotan dan ketinggalan zaman.

Tidak hairanlah amalan kita hari ini dari sehari kesehari telah jauh menyimpang dari asas ketulinan Islam yang hakiki. Tiada jalan yang terbaik untuk kita mulakan melainkan berbalik kepangkal jalan yakni kepangkal permulaan amalan seperti mana yang Nabi tunjukkan.



Salleh Mat Salleh 
Sabiyah (kebuasan)
Sifat yang dibawa oleh Nafsu
Bahimiyah (kebinatangan)
Sifat yang dibawa oleh Fitrah badan atau tubuh
Syaithaniyah (kesyaitanan)
Sifat yang dibawa oleh bisikkan iblis dan disemarakkan oleh syaitan
Rabbaniyah (ketuhanan)
Sifat yang dibawa oleh Roh
Amalan muhasabah diri memberansangkan Roh, lalu dia akan bertindak menyuluh petunjuk didalam diri cara dan bagaimana akal yakni kita dapat berjihat dengan anasir anasir jahat itu dengan jalah jihat yakni teliti didalam kesabaran dn bukan dengan jalan kegelojohan yang bakal merugikan.

Bab 16: Insya"Allah ada jalan nya





Terlalu banyak kesilapan
Kesalahan yang telah kita perbiarkan 
Bertimpa timpa
Sama ada yang sengaja kita ada adakan
Mahulun yang sengaja kita tak memperdulikan
Dan kini Telah mula racun muksibahnya
Kita rasakan
Akibat perbuatan dan pilihan kita
Yang menjuruskan kita kejurang kebinasaan


Segala galanya telah kita langgar
Seperti hidup seorang yang tak berugama
Seperti hidup seorang yang tak berakidah
Yang mana hak AgamaNya
kita jadikan umpan dan mainan











Memahami hak Allah

Fahamkan dengan kias perumpamaan sesaorang yang hendak memasak, katakan kita hendak memasak masakkan yang enak. Contoh kari ikan.

1. Memahami ketetapan Allah,
Basic formulanya atau Rukunnya.
a. Ilmu tahu
Kita kene ambil tahu perencah atau bahan bahan yang diperlukan umpamanya serbuk kari ikan + serbuk cili + bawang besar + bawang merah + bawang putih + halia + garam + asam + ikannya.

b. Ilmu faham
Nakkan enak atau hukumnya.
Tambah santannya dan memastikan segalanya sidalam nisbah yang sempurna supaya tidak terlalu banyak ditakuti tak termakan dan membazir dan tidak terlalu lemak menyebabkan rasa yang mual, terlalu pedas menyebabkan rasa yang tak selesa dan terlalu masinnya menyebabkan rasa menjelekkan, terlalu masam menyebabkan muka bisa berkerut dan mata bisa terpejam.

c. Ilmu mengetahui hakikatnya.
Bahan bahan ini tidak akan ada yakni mustahil dengan percuma adanya tanpa ada penanamnya, tanpa ada nelayannya, tanpa ada pengusahanya, tanpa ada penjualnya atau tanpa ada duit atau modal untuk membelinya. Pendek kata kene diusahakan megikut keperluan.

d. Ilmu mengetahui makrifatnya.
Bahan bahan ini tidak dijual dikedai hartware.

e. Ilmu mengetahui usulluddinnya
Barang lama atau baru

f. Ilmu mengetahui tasaufnya
Yang baik itu masih segar tak semestinya baru, macam sayur walau pun baru kalau berulat apa gunanya. Dan yang tak baik itu busuk tak semestinya lama, macam belacan, lagi lama lagi baik.

g. Ilmu mengetahui tarikatnya
Jalannya berjalan jalan kutip pengetahuan untuk pengalaman, yang mana satu kedai yang menjual harga yang murah lagi baik dan kalau dapat mencarinya pada satu tempat yang nyaman dan selesa dan di jamin bersih lagi bergaya yaitu digedung pasaraya bukan dikedai runcit atau dipasar basah yang bisa mengotorkan pakaian serta membuang banyak masa untuk singgah dari satu kedai kesatu kedai yang lainnya.

h. Ilmu mengetahui syariatnya
Bila dah ada barulah dapat melaksanakan kerja kerja untuk memasaknya mudah dan tak susah serta dijamin tak sesat nak cari jalan balik kerumah untuk masak.

2. Memahami ketentuan Allah
a. Membersihkannya atau adapnya.
Segala galanya perlu dicuci bersihkan terlebih dahulu supaya menghindarkan dari termakan yang kotor bisa mengundang penyakit dan masakkan rasa pahit kerana bercampur dengan najis ikan yang dimasakkan.

b. Atur caranya atau tertibnya.
a. Yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan kalau tidak diikutkan, harus masakkan akan mentah.

b. Kalau tak diperhati hatikan apinya ditakuti masakkannya hangus, wajib terbuang begitu saja.
c. Kene dirasakan ditakuti tak kene rasa, makruh membuat kerja dua kali sedangkan seorang tukang masak yang baik bila dihidangkan terus boleh dimakan.

d. Kalau telah berulang kali membuat kesilapan yang tak pernah mahu diperbetulkan, kemungkinan anda diharam untuk menyedia hidangan.

e. Dan kalau mahu menjadi tukang masak kari ikan yang terbaik sunat diperaktikkan atau diamalkan, lagi rajin lagi baik.

3. Memahami takdir Allah
Kecualilah Allah menentukan jodoh pertemuan dengan gerak langkah rezeki dari doa dan permintaan dengan,
a. Tanpa kemampuan
Anda jemput makan tatkala makanan telah sedia dihidangkan.

b. Dengan kemampuan
Anda melangan dikedai makan atau direstoran atau dihotel atau anda memilikki orang masakkan yang anda gajikan.

c. Tanpa disengajakan
Anda duduk dirumah, jiran sebelah yang memasak tanpa anda tempah datang menghantarkan.

Takdir Allah tidak akan jatuh ketangan hambanya melainkan melalui limpah rohman dan rohimNya. Limpah Allah itu terlalulah amat berharga dan Allah tidak akan memberinya kepada yang tidak meminta minta yakni berdoa, kepada yang tidak bersyukur dngan nikmatnya yakni sombong.

“ Allah humma la mani a’ lima aqthoita, wala muqtialima manakta. Wala roddailima khodaita, wala yan fa u’zal jaddi min kal jaddu.”
Maknanya,
Tiada siapa yang dapat menghalang apa yang Engkau beri, dan tidak ada sesiapa yang dapat memberi apa yang engkau halangi, dan tidak siapa yang dapat menolak apa yang engkau hukumkan, tidak berguna bagi Engkau orang yang mempunyai kuasa kekayaan akan kuasa kekayaannya.

Bab rukun.
Kalau tak ikut rukun Iman bermakna bukan Allah tuhan nya, jika tak ikut rukun Islam bukan Islamlah agamanya,
Manakan boleh dipanggil kari ikan kalau daging yang dimasakkannya.

Bab hukum
Kalau tak ikut panduan Al Quran maka bukan Al Quran lah Imamnya,
Manakan ada rasa kari ikan jika sebuk kari daging yang dipakainya.

Bab adap,
Kalau tak ikut hadith dan sunnah berpandukan sirah Rasul bukan Muhammad darasullullah nabinya. Orang yang tidak mengikut adap, biadap gelarannya disisi Allah.
Manakan bisa dimakan hidangan yang kotor isinya.

Bab tertib,
Kalau dah hidup tidak bertertib, sekutu Iblis dan syaitanlah saudaranya maka dengan itulah kita diwajibkan menjaga hubungan Sirotulrohim kerana yang mukmin itulah saudara bagi orang orang yang beriman kepada Allah kepada ikatan yang Allah ciptakan bertertiblah mereka dengan saudara seagamanya.
Manakan menjadi masakkan kari ikan tanpa tertibnya.

Inilah talkin yang akan dipersoalkan dialam kubur samada kita laksanakan atau tidak semasa hidup didunia dan inilah matlamat amalan muhasabah yang kita amalkan yakni merangkumi amanah yang dituntut oleh 30 juzuk Al quran Nur Karim, Cahaya kalam yang Maha Mulia lagi Pemurah dari Allah yang memilikki segala cahaya.

Talkinkanlah diri kamu sebelum kamu ditalkinkan, tanya diri kamu didalam muhasabah kamu sebelum kamu dimuhasabahkan, lalu matilah diri kamu sebelum kamu dimatikan maka bersembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan yakni sujud sebelum kamu dihadapkan.


















Terjawab sudah segalanya


Depanku gelap

Belakangku gelap


Kelilingku gelap


Dengan seribu bayang

Ya Allah,


Jadikanlah dihadapanku terang


Disekelilingku jua terang


Didalamku terang

Permudahkanlah urusanku hidupku


Atas apa yang engkau amanahkan


Aku serahkan segala urisan


Ibadahku, Hidup dan matiku


Semata mata kerana Engkau


Tuhan yang maha pengasih


Lagi maha penyayang.



Dua hak yang wajib kita jaga

Pertama Hak Allah


Ashadualla illa haillallah


Kalau tak dapat dijaga


Tidak lengkaplah


Rukun Imannya




Percaya kepada Allah dengan sifat sifatNya

Jika meragaui atau menyamakan apatah lagi


Melebihkan yang lain dari Allah atau bersangka buruk terhadap 


Allah


Maka gugurlah kepercayaannya terhadap Allah

 Jika diragui atau ditolak Kalamnya


Gugurlah kepercayaannya terhadap Allah
Jika diragui Allah memilikki Malaikatnya


KerajaanNya, Syurga dan neraka


Gugurlah jugalah kepercayaannya terhadap Allah
Jika diragui Muhammada itu pesuruhNya


Gugurlah jugalah kepercayaannya terhadap Allah

Jika diragui akan datangnya hari akhirat


Gugurlah jugalah kepercayaannya terhadap Allah

Jika diragui adanya hari kiamat


Dan Allah memebalas segala kebaikkan dengan kebaikkan


Dan kejahatan dengan kejahatan

Inilah hak Allah


Sekiranya gagal kita menjaga hak Allah


Gugur kepercayaan gugurlah akidah Iman


Bagaimana hendak kita jawab


Soalan Mungkar dan Nangkir
Siapa Tuhan kamu


Sedangkan didalam hati ada yang lebih kita saying dari Allah
Apa agamamu


Sedangkan kita menjunjung perintah yang lain dari Allah
Siapa Imammu


Sedangkan kita ketepikan hokum, adap dan tertib


Yang diajarkan didalam Al Quran dan kita dahulukan


Yang lain selain darinya
Siapa Nabi kamu


Sedangkan kita menjalankan kerja dan amal ibadah


Yang bid‘ah


Kerana itulah disuruh bersolat


Memperbaharui niat


Kerana terhindar id’ah itu


Dengan niat



Kedua Hak Muslimin


Yakni Ikram Muslimin


Waashadu anna Muhammad darasullullah
“ Barang sesiapa yang mengumpat


Saudara seagamanya


Umpama memakan daging


Saudaranya sendiri ”
“Celakalah bagi mereka yang memakan


Harta anak anak yatim ”
Bagaimana hendak kita jawab




Soalan Mungkar dan Nangkir


Yang terakhir
Siapakah saudara kamu


Sedangkan semasa hidup kita


Tak pernah pun kita


Nak ambil tahu?
Beramal bakti yakni


Beramal soleh


Apatah lagi yang mengkianati


Hak saudaranya
Jadi sebelum kita menuding jari


Kepada saudara kita


Bermuhasabahlah
Tanya pada diri kita


Apakah sumbangan kita


Buat mereka


Untuk meraka kembali kejalan benar
Dan itu lebih baik


Dari berasa diri itu sudah cukup


lebih dari orang lain.


Apakah kita sedang melalui


Era Akidah ikut ikutan


Tak peka kononnya perihatin


Tak leka kononnya doing something
Menjadi jahil


Akhibat nak senang


Yang terlalu mudah


Suruh anguk mengangguk


Disuruh eleng mengeleng

Disuruh mengamuk berkeceramuk


Perkara yang benar


Dimomok momok
Yang untung sibakhil


Mengaut kemenangan dari


Kejatuhan orang lain


Tak pandai tak apa


Janji tunjukkan terrer


Biar tergadai sekampung


Dan Iman


Asalkan menang sorak


Syok untuk diborak


Tapi akhirnya


Apah pun tarak!!!!



Kepercayaan kita kepada Allah
Dan mendakwa kita seorang beriman

Sekadar untuk kita renungkan
Setiap manusia percaya bahawa adanya Tuhan
Yang mencipta dan menjadikan
Tapi apa bezanya
Antara kepercayaan mereka dan kita?

Kita ada masjid sebagai rumah Allah
Mereka ada kuil atas alasan yang sama
Kita beribadat, mereka juga beribadat
Kita berketerampilan berjubah dan bertudung
Antara mereka juga berketerampilan seperti kita
Contohnya padri dan birawati kristian
Apa bezanya?

Kalau kita berkata kita berpuasa
Meraka juga berpuasa
Melawan kehendak hawa nafsunya
Malah ada diantara mereka
Yang tak menjamah makanan berdarah
Dan ada yang berihram bukan sahaja
Pada waktu menunaikan ibadahnya
Malah berihram disepanjang hayatnya
Setakat ibadah kita
Apa sangatlah jika nak diperbandingkan
Tetapi apakah bezanya?

Kalau kita menunaikan haji
Untuk bergelar haji dan hajjah
Dilembah diMekah
Mereka mempertabalkan diri mereka
DiGunung diKhatmandu
Dan mereka lebih bersungguh
Dengan kepercayaannya
Dari kita
Jadi apalah bezanya?

Kita kata mereka menyenbah berhala
Mereka kata ibadat kita juga tiada bezanya
Setidak tidaknya mereka hanya menyembah
Sebaliknya kita sehingga menjilat batu Hajarul asawat
Yang Nabi dan sahabat tak pernah buat tetapi
Hari ini kita buat
Kurafat, kurafat..
Ketaksupan yang kurafat
Apala bezanya golongan kaum musyrik
Dengan kaum yang bergelar Islam
Tapi mengamalkan
Amalan Kurafat?

Jika kita mereka golongan yang sesat
Mereka juga mendakwa kita juga golongan yang sesat
Jadi apalah bezanya?

Kita kata kita berbuat kebaikkan
Walaupun mereka tidak berkata mereka yang terbaik
Tetapi mereka banyak menyumbangkan kebaikkan
Kepada dunia
Terutama teknologinya
Kita?

Kalau kita kata mereka itu zalim
Tetapi mereka itu saling bantu membantu puaknya
Sebaliknya kita yang meletakkan diri
Dalam darjat yang alim
Menzalimi saudara sendiri

Renunglah didalam muhasabah diri
Adakah Iman kita tulin
Setulin pegangan Akidah yang Allah Rukunkan
Didalam rukun keimanan
Didalam hukum berukunkan keislaman

Telitikan untuk diri
Supaya talkik Iman itu menjadi adap orang yang beriman
Cerminkan diri sendiri
Supaya tertib seorang yang benar benar
Beriman itu didahulukan.








Solat lima waktu sehari semalam

Rahsia pengajaran

Tertibnya,
Yang dahulu didahulukan
Dan yang kemudian dikemudiankan
Tampa tertib
Tiadalah Solat.

Hadas besar
Bersih pada seluruh tubuh zahir dan batin
Pengajarannya,
Menjauhi memakan makanan yang haram
Atau dari sumber yang haram
Ditakuti sebati menjadi darah daging
Darah yang terjadi dari sumber yang haram
Darah adalah alat tunggangan iblis dan syaitan
Untuk menakluk hati dan akal
Kerana itulah Allah menyuruh makan
Hasil yang halal

Uduk
Membersihkan segala angota
Yang digerakkan dan pancaindera
Supaya apa yang kita pilih
Bertindak atas dasar keserdeharnaan
Dan dilarang bertindak berlebih lebihan
Dilakukan adalah untuk kebaikkan semua
Justeru itu antaranya,
Hindarkan mata dari melihat benda yang keji
Telingan dari mendengar fitnah
Hidung dari menghidu bauan yang terlarang
Mulut dari berkata dusta
Lalu bersabda Baginda Rasullullah
Dia tidak akan makan sebelum lapar
Dan akan berhenti sebelum kenyang

Adapnya,
Bila sesaorang yang berteliti
Dengan tertibnya itu maka
Berkatalah dia dengan Jujur
Berkerjalah dia dengan Amanah
Bertindaklah dia dengan Fathonah yakni bijaksana
Berkebajikanlah dia dengan berpesan pasan
Menyampaikan apa saja yang benar
Dengan sabar

Hukumnya,
Dan tidaklah termetri adap itu
Melainkan bagi mereka yang tahu
Dan beriman dengan pegangan akidahnya
Yang mana pada dirinya
Percaya adanya hari pembalasan yang ditakutkan
Percaya setiap yang bermula ada akhirnya
Percaya kepada nabi yang diutuskan
Percaya kepada malaikat yang sentiasa memerhatikan
Percaya kepada kalam dari yang berkata kata
Yakni terhimpun segala kepercayaan itu
Bahawa segalanya Allah yang punya
Jika ragu rujuklah Al QuranNya




Pada tertib rukun yang paling awal selepas hadas besar yaitu 


bersih beristinjak.

Rukunnya,


Tidak akan terjunjung Hukum


Tanpa rukun hatinya


Dari perasaan syak dan wasangka


Melainkan hanya menyerahkan pengakuan


Merelakan Allah itu dengan sifat sifat keagonganNya


Memperbaiki diri dalam iman dan amal sendiri


Kerana megakui sifat diri yang seadanya


Itulah cinta yang dicari


Tidak akan ada cinta tanpa iklas


Dan duduknya itu iklas didalam hati


Kerana itu Allah memandang pada setiap hati


Yakni hati yang iklas


Dan tidak akan ujud iklas


Kata kekasihnya tanpa niat


Niat pada lafasnya


Pada tasdik yang tersurat


Dan pada tasdik yang tersirat


Lalu bersabda lado kekasihNya


Tidak ada ibadat tanpa niat
Rugilah orang yang lalai didalam Solatnya



Celakalah orang yang bersolat


Jika mengambil atau meringankan


Hak saudaranya


Maka bukanlah dirinya itu bersolat


Perhatikan Surah Al lail.

Mereka yang tidak mengendahkan tertib


Bagi mereka segalanya halal


Walau pun nyata haramnya


Yang tidak beradap


Meringankan uduk dan sifat tawadduknya


Disisi Alah biadap


Yang tidak berhukum


Hidupnya tidak akan rukun


Dan yang tiada berkerukunan itu


Adalah hamba kepada


Nafsu serakahnya


Hamba pula kepada


Syaitan dan iblis

Tanyalah pada diri


Sebelum kita dipersoalkan


Sebelum amal di pertimbangkan


Adakah kita berpijak dibumi yang nyata


Atau berpijak pada mimpi


Adakah dimana kita tegak disitu langit dijunjung


Atau menjunjung awan yang berlalu


Tutup mata


Cerminkan niat didalam hati


Bermuhasabah......

















Tuntutan mengucap dua kalimah syahadah.



Setelah peristiwa Isra’ dan Mi’raj, setelah melihatkan 


bertambahnya bilangan orang yang beriman terhadap Allah dan 


Nabi, kaum musyrik memberi tentangan terhadap Rasullullah dan 


umat Islam lalu umat Islam mengambil keputusan mengikut 


Rasullullah berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Tuntutannya,



1. Percaya kepada Allah dan Rasul.


Percaya kepada Allah dan Rasul itu adalah Iman. Rasullullah 


dan para pengikiut pengikutnya bukan berniat hendak melarikan 


nyawa atau harta atau keluarga mereka tetapi hendak melarikan 


iman mereka dari dirampas oleh kaum musyrik.



2. Percaya kepada ikhtiar.


Sesuatu yang hendak kita capai atau pertahankan, Allah 


mengajar supaya kita dapatkan dengan usaha dan ikhtiar 


walaupun Allah mewajibkan kita memohon doa pertolongan 


kepadaNya namun doa tanpa iktiar amatlah dibenci Allah.



3. Tawakkal kepada Allah.


Kita mengetahui tahap kemampuan kita berbanding Allah, 


sesungguhnya ikhtiar dan doa kita tidak akan merubah apa apa 


kecuali dengan izin Allah, usaha dan doa kita itu hanyalah 


sekadar menunjukkan yang kita berkehendak atas sesuatu yang 


kita usakan kepada Allah dan tidak lebih dari itu. Maka setelah 


berikhtiar dan berdoa, kemudian sebaik baiknya bertawakallah 


kehadrat Allah seperti didalam potongan ayat doa iftitah yang 


kita bacakan,


“ inna solati wanusuki wamah yahya wa mamati lilla hirobbil 


a’lamin ”




Terjemahannya,




“ Sesungguhnya ibadatku dan segala urusanku dan termasuk 


hidup dan matiku, ku serahkan semata mata kepada Engkau 


Tuhan alam Semesta.”




Maksudnya,


Sekiranya kamu benar benar seorang yang muslim yakni yang 


beriman kepada Allah dan RasulNya praktikkan kehendak ayat 


diatas.




Dalilnya,


“ la syari kalahu wa biza likal umirtu wa ana minal muslimin ”




Terjemahannya,




“ Tiada sekutu bagi Kamu dan berpegang dalam diriku dan 


sesunguhnya aku adalah seorang muslimin.”




Maksudnya,




Kecuali bagi kaum yang munafik dan musyrik.



4. Tiada kebesaran atau kecintaan yang ada didalam hati


mereka melain Allah semata mata.


Tiada kebesaran atau kecintaan yang ada didalam hati mereka 


walaupun pada kedua ibubapanya, anak anak dan isterinya atau 


suaminya, kaum kerabat atau kekasih yang dicintanya melebihi 


Allah. Mereka tinggalkan demi untuk membuktikan bahawa 


mereka mencintai Iman mereka yakni Allah lebih dari segala 


galanya. Dan mereka menjalan bertangong jawab keatas kedua 


ibubapanya, anak anak dan isterinya atau suaminya, kaum 


kerabat atau kekasih yang dicintanya bukanlah disebabkan 


mereka mereka itu ibubapanya, anak anak dan isterinya atau 


suaminya, kaum kerabat atau kekasih yang dicintanya tetapi 


kerana Allah semata mata.


Justeru itu tidaklah timbul soal anak dan menantu, tidaklah 


timbul soal berpoligami, tidaklah timbul soal tidak adil, tidaklah 


timbul soal tak bertangong jawab, tidaklah timbul soal arak, judi 


dan zina, tidaklah timbul soal anak diluar nikah, tidaklah timbul 


soal ibu atau bapa tunggal, tidaklah timbul soal membuang bayi, 


tidaklah timbul soal rasuah dan riba’ atau penyakit penyakit 


sosial yang lain lainnya kerana cinta dan tiada kebesaran lain 


didalam hati oramg yang benar benar beriman melainkan Allah.


Sabda Rasullullah s.a.w, “ Barang sesiapa yang ada kebesaran 


dihatinya selain Allah, maka itulah tuhan yang disembahnya.”



5. Sifat beriman


Untuk mengeratkan sirotulrohim maka perlu ada sifat jujur, 


amanah, bijaksana dan berpesan pesan pada jalan kebaikkan 


dengan sabar kerana Allah.

6. .Mengikat tali persaudaraan puak ansar dengan muhajirin.


Sabda Rasullullah s.a.w, “ Sesungguhnya orang orang muslim itu 


adalah bersaudara.”


Sabda Rasullullah s.a.w, “ Sebaik baik orang yang bersaudara 


kerana Allah adalah mereka yang menjaga hak saudaranya.”


Sabda Rasullullah s.a.w, “ Barang sesiapa yang memutuskan 


sirotulrohim ( tali persaudaraan ), bukanlah dari golongan 


umatku .”


Surah Ali Imran ayat 103.


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama 


Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah 


nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan 


(semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati 


kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka 


menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam 


yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang 


neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah 


selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). 


Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat 


keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

7. Membina jemaah.


Demi menjaga kepentinggan hak sesama Islam, umat islam yang 


berbagai kemahiran diwajibkan bersatu membina satu jemaah 


untuk mempertahankan Islam supaya Islam dapat dianuti dalam 


keadaan yang bebas ( merdeka ) tanpa disekat oleh kaum musyrik 


dan kaum munafik.


Berjemaah yakni bersatu dari kalangan seisi rumah hingga 


kejiran tetangga yakni kemasyarakatan, ekonomi didalam bidang 


perniagaan, kesejahteraan dalam bidang politik semata mata 


mempertahankan hak Islam kerana Allah.




Surah Ali Imran ayat 104.


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru 


(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan 


menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang 


daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang 


bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

8. Memilih pemimpin



Justeru itu Islam mewajibkan umatnya melantik dari kalangan 


mereka yang beriman untuk menjadi seorang pemimpin sebagai 


kepala yang menerajui langkah langkah dan tindak tanduk 


mempertahankan Islam mengikut bidang masing masing.


Sesaorang yang dilantik itu wajiblah beriman, adil, jujur, 


amanah, bijaksana, berilmu, teliti dan sabar. Janganlah kamu 


memilih pemimpin yang bakhil. Sesungguhnya orang yang brsifat 


bakhil itu bukan sahaja lari dari bertanggong jawab malah 


mereka akan merugikan diri kamu dan menjual hak kamu.


Surah Ali Imran ayat 179 dan 180.


Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang 


beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk 


mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia 


memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). 


Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu 


perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari 


RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan 


kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah 


kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan 


bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.


Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta 


benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari 


kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik 


bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan 


dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu 


pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala 


warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha 


Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.



9. Melantik pemimpin


Ali Imran ayat 118 hingga 120.


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil 


orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang 


dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti 


berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan 


apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian 


mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan 


oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami 


jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu 


(mahu) memahaminya.



10. Menganti pemimpin.


Surah Ali Imran ayat 26.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang 


mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa 


pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan 


Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang 


Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa 


yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa 


yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja 


adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas 


tiap-tiap sesuatu.


Ali Imran ayat 149 dan 150.


Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-


orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali 


kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.


(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) 


Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.



11. Menghormati adap muzakarah.


Al Baqoroh ayat 159 dan 160.


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang 


telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk 


hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di 


dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat 


oleh sekalian makhluk.




Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal 


buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka 


sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, 


dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha 


Mengasihani.

Al Baqoroh Ayat 174 hingga 176.


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda 


atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah 


diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan 


dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam 


perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan 


berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak 


membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh 


azab seksa yang tidak terperi sakitnya.




Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan 


meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa 


neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh 


ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.


(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah 


menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi 


mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang 


berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka 


adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat 


petunjuk hidayah Allah).

Ali Imran ayat 176 hingga 179.


Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), 


disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam 


kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan 


dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah 


menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) 


pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang 


amat besar.




Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur 


dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat 


mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka 


pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.




Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa 


Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; 


kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya 


mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab 


seksa yang menghina (di akhirat kelak).















Sedarkah kita..... 


Kianat itu dosa


Dosa itu najis


Hanya kita yang tahu dosa kita


Ia bagai pasangan lawan bagi iklas


Umpama semut yang hitam


Berjalan diatas batu yang hitam


Dimalam yang kelam



Sedangkan dosa


Dapat dilihat dengan mata


Tapi boleh ditutup dengan bermuka muka

Dapat dihidu dengan bau


Tapi boleh dibalut walau pun dah berpekong

Dapat diraba dengan rasa


Tapi rasa bileh ditipu


Kecuali diri kita sendiri



Najis


Masih ada jika masih ada rupa


Masih ada jika masih ada bau


Masih ada jika masih ada rasa licin


Masih ada jika masih rasa ragu ragu


Masih ada jika masih was was

Mohonlah berlindung dengan hati yang was was



Kenangkanlah


Kesalilah dosa diri


Bertaubat dan berjanji


Jangan diulang lagi

Serahlah diri dengan jujur dan iklas


Apayang hendak dimalu


Krana Dia maha tahu


Tiada siapa yang mengerti


Melainkan diri dengan Tuhannya.